Khamis, 27 Jun 2013

Pelajar hidap hipertensi lebih bijak di sekolah?

Sesetengah pelajar menghidap hipertensi akibat tekanan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

   Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa bahkan remaja. Namun, remaja yang menghidap penyakit ini didakwa lebih bijak serta pintar di sekolah berbanding rakan sebaya yang normal.

Ini berdasarkan penyelidikan sekumpulan pakar perubatan di Universiti Gottingen, Jerman terhadap 7,688 remaja lelaki dan wanita yang berusia antara 11 hingga 17 tahun. Sebanyak 11 peratus responden menderita tekanan darah tinggi. 
Pelajar sekolah yang menghidap hipertensi lebih aktif dalam olahraga dan semasa di dalam kelas. Terdapat satu teori mengatakan kepintaran mereka didorong tekanan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga mereka mendapat penyakit tersebut.

Sumber: Kosmo! Online

9 ulasan:

Amin A. R berkata...

Saya dulu, umur 16 dah terkena darah tinggi.... :D

Mizz Aiza berkata...

akak pernah kena tekanan darah tinggi dua minggu sebelum exam SPM, sampai masuk hospital.. doktor cakap maybe stress belajar kot..

azman berkata...

aku nih memang ada darah tinggi.. hahahaha.. penyakit tu.. hari hari kena makan ubat..

tenku butang berkata...

alahai.. dah pandai/bijak kena hipertensi pulak.. aduii..

salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..

S.K.A berkata...

owhhhh..ntah2 rmai yg kena drah tggi sbb bijak he3 :) kdg2 btol jgak 2..sfat berdaya saing..

zakirasli .. berkata...

@Amin A.R: La, iyeke.. bahaya tu..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Lg bahaya.. nasib dpat masuk buat exam spm jgk kn kak..

zakirasli .. berkata...

@azman: Bahaya jgk penyakit ni.. jd, kna amalkan pmakanan seimbang selalu.

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: Enthla. bnyk fikir smpai blh pnyakit pn tk best jgk....