Rabu, 12 Jun 2013

Kes blogger popular dirompak pulak..

Blogger Beautiful Nara; kanan
kredit: Sinar Harian

Assalamualaikum W.B.T..

   Pemilik blogger terkenal, Beautiful Nara dilaporkan telah kerugian kira-kira RM 350,000 apabila kereta BMW  miliknya telah dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri. Beliau berkata ketika kejadian, kira-kira jam 2.10 petang, beliau bersama isteri dan anaknya sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.  Katanya, secara tiba-tiba datang kereta jenis perodua MyVi hitam datang meluru ke arah mereka sekeluarga dan mengeluarkan parang. Kata beliau lagi, penjenayah mengugutnya dengan parang dan mengambil duit RM 30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 siri berwarna putih berplat WWM 7040. 

Haish,, macam-macam jenayah yang berlaku sekarang ni kan. Aku rasa penjenayah ni dah tak takut lagi kot dengan undang-undang dan yang paling penting dengan hukuman Allah di hari akhirat nanti. Insaflah para penjenayah sekalian, ingatlah hidup di dunia hanyalah sementara. Selepas ni ada lagi hidup yang "lain". Macam ada je penjenayah nak baca post aku nih..

Dan kepada korang semua, ingatlah jenayah berlaku tidak kira tempat, masa atau siapa pun. Sentiasa berhati-hati walau dimana kita berada. Sesiapa yang ada maklumat mengenai kereta blogger beautiful nara a.k.a Nazuwan Ahmad ni bolehlah hubungi beliau di talian 017-2678341. Berita lanjut boleh baca di SINI


10 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

takziah diucapkan kepada abang nara.. jenayah semakin berleluasa..

D_08 berkata...

kalo tak salah...koje die memang berblog je kan??? ...hebat die....

AiSyA LiEzA berkata...

:) hurm.. jalan mudah utk dpt duit.. tapi x berkat la duit tu sbb hasil mencuri..

||aLeaSaRa|| berkata...

hai...tu yang takut pakai kereta mewah2 ni.pakai kereta murah pun perompak kacau...apatah lagi pakai kereta hebat2.

depa dah tak fikir apa..janji duit.orang macam ni tak fikir dah hukum karma ke apa ke...janji nak lepaskan perut masing2 je.

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen :) mmg btul. bnyak btul jenayah yg brlaku sekrang nih..

zakirasli .. berkata...

@D_08: Terima kasih komen :D mngkin la kot. tp, blog dia pn mmg best. bnyak criter menarik dlam tu..

zakirasli .. berkata...

@AiSyA LiEzA: Terima kasih komen :) setuju2x. mmg tkkan berkat duit dari hasil pncurian tu. tnggung la "nnti"

zakirasli .. berkata...

@ ||aLeaSaRa|| : Terima kasih komen :D klau motor kapcai pn bnyk kes kecurian, ni kn plk kereta mewah mcm tu.. lg org nak.... tp, Alhamdulillah diorang sekeluarga selamat .

Mya Amyra berkata...

bmw tu.. wush.. takpe ada hikmah. semoga tabah menempuh yea

zakirasli .. berkata...

@Mya Amyra: Terima kasih komen :D tu la kn.. mhal kereta tu.. tp jnji semua selamat. tkdk brlaku bnda buruk kt beliau dn keluarga.