Sabtu, 29 Jun 2013

' Kamu macam binatang'

Foto
MUIDIN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam

   Memang itulah perkataan yg patut dikatakan pada pemuda berbaju putih dalam gambar di atas tu. Aku pun rasa geram yg amat bila tau dia yang terlibat dalam pembunuhan adik dirang tahun lalu. Berikut artikel yang aku ambil dari akhbar harian metro.

Johor Bahru: “Si mati insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan membakar mayatnya. Kamu memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Datuk Abdul Halim Aman, semalam ketika menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 25, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang, pada Mac tahun lalu. 
Beliau menyifatkan lelaki itu memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya, justeru, dia amat bahaya jika berada dalam kalangan masyarakat.

“Hanya ada satu hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk kamu dan saya memerintahkan kamu digantung di leher sampai mati,” katanya di akhir penghakiman.

Muidin didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac tahun lalu.

~ Ini baru hukuman dunia, di akhirat nanti....

Sumber: Mymetro





6 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

akak cukup geram dengan lelaki yang suka menganiayai atau memanipulasi kanak2 dan wanita.. memang layak dihukum mati.. semoga menjadi ikhtibar kepada kaum adam yang lain.. Allah swt amanahkan kepada kamu untuk melindungi wanita dan kanak-kanak, bukan menganiayai mereka..

syuk shusuke berkata...

dekat setahun kes ni.
pembunuh dia kejam sebab merogol , bunuh dan bakar. setimpal !

S.K.A berkata...

mcam2 jenayah dah skrg ni, yg jd mgsa budak2 pulak...harap dia smpat la bertaubat, skrgnya dia thu bila dia nk mati..

nurul missnuyul berkata...

Kejamnya ! Ishh.. Dunia sekarang macam2 bole terjadi. Hmmm

ieta berkata...

No komen dgn manusia sekejam ini. Saya blogwalking dari akaun Nuffang saya. Terima kasih sudi singgah ke blog saya :)

Amin A. R berkata...

Harap kejadian ni membuatkan para ibu bapa lebih berjaga-jaga... Kesian kalau bebudak jadi mangsa sebegini.