Sabtu, 22 Jun 2013

Jerebu dah makin teruk

Assalamualaikum W.B.T..
Ni pemandangan di Ayer Keroh, Melaka




Ni gambar di Legoland, Nusajaya, Johor

   Kat atas tu dua gambar yang aku ambik dari akhbar online: Sinar Harian. Dan sekarang ni dikhabarkan jerebu dah menular ke kawasan port dickson, Negeri Sembilan. Risau jugak aku, kalau-kalau sampai ke kawasan perak ni. Menurut akhbar sinar harian, di melaka kira-kira 450 tadika perpaduan, kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) akan diarah tutup sekiranya keadaan jerebu berlanjutan sehingga minggu hadapan. Manakala, di Batu Pahat, Johor pula sebanyak 175 buah sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116, 493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu yang melanda. Kejadian jerebu yang berlaku sekarang ni menunjukkan kepada kita sebagai umat manusia bahawa dunia sudah semakin tua. Dan salah satu tanda kiamat adalah berkenaan asap. Seperti baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda" :-
  • Asap
  • Dajjal
  • Binatang melata di bumi
  • Terbitnya matahari sebelah barat
  • Turunnya Nabi Isa A.S
  • Gerhana di barat
  • Gerhana di jazirah Arab
  • Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Jadi, marilah kita semua menginsafi dan sentiasa renungkan kejadian yang sedang berlaku ni. Moga-moga Allah menjauhkan kita dari perkara yang buruk..

~Jerebu ni pun jadi salah satu sebabnya pasal tangan manusia juga.. Contoh; Pembakaran terbuka

6 ulasan:

Teena Tna berkata...

Tersentap jap, keluarnya asap adalah salah satu tanda akhir zaman...

D_08 berkata...

tu dia la...satu tanda dah jelas.... kita nak berubah ke idak lagi ni??? terpulang pade masing2... tepuk dada... tanye iman...

Mizz Aiza berkata...

tanda2 dah jelas.. insafi diri sebelum terlewat..

zakirasli .. berkata...

@Teena Tna: Betul, so, insaflah dari mmbuat segala kejahatan.. moga kita semua diampunkan Allah.

zakirasli .. berkata...

@D_08: Berubahlah ke arah yg lebih baik.. jgn dh trlambat baru nk berubah.. sediyy

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Betul tu kak aiza. saya sokong komen akak ni :D