Khamis, 6 Jun 2013

Israk dan mikraj: Bukti kekuasaan Allah

Assalamualaikum W.B.T

Gambar: Nasyid FM


Bersempena harini, 27 Rejab, marilah sama-sama kita semua memperingati perjalanan yang telah ditempuhi Rasulullah S.A.W dalam peristiwa israk dan mikraj. Banyak pengajaran serta pembelajaran yang dapat kita semua perolehi daripada peristiwa israk dan mikraj. Antara pengajaran yang dapat kita perolehi seperti hukuman bagi orang yang makan riba, tidak menunaikan amanah yang diberi dengan sempurna, tidak mengeluarkan harta zakat, orang yang bercakap besar, dan banyak lagi. Kesemua pengajaran dari peristiwa israk dan mikraj ini, menunjukkan bahawa hidup di dunia ini tidak semudah yang disangka. Semuanya ada pro dan kontranya yang tersendiri. Dan dari peristiwa israk dan mikraj ini juga, perintah melakukan solat fardhu lima waktu yang sepatutnya dilakukan sebanyak 50 waktu tetapi setelah sembilan kali Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T dimana setiap kali rayuan dikurangkan sebanyak lima waktu. Begitulah menunjukkan bahawa Allah S.W.T  maha penyayang lagi maha pemurah kepada hamba-hambanya. Dan akhir sekali, mari kita sama-sama menghayati Ayat 1 dari surah Al-Israa' di bawah ini :


Terjemahan Ayat :-
Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui
{Surah Al-Israa' : Ayat 1}





10 ulasan:

D_08 berkata...

same2 kite ambik iktibar dan pengajaran daghi peristiwa Israk Mikraj ni.... kalo tak sebab peristiwa ni.... kite kene sembahyang 50 waktu..... ini yang udah jadi 5 waktu pun...ade yang liat...nauzubillah

Aina Ayunie berkata...

info yang sangat menarik, mudah-mudahan, dapat dijadikan iktibar kepada semua,. =)

ELFarahin berkata...

subhanallah! kehendak Allah SWT menemukan saya dengan blog ini & post ini. Or else, saya tak perasan pun hari ini ialah Israk Mikraj. Anw, nice post. Hidup ini penuh iktibar.:)

Mizz Aiza berkata...

subhanallah.. betapa besarnya hikmah dari peristiwa israk&mikraj..

roza berkata...

salam kenal..nice blog..follow u..follow me back..

zakirasli .. berkata...

@D_08: Terima kasih komen :) Betul tu, yang 5 wktu pn org liat nak buat, klau 50 wktu.. fikir-fikirknla.. Allah maha pemurah lg maha pnyayang.

zakirasli .. berkata...

@Aina Ayunie: Terima kasih komen :) Amin2x.. mudah-mudahan ye :D

zakirasli .. berkata...

@ELFarahin: Terima kasih komen :D Yup, terima kunjung ke sini :) saya ni pun tgk kalendar bru tahu.. huhu

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) tu la kan.. mmg besar dn banyak nikmat yg Allah berikan kpd kita semua.

zakirasli .. berkata...

@roza: Terima kasih komen :) salam kenal jgk.. saya dah follow back dah. Terima kasih follow saya :D