Khamis, 20 Jun 2013

Hati-hati ye !!!

Gambar dari Sinar Harian

  Terbaca berita ni di akhbar Sinar Online tadi terus rasa nak kongsi dengan korang semua pasal berita ni lebih-lebih lagi buat gadis di luar sana tu.

  MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek  membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Sumber Sinar Harian Online 



~ Berhati-hati la ye kepada semua gadis tak kira yang dah berkahwin atau yang belum, main facebook  boleh, tapi jangan sampai ditipu oleh manusia yang tak berhati perut. Dalam dunia ni bukan semua org boleh kita percaya..

13 ulasan:

heirizalieyana berkata...

bercinta di alam maya,,bhya2. tQ for sharing,,,jmput ke blog yana

D_08 berkata...

alahaiii...ngape le mudah beno le bebudak sekaghang ni pecaye pade oghang yang die kenal di alam maya...dan tak pernah jumpe pun... meintak jauh le daghi keluarga kite bende2 camni....

D_08 berkata...

alahaiii...ngape le mudah beno le bebudak sekaghang ni pecaye pade oghang yang die kenal di alam maya...dan tak pernah jumpe pun... meintak jauh le daghi keluarga kite bende2 camni....

duniafana berkata...

hampeh laki2 nih!

Mizz Aiza berkata...

astaghfirullahalazim.. ngerinya.. semoga dijauhi dengan ujian sebegini.. pesanan kepada diri sendiri dan semua wanita di luar sana juga, jangan sesekali mempercayai lelaki yang baru dikenali.. kadang kala nampak luarannya baik, tapi kita tak tahu siapa mereka yang sebenarnya.. itulah manusia bertopengkan syaitan..

lucd007 berkata...

Astaaqfirullahalazim, berhati2 lah memilih teman.

Tedi berkata...

Itulah Islam dh larang berdua-duaan, tapi kalau cakap camni nanti dituduhnya salahkan si mangsa. Bukan nak salahkan siapa2, cuma harapnya sedar hukum Allah itu sangat2 relevan, cuma kita x nampak kerana ikutkan nafsu. Cuma, kalau bawak kawan pun perkara camni mungkin tetap berlaku kerana apalah sgt kudrat wanita nak lawan kudrat lelaki yg dihasut syaitan? Berhati-hatilah.

zakirasli .. berkata...

@heirizalieyana: Hurmm, betul tu yana.. so, jgnlah buat camtu.. saya dh pg blog awak. nice!

zakirasli .. berkata...

@D_08: Tu la kan..

zakirasli .. berkata...

@duniafana: laki2 mna? klau lelaki dlm berita tu mmg la hampas.. klau lelaki lain tk tau la.. tp, saya bkn cmtu :D

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Betul tu kak. saya sokong kak aiza.

zakirasli .. berkata...

@lucd007: betul, hati2x dlm memilih teman. dan berhati2x dlm memilih hati :)

zakirasli .. berkata...

@Tedi : Hu.. bahaya berdua2an ni... yg ketiga adlah syaitan dn nafsu la jwabnye