Ahad, 30 Jun 2013

Boleh tolong tak????




Korang nampak tk iklan nuffnang kat tepi tu? tolong klik jap. Tunggu sampai habis loading lepastu tutup. Ok, terima kasih.

heee

Dapat cenderahati F.M (Fridge Magnet) dan Keychain dari blogger noorzuha !!


  Aku dapat kedua-dua cenderahati ni dari minggu lepas lg sebenarnya. Harini baru sempat nak letak entry ni kt sini. Sebenarnya, aku tak sengaja pun terbaca satu entry dari blogger noorzuha pasal fridge magnet yang beliau nak bagi secara percuma kat sesiapa yang berminat. Aku pun apa lagi, terusla apply. Tunggu punya tunggu akhirnya pada hari khamis minggu lepas sampai satu sampul surat beserta dengan dua cenderahati yang tertulis singapura. Memang terbaikla cenderahati ni. Terima kasih banyak aku ucapkan kepada blogger noorzuha atas cenderahati percuma ni..  Untuk ini, aku jemput korang semua ke blog beliau :- Journey Of My Life sama-sama kita jenguk blog beliau yang sempoi tu..

~ Khabarnya ada lg F.M yg masih ada pada beliau untuk diberi percuma kpd sesiapa yang nak. So, korang bolehla cuba apply. 

Sabtu, 29 Jun 2013

' Kamu macam binatang'

Foto
MUIDIN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam

   Memang itulah perkataan yg patut dikatakan pada pemuda berbaju putih dalam gambar di atas tu. Aku pun rasa geram yg amat bila tau dia yang terlibat dalam pembunuhan adik dirang tahun lalu. Berikut artikel yang aku ambil dari akhbar harian metro.

Johor Bahru: “Si mati insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan membakar mayatnya. Kamu memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Datuk Abdul Halim Aman, semalam ketika menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 25, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang, pada Mac tahun lalu. 
Beliau menyifatkan lelaki itu memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya, justeru, dia amat bahaya jika berada dalam kalangan masyarakat.

“Hanya ada satu hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk kamu dan saya memerintahkan kamu digantung di leher sampai mati,” katanya di akhir penghakiman.

Muidin didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac tahun lalu.

~ Ini baru hukuman dunia, di akhirat nanti....

Sumber: Mymetro





Jumaat, 28 Jun 2013

Janji Khalifah

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam”


Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah


Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)


Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci


Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)


Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah


Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Renung-renungkan dan selamat beramal.




Khamis, 27 Jun 2013

Pelajar hidap hipertensi lebih bijak di sekolah?

Sesetengah pelajar menghidap hipertensi akibat tekanan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

   Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa bahkan remaja. Namun, remaja yang menghidap penyakit ini didakwa lebih bijak serta pintar di sekolah berbanding rakan sebaya yang normal.

Ini berdasarkan penyelidikan sekumpulan pakar perubatan di Universiti Gottingen, Jerman terhadap 7,688 remaja lelaki dan wanita yang berusia antara 11 hingga 17 tahun. Sebanyak 11 peratus responden menderita tekanan darah tinggi. 
Pelajar sekolah yang menghidap hipertensi lebih aktif dalam olahraga dan semasa di dalam kelas. Terdapat satu teori mengatakan kepintaran mereka didorong tekanan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga mereka mendapat penyakit tersebut.

Sumber: Kosmo! Online

Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff

Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!

Rabu, 26 Jun 2013

Blog dan jerebu

Gambar google je


Harini aku nampak jerebu dah kurang dekat tempat aku ni. Sebab hujan yang turun dengan lebat dari petang semalam lagi. Terima kasih Allah kerana memberikan hujan kepada kami.. Blog dan jerebu... takde kena-mengena pun.. Saja je tulis tajuk tu....

~Tak sempat update entry semalam pasal mmg sibuk~
Esok baru sempat nak balas kunjungan korang balik... Sorry lambat balas kunjugan korang semua ke blog aku ni

Isnin, 24 Jun 2013

Ahad, 23 Jun 2013

Pengorbanan tak semudah yang disangka!

  Asssalamualaikum W.B.T..

   Pengorbanan boleh dtg dalam pelbagai bentuk.. Bila aku tengok video kat bawah ni nyanyian Aaron Aziz dan Kumpulan Sleeq, mmg bnyak benda yang perlu kita buat kan untuk mencapai kejayaan. Dan itulah yang dinamakan pengorbanan!

Sila Hayati ...

Sabtu, 22 Jun 2013

Jerebu dah makin teruk

Assalamualaikum W.B.T..
Ni pemandangan di Ayer Keroh, Melaka




Ni gambar di Legoland, Nusajaya, Johor

   Kat atas tu dua gambar yang aku ambik dari akhbar online: Sinar Harian. Dan sekarang ni dikhabarkan jerebu dah menular ke kawasan port dickson, Negeri Sembilan. Risau jugak aku, kalau-kalau sampai ke kawasan perak ni. Menurut akhbar sinar harian, di melaka kira-kira 450 tadika perpaduan, kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) akan diarah tutup sekiranya keadaan jerebu berlanjutan sehingga minggu hadapan. Manakala, di Batu Pahat, Johor pula sebanyak 175 buah sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116, 493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu yang melanda. Kejadian jerebu yang berlaku sekarang ni menunjukkan kepada kita sebagai umat manusia bahawa dunia sudah semakin tua. Dan salah satu tanda kiamat adalah berkenaan asap. Seperti baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda" :-
  • Asap
  • Dajjal
  • Binatang melata di bumi
  • Terbitnya matahari sebelah barat
  • Turunnya Nabi Isa A.S
  • Gerhana di barat
  • Gerhana di jazirah Arab
  • Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Jadi, marilah kita semua menginsafi dan sentiasa renungkan kejadian yang sedang berlaku ni. Moga-moga Allah menjauhkan kita dari perkara yang buruk..

~Jerebu ni pun jadi salah satu sebabnya pasal tangan manusia juga.. Contoh; Pembakaran terbuka

Jumaat, 21 Jun 2013

Hari yang sibuk...

 Harini memang banyak betul kerja yg perlu aku buat.. Huh, tapi alhamdulillah sempat siap. Update entry ni pun dah malam cam ni baru sempat.. Apapun, terima kasih Allah untuk kerja ini. Jadi, bekerjalah anda seperti akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seperti anda akan pergi pada esok hari.









~Sekian~ Assalamualaikum..

Khamis, 20 Jun 2013

Hati-hati ye !!!

Gambar dari Sinar Harian

  Terbaca berita ni di akhbar Sinar Online tadi terus rasa nak kongsi dengan korang semua pasal berita ni lebih-lebih lagi buat gadis di luar sana tu.

  MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek  membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Sumber Sinar Harian Online 



~ Berhati-hati la ye kepada semua gadis tak kira yang dah berkahwin atau yang belum, main facebook  boleh, tapi jangan sampai ditipu oleh manusia yang tak berhati perut. Dalam dunia ni bukan semua org boleh kita percaya..

Rabu, 19 Jun 2013

Terima Kasih Mak, Abah.


Lagu yg sangat bermakna dari Imam Muda Asyraf untuk kita semua. Hargai ibu bapa anda ketika mereka masih ada dan juga bila tiada.. Doakan mereka sentiasa.

# Peringatan Diri & Semua

Selasa, 18 Jun 2013

Bersangka baiklah!!






~ Kan??

Tip melancong: Hilangkan bosan dalam pesawat

Assalamualaikum W.B.T..




















     Walaupun aku belum pernah lagi naik kapal terbang, tapi aku nak kongsi juga la tips ataupun cara  menghilangkan kebosanan semasa berada di dalam pesawat ni. Sumber ni aku dapat dari laman Mymetro. Berikut disenaraikan senarai barangan yang perlu dibawa sewaktu di dalam pesawat untuk menghilangkan bosan.

Penutup mata 

Benda ini penting jika anda berniat tidur lama dalam perjalanan. Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tak masuk dan anda boleh tidur dengan lena.


Bantal tiup

Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam kedudukan duduk. Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.


Buku

Bawa buku atau bacaan lainnya. Pilih bacaan ringan seperti novel mahupun komik. Pastikan buku tersebut boleh anda baca lama dan tidak habis hanya dalam satu jam pembacaan.

Jaket

Untuk mengelak anda kesejukan sepanjang penerbangan, bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian. Jika anda merasa jaket terlalu berat untuk dibawa, selimut kecil atau kain pasmina juga boleh dibawa.

Permainan

Bawa pelbagai permainan mengisi masa. Permainan seperti buku puzzle, buku teka silang kata, ataupun sudoku pasti menghiburkan anda. 

Peralatan elektronik

Bawalah bersama gajet kegemaran anda, iPad, tablet, iPod dan sebagainya yang membolehkan anda bermain game, menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti.
Namun, pastikan semua peralatan ini dimatikan semasa pelepasan dan mendarat supaya ia tidak mengganggu sistem penerbangan. 

Pemain muzik

Pemain muzik seperti MP3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan. Selain dapat mendengar lagu-lagu kegemaran anda, ia juga boleh berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.

Makanan ringan

Bawalah aneka makanan ringan seperti kacang manis, biskut dan coklat. Anda juga boleh membawa buah-buahan seperti epal dan pisang.

Gula getah

Gula-gula getah boleh meredakan mabuk panjang penerbangan. Selain itu, mengunyah gula-gula getah saat berlepas juga boleh mengurangkan tekanan pada telinga.

Ubat

Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk boleh menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.


~ Aku percaya sedikit sebanyak tips ni boleh membantu terutama buat korang yang nak naik kapal terbang pergi melancong ke tempat-tempat jauh ni.. Yang pernah aku dengar bosan bila kat dalam kapal terbang ni. Tak tau la betul ke tak.. kalau pernah ada pengalaman silalah kongsi ye ..

~Teringin jugak nak naik pesawat ni.. tak tau la bila dapat peluang naik kapal terbang ni~

Isnin, 17 Jun 2013

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Sumber: SINAR HARIAN

SubhanAllah, terkedu aku baca berita ni di fb tadi. Sesungguhnya Allah s.w.t melindungi dan sentiasa merahmati sesiapa yang selalu mengigatiNya dan sentiasa meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w yang paling utama di hatinya. Banyak kelebihan untuk penghafaz Al-quran ni kan.. Antaranya adalah seperti yang telah ditunjukkan dalam gambar di atas. Jom ikuti berita selanjutnya.

   TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain. Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

:- Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran

:- Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.


~ Takziah diucapkan kepada semua warga Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu atas kejadian yang menimpa dan terutama kepada keluarga mangsa; Aiman Nurhakim Yahya, 13. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Allahyarham. 

Al-Fatihah

Segmen Simple Topup

*click banner for join us*
Hadiah
* Topup RM5 untuk 2 pemenang *
Pemilihan Pemenang
* 100% => Random.org *

Selawat Terapi Jiwa

Assalamualaikum W.B.T..

Untuk pagi hari isnin ni aku kongsi satu selawat terapi jiwa dari UNIC. Jom amalkan


Moga kita semua dilindungi Allah s.w.t selalu hendaknya...

Ahad, 16 Jun 2013

Hari-hari hari bapa.

Ye, memang harini seluruh negara rasa aku yang sambut hari bapa ni. Tapi, bagi aku setiap hari adalah hari bapa. Sama macam hari ibu. Jadi, untuk kesempatan ini dalam blog ni, aku nak ucapkan selamat hari bapa kat abah aku Mat Rasli Md Daud, terima kasih abah sebab dah jaga zaki sampai umur 21 tahun ni. Terima kasih juga untuk mak ye. Walaupun aku tak ucap depan-depan, tapi cukuplah rasanya di dalam blog ni. Dan aku akan sentiasa doakan kesejahteraan serta kesihatan berpanjangan untuk mak dan abah. Terima kasih mak, abah.

   Untuk harini, lewat sikit aku update entry harini  aku hadiahkan kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia terutama di Malaysia ni sebuah lagu nasyid bertajuk ayah nyanyian kumpulan Ae-man, dengarkan :


Assalamualaikum semua, selamat malam.

Sabtu, 15 Jun 2013

Tiada jalan mudah !!



   Kejayaan nama besar dalam teknologi seperti Microsoft, Dell, Apple, eBay, Amazon, Facebook, Google, Oracle dan puluhan syarikat yang merubah senario dunia bermula daripada hanya impian yang dikatakan tidak mampu direalisasikan.

Apabila namanya sudah popular, kenaikannya nampak mudah tetapi prosesnya panjang bermula daripada hanya angan-angan kemudian ilmu yang dipraktikkan sehingga pengembangan minda yang bukan tertumpu kepada satu objek saja.
Makna pemikiran satu objek saja termasuk tahap pengembangan minda kreatif yang mampu berfikiran kritis sehingga menghasilkan teknologi mencorakkan kehidupan manusia.
Di bawah ada disenaraikan nama besar mereka yang pernah memasuki carta individu paling berpengaruh dalam bidang teknologi :-

1. Bill Gates (Microsoft)
2. Steve Jobs (Apple)
3. Mark Zuckerberg (Facebook)
4. William Bill Redington Hewlett dan Dave Packard (HP)
5. Charles Ranlett Flint (IBM)
6. Gordon Moore dan Robert Noyce (Intel)
7. Jack Dorsey (Twitter)
8. Larry Page (Google)
9. Pierre Omidyar (eBay)
10. Micheal Dell (Dell)
11. Takeshi Mitarai, Goro Yoshida, Saburo Uchida dan Takeo Maeda (Canon)
12. Masaru Ibuka dan Akio Morita (Sony)
13. Leo Mechelin dan Fredrik Idestam (Nokia)
14. Dennis Crowley (Foursquare)
15. Kevin Systrom (Instagram)

Nama terbabit ialah antara tokoh teknologi namun masih terdapat ratusan pencetus teknologi lain yang hebat. Ratusan nama yang diiktiraf sebagai pencetus teknologi mempunyai satu persamaan paling jelas iaitu mereka pernah gagal namun pada masa sama tidak pernah menyerah diri dengan kegagalan yang pernah dirasai.
Jobs bukan hanya melakukan satu percubaan sehingga iPhone berjaya manakala Gordon Moore bukan memerlukan sehari untuk mencipta cip pemprosesan komputer. Mereka memanfaatkan ilmu dan idea yang dihubung­kan bersama sehingga mampu menghasilkan teknologi tidak pernah dibayangkan manusia sebelum ini.
Usaha yang tidak pernah putus dan percubaan demi percubaan menjadikan produk berjaya antara kunci utama kejayaan Facebook atau Google. Mereka tidak pernah duduk diam dan tidak berharap menjadi jutawan sekelip mata sebelum berjaya menghasilkan sesuatu. Jika anda ingin mengaitkan­nya dalam senario di negara ini, ramai yang ingin menjadi kaya namun tidak ramai mahu menjadi pencetus teknologi terlebih dahulu.
Misalnya begini, dalam kebanyakan kes yang dilaporkan di akhbar, ramai yang mahu menjadi kaya sekelip mata dan sanggup mengeluarkan modal puluhan ribu kononnya merealisasikan impian sebagai jutawan. Meskipun tidak salah tetapi tahap pemikiran perlu diubah sebelum mahu menjadi orang kaya dan pasti­nya teknologi mendatangkan keuntungan lumayan kalau rajin serta mampu berfikiran kritikal dalam menghasilkan idea baru.
Zuckerberg tidak pernah menjadikan kaya sebagai motivasi utama memba­ngunkan Facebook namun inovasi yang menjadi cetusan teknologi web dunia sosial itu berjaya menjadikan beliau antara individu terkaya di dunia pada masa kini. Dalam biografinya, Zuckerberg berusaha keras membangunkan idea Facebook dan menjadikan kegilaan mencipta program sebagai hobi nombor satu sehingga sanggup mengabaikan kehidupan sosial beliau berbanding rakan lain.
Ia jauh berlainan dengan sesetengah individu yang hanya mementingkan hiburan, malas berfikir dan cepat berputus asa ketika melakukan kerja. Sebab itulah kita me­nyaksikan longgokan m­at rempit berpeleseran yang tidak hanya menggunakan teknologi disuapkan terus kepada mereka dan bukannya pencetus teknologi di dunia. 
Anda sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran lebih kreatif, tidak mudah berputus asa dan menjadikan motivasi teknologi sebagai asas jati diri. Selepas itu, tanpa disedari anda akan melihat kejayaan diri pada masa akan datang sebagai sebagai individu yang setanding Jobs, Gates atau Dell.
Petikan diambil dari : MyMetro



Jumaat, 14 Jun 2013

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013


Guru koir Amerika menangis dengar lagu 'Sahabat' ?

    Lagi satu lagu dari rakyat Malaysia nyanyian Najwa Latiff dinyayikan oleh kumpulan koir dari  Chariho Regional High School, Rhode Island. Dan bila guru yang melatih kumpulan koir berkenaan mengetahui makna lagu tersebut, terus menangis beliau.. fuh, hebat jugak lagu ni. Tapi, bagi aku memang lagu ni best pun. Rancak je irama dia. 


Dengar lagu penuh di bawah ni :-


Khamis, 13 Jun 2013

Info Teknologi Maklumat # 4 : Nombor & Peratus

Assalamualaikum W.B.T..

:.1 Pekerja Gembira



  • 71% berkata mereka lebih gembira apabila dapat menggunakan perisian atau aplikasi berasaskan web tertentu pilihan mereka di tempat kerja.

:.2 Progresif & Dinamik


  • 69% memikirkan bahawa syarikat yang memberikan kebebasan menggunakan teknologi yang lebih progresif dan dinamik akan menjadi majikan pilihan. 



:.3 Jimat Kos

  • 44% berkata mereka akan dapat menjimatkan kos syarikat jika dapat menggunakan perisian atau aplikasi berasaskan web tertentu pilihan mereka di tempat kerja.

  1. 82% daripada pekerja di Malaysia membawa peranti mudah alih mereka ketika bekerja. Lebih 47% menggunakan peranti untuk tujuan berunsurkan pekerjaan.
  2. 91% mengatakan syarikat mereka sedar bahawa mereka membawa peranti mudah alih peribadi mereka ketika bekerja, tetapi 69% berkata jabatan I.T tidak menyediakan apa-apa sokongan untuk peranti ini kepada mereka.
  3. 41% akan menggunakan perisian atau aplikasi pilihan mereka sendiri walaupun mereka tidak menerima sokongan atau persetujuan untuk itu.

Sumber : Majalah PC


Rabu, 12 Jun 2013

Kes blogger popular dirompak pulak..

Blogger Beautiful Nara; kanan
kredit: Sinar Harian

Assalamualaikum W.B.T..

   Pemilik blogger terkenal, Beautiful Nara dilaporkan telah kerugian kira-kira RM 350,000 apabila kereta BMW  miliknya telah dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri. Beliau berkata ketika kejadian, kira-kira jam 2.10 petang, beliau bersama isteri dan anaknya sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.  Katanya, secara tiba-tiba datang kereta jenis perodua MyVi hitam datang meluru ke arah mereka sekeluarga dan mengeluarkan parang. Kata beliau lagi, penjenayah mengugutnya dengan parang dan mengambil duit RM 30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 siri berwarna putih berplat WWM 7040. 

Haish,, macam-macam jenayah yang berlaku sekarang ni kan. Aku rasa penjenayah ni dah tak takut lagi kot dengan undang-undang dan yang paling penting dengan hukuman Allah di hari akhirat nanti. Insaflah para penjenayah sekalian, ingatlah hidup di dunia hanyalah sementara. Selepas ni ada lagi hidup yang "lain". Macam ada je penjenayah nak baca post aku nih..

Dan kepada korang semua, ingatlah jenayah berlaku tidak kira tempat, masa atau siapa pun. Sentiasa berhati-hati walau dimana kita berada. Sesiapa yang ada maklumat mengenai kereta blogger beautiful nara a.k.a Nazuwan Ahmad ni bolehlah hubungi beliau di talian 017-2678341. Berita lanjut boleh baca di SINI


Isnin, 10 Jun 2013

Doa Di Pagi Hari. Jom Amalkan!!

Assalamualaikum W.B.T..


 Untuk pagi isnin yang bersamaan 1 syaaban ini, aku dengan rasa rendah hati nak ajak korang semua hafal doa pagi melalui video di atas tu. InsyaAllah, dengan membaca doa ini, hati akan menjadi tenang sekaligus akan melancarkan segala urusan kita sepanjang hari. Jadi jom sama-sama dengar dan hayati video doa pagi di atas yang dibacakan oleh saudara Bazli dari kumpulan nasyid UNIC.

Ahad, 9 Jun 2013

Hujung Minggu




















Assalamualaikum W.B.T..

-Harini takde cerita apa-apa aku nak kongsi. Just  nak ucap kat korang selamat berhujung minggu.. Kepada adik-adik yang mula sekolah esok, belajar rajin-rajin ye :D







Sabtu, 8 Jun 2013

Lagi berita pasal runtuh

Assalamualaikum W.B.T..
Kredit gambar: blog pilihan-anda

Macam-macam yang berlaku sekarang ni kan... haritu pasal stadium runtuh, kali ni pasal jambatan kedua di pulau pinang pula. Yang menyedihkan ada mangsa yang terlibat dalam runtuhan tersebut. Kalau takda mangsa yang terlibat takpa lah, tapi kalau sampai melibatkan kehilangan nyawa.. hurmm, bila berlaku kes macam ni siapa yang perlu bertanggungjawab? tepuk dada, tanya keliling.. heee
Berita lanjut  mengenai keluarga mangsa boleh anda baca disini :- SINAR HARIAN

~Ni yang buat aku takut nak memandu atas/bawah jambatan nih


Jumaat, 7 Jun 2013

Banyak kemalangan berkaitan kereta sekarang ni...

Assalamualaikum W.B.T..

Sinar Harian

   Bila baca je surat khabar sekarang ni mesti ada je berita pasal kemalangan kan. Tapi, yang aku perasan banyaknya membabitkan kenderaan jenis kereta. Tambahan pulak sekarang ni jumlah kenderaan jenis kereta ni banyak dah kat jalan raya ni. Macam gambar kat atas tu, kejadian berlaku di Parit Buntar, perak. Tak jauh pun dari tempat aku nih. Menurut sinar harian pemandu kereta ni seorang penjawat awam dan masa tengah memandu, beliau tiba-tiba jadi pitam. Diceritakan lagi, kereta ni baru sehari je lepas keluar dari bengkel untuk dibaik pulih lepas berlaku kemalangan 3 minggu lalu. Nak buat macam mana kan, malang memang tak berbau..Jadi, kepada pemandu diluar sana tu tak kirala kereta ke, motor ke, basikal ke, mahupun pejalan kaki, berhati-hati la ye bila berada di atas jalan raya tu. Kalau berlaku kemalangan takde apa-apa kecederaan yang berlaku kat diri kita ni, okla.. kalau jadi, hmmm.. nyawa tiada ganti tau. Pandu cermat jiwa selamat. Pesanan ikhlas dari; zakirasli.... hehehe (nak baca berita lanjut, sila ke SINI)

~ Bulan ramadhan pun tak lama lagi akan menjelma, Ya Allah, sampaikan lah (Hidupkan) kami semua sehingga sampai ke bulan Ramadhan. Amin2x Ya-RabbalAlamin..

Salam Jumaat Yang Mulia, Moga Kita Mendapat Barakah Pada Hari Yang Mulia Ini...


Khamis, 6 Jun 2013

Israk dan mikraj: Bukti kekuasaan Allah

Assalamualaikum W.B.T

Gambar: Nasyid FM


Bersempena harini, 27 Rejab, marilah sama-sama kita semua memperingati perjalanan yang telah ditempuhi Rasulullah S.A.W dalam peristiwa israk dan mikraj. Banyak pengajaran serta pembelajaran yang dapat kita semua perolehi daripada peristiwa israk dan mikraj. Antara pengajaran yang dapat kita perolehi seperti hukuman bagi orang yang makan riba, tidak menunaikan amanah yang diberi dengan sempurna, tidak mengeluarkan harta zakat, orang yang bercakap besar, dan banyak lagi. Kesemua pengajaran dari peristiwa israk dan mikraj ini, menunjukkan bahawa hidup di dunia ini tidak semudah yang disangka. Semuanya ada pro dan kontranya yang tersendiri. Dan dari peristiwa israk dan mikraj ini juga, perintah melakukan solat fardhu lima waktu yang sepatutnya dilakukan sebanyak 50 waktu tetapi setelah sembilan kali Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T dimana setiap kali rayuan dikurangkan sebanyak lima waktu. Begitulah menunjukkan bahawa Allah S.W.T  maha penyayang lagi maha pemurah kepada hamba-hambanya. Dan akhir sekali, mari kita sama-sama menghayati Ayat 1 dari surah Al-Israa' di bawah ini :


Terjemahan Ayat :-
Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui
{Surah Al-Israa' : Ayat 1}





Isnin, 3 Jun 2013

Ubah warna background blog pulaklah..

Macam yang korang tengok sekarang kat blog aku ni, aku dah ubah warna background blog aku ni jadi warna coklat/koko pulak. Rasa macam boring pulak semua warna putih. Jadi, aku harap mata korang tak berpinarla bila tengok blog aku ni. hihi

Ok, Assalamualaikum..

Sabtu, 1 Jun 2013

Anda ada masalah komputer atau printer ?

-Iklan-

Bagi anda yang tinggal di kawasan Taiping, Kamunting, dan Batu kurau, Perak jika ada menghadapi masalah komputer atau printer bolehlah pergi ke kedai Arraa Tecch Computer. Kedai utama terletak di No. 71, Jalan Medan Kamunting, Perak berhampiran klinik Anisah kamunting, perak. Dan cawangan kecil pula terletak di Batu Kurau, berhadapan balai polis baru. Khidmat komputer yang kami tawarkan disini adalah seperti; Menaik taraf komputer, notebook, netbook untuk semua jenis. Perkhidmatan membaiki printer juga ada kami jalankan. Selain itu, kami juga ada menjual pelbagai alatan keperluan untuk komputer anda pada harga yang amat berpatutan. Anda cuma perlu nyatakan jenis kerosakan, dan kami akan membuat komputer anda pulih kembali seperti sediakala. Kami beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari ahad. Waktu operasi bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 7.00 malam (untuk kedai utama) 5.30 petang (untuk cawangan kecil). Jadi, tunggu apa lagi? bawalah komputer atau printer anda yang mengalami kerosakan kepada kami. Sebelum itu, pemeriksaan adalah PERCUMA !! 

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:-
05-8911489 (Kedai Utama)
05-8880714 (Cawangan Kecil)