Ahad, 19 Mei 2013

Tips jimatkan bateri smartphone


Sumber gambar: Google


- Aku rasa rata-rata dari korang yang tengah membaca entry ni mesti ada pakai satu atau lebih telefon bimbit  jenis smartphone bukan? Lepastu jadi pening pasal bateri phone korang cepat habis padahal guna tak sampai 2 ke 3 hari dan ada yang sesetengah tu tak sampai 3 ke 4 jam dah habis bateri phone. Cepat betul, apa yang dibuat sampai cepat habis bateri phone tu.. Ha, untuk kali ni aku nak kongsi sikit berkenaan tips dan cara menjimatkan bateri smartphone ni. Untuk pengguna handphone biasa, aku rasa tak ada masalah berkaitan bateri ni. Boleh intai dekat bawah ni :-


  1. Kurangkan kecerahan paparan skrin
  2. Matikan GPS/BLUETOOTH
  3. Hadkan akses rangkaian atau internet (WIFI)
  4. Tutup sepenuhnya aplikasi yang tidak digunakan
  5. Gunakan latar belakang skrin ringkas- Kalau boleh gunakan jenis statik punya
  6. Lumpuhkan atau kurangkan auto sync jika boleh
  7. Buat pengecasan dengan cara yang betul- Biar bateri tinggal 1% baru cas semula
  8. Matikan notifikasi pemberitahuan
  9. Ketahui kadar isyarat rangkaian- Tengok dekat phone ada line ke tak, kalau di kawasan kampung tukar je dari 3G ke 2G
  10. Buang widget atau aplikasi yang tidak diperlukan
  11. Guna mod jimat kuasa
  12. Kurangkan kecerahan phone dari 30% hingga 50% sahaja

~Dah mula cerita pasal Handphone pulak.. tapi, jangan risau aku akan terus update entri untuk komputer nanti..

Ok, Assalamualaikum

7 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

bagus tips ni.. akak tak pernah guna smartphone.. haha.. memang kunokan?

Kesuma Angsana berkata...

Tq share, tips yng bagus ni !

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :D . tak pernah guna? cba akak guna 1, best tau..


@Kesuma Angsana: Terima kasih komen, kan sharing is caring :DD

Ietams berkata...

bagus tips ni.. mekaseh share yer..

zakirasli .. berkata...

@Ietams: Terima kasih sudi komen :)

NinaAz berkata...

Nina suka cerah2. Xsuka malap2. Huuii.patutla cpt empty bateri. Hukhuk

zakirasli .. berkata...

@NinaAz: Terima kasih komen, huhu.. kalau boleh letak je kecerahan tu dalam 60% pn dah terang dah..