Isnin, 27 Mei 2013

Memang berani la dia


Gambar dari kisahbest.my

        Aku terbaca pasal post ni kat fb tadi. Sekali baca rasa macam nak tergelak pun ada dekat penyamun tu.. Tak pasal-pasal diorang yang lari pulak. Ceritanya macam ni, di Kampung SC Belt, Labu Kubong, Teluk Intan seorang gadis bagaikan dirasuk bila naik angin dan tekad untuk mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang malam sabtu kelmarin. Sumber mengatakan gadis itu bersama neneknya, yang sedang bersiap untuk menunaikan solat isyak panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah. Tindakan penyamun berkenaan yang melibas parang lalu menyebabkan jari nenek gadis itu tercedera lantas membuatkan gadis itu menjadi berang dan melawan balik penyamun tersebut. Berita penuh boleh baca disini - myMetro

Ish,ish.. nampaknya dunia sekarang dah macam tak aman lagi, kalau kat luar negara dengan kisah perang, di Malaysia ni pula pasal kes jenayah yang tak habis-habis. Hurmm, apapun aku kagumlah dengan tindakan berani budak perempuan ni walaupun nyawa jadi taruhan. Tapi untuk selamatkan maruah serta orang tersayang, sanggup melawan dan mengejar penyamun tu balik. Bukan ramai yang berani macam ni...

Ok, Assalamualaikum..

10 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

memang tabik la dengan keberanian dia.. tak semua perempuan berani macam tu..

NinaAz berkata...

gerunnyaaaa

Lily RIna berkata...

hebat betul perempuan tu. Kalau saya dah menangis kot >_<

akashah berkata...

tabik spring kat bdk tu

FairuzAqilah berkata...

heroin malaya! hehehe.. ;)

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) ye, mmg tabik hbis la.. hehe kalau lelaki pn tk semua brani mcm bdk ni.. :-()

zakirasli .. berkata...

@NinaAz: Terima kasih komen :D humm,, mmg gerun. klau jd kat kita bnda mcm ni fuhh..

zakirasli .. berkata...

@Lily Rlna: Terima kasih komen :D mgkin psal maruah dgn nyawa nenek dia jd ancaman sbb tu dia blh brtindak mcm tu.. tp, mmg trbaikla kn..

zakirasli .. berkata...

@akashah: Terima kasih komen :) ye,, tabik spring jgk kt dia..

zakirasli .. berkata...

@Fairuz Aqilah: Terima kasih komen :) hehe.. mmg heroin malaya..