Khamis, 23 Mei 2013

Kenapa aku buat blog?

Aku tanya, aku jawab balik.. Buat blog ni memang best kan? Aku rasa facebook dengan twitter pun tak best macam buat blog ni. Dulu waktu mula-mula aku kenal blogspot ni, aku rasa macam tak best. Tapi, lama-kelamaan memang seronok la. Betul kata pepatah; tak kenal maka tak cinta. Dekat bawah ni aku senaraikan sebab-sebab aku suka buat blog :- Kalau sudi bacala ye


1. Sebab suka-suka.
 - Seronok buat blog ni rupanya.

2. Boleh kenal dan tambah kenalan.
 - Kalau sudi boleh add aku di facebook. Tengok kat bahagian hubungi 
    saya.

3. Aku suka menulis dan membaca.
 - Semua benda yang aku dapat, tak kira buku, pemplate, iklan, pendek
    kata semua yang boleh dibacalah.

4. Mungkin boleh dapat duit dari blog.
 - Kalau boleh dapat duit dari blog ni, tak banyak sikit pun jadila.

5. Dapat baca entri dari blogger otai sampaila ke blogger baru.
 - Aku suka blog yang entry dia sempoi dan bermaklumat. Contoh macam
   blog Mizz Aiza dengan Ben Ashaari ni.

6. Dapat mengisi masa yang terluang.
 - Daripada aku buat yang bukan-bukan, baik aku menulis. Nak menulis
    kat kertas, orang tak dapat baca. So, tulis kat blog.

7. Dapat menambahkan kemahiran menaip.
 - Apa yang aku tengok, semakin lama aku menulis di blog ni, kemahiran
    menaip aku makin meningkatla!! hehe

8. Dapat kongsi pengalaman dan cerita dengan orang lain.
 - Kalau kat dunia luar ni aku jenis pendiam sebenarnya. Tapi, sekali dah
   sembang memang menjadila. huhu

9. Dapat merasa ada diari sendiri.
 - Heee, kalau aku ni tulis diari dalam sebuah buku ke, dalam
    nota ke, nanti orang ingat aku jenis jambu. Tulis kat dalam blog ni okla
    kan..

10. Dapat tambah ilmu mengenai coding walaupun tak banyak.
 - Semakin aku dalami pembuatan blog, makin banyak coding yang dapat
   aku tau..

11. Oh, dah nombor 11 dah.. Kering idea pulak.. Kalau korang enjoy ke buat blog ni ??

Ok, Assalamualaikum..

6 ulasan:

Faeytynn Zayn berkata...

ek eh same lah...semua sebab awak tu..tu jugak la sebab saye buat blog...hihihi

zakirasli .. berkata...

@Faeytynn Zayn: Terima kasih komen :) sama ek? okla, sapa penyebab cik faeytynn ni buat blog? bleh share crita..

Mizz Aiza berkata...

alhamdulillah.. setakat ni akak enjoy lagi.. yang no.4 tu mr. nuffnang tak pernah pun kasihan pada akak untuk bagi cpuv.. tapi akak tak kisah pun duit tu, kalau ada alhamdulillah.. kalau takde pun redha, yang penting sebab no.2 tu..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) humm.. saya pun tk prnah dpat jgk.. status gliretti-btul ke tk saya eja nih.. pun tk dpat lg.. sbar2x..

~MakLady~ berkata...

Assalam zakirasli .. tkasih krn singgah blog MakLady

Kita follow awk jugak ;)

zakirasli .. berkata...

@~MakLady~: Terima kasih komen :D wsalam, sama2x. terima kasih follow :)