Ahad, 26 Mei 2013

Kenali Tokoh Pengkomputeran Siri 2 : Kevin Systrom & Mike Krieger (Instagram)


Sekarang ni memang ramai yang dah gunakan khidmat instagram ni kan? aku pun dah cuba guna, memang best. Korang nak tau macam mana instagram ni boleh wujud dan siapakah pencipta aplikasi ni? Ok, aku akan terangkan. Sila baca dengan minda terbuka..hehe

  Kevin Systrom dan Mike Krieger, kedua-dua alumni Stanford University, California ini sebenarnya tidak pernah mengenali di antara satu sama lain ketika di kampus.Tamat sahaja pengajian, Systrom bekerja bersama Google di bahagian Google Gmail dan pembangunan korporat. Systrom pernah dipelawa oleh Mark Zuckerberg sekitar tahun 2004 untuk bekerjasama dalam inovasi pengembangan ciri gambar pada facebook kerana minat yang amat tinggi beliau pada bidang fotografi. Tetapi pelawaan dari CEO facebook itu telah ditolak dengan alasan mahu menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

Selepas 8 tahun, Systrom dikhabarkan menerima sekitar 400 juta USD kerana memiliki 40% saham instagram manakala Mike yang mempunyai saham sekitar 10% menerima imbuhan 100 juta USD selepas pembelian oleh facebook. Mengenai rakan kongsi perniagaannya, Mike telah dilahirkan di Sao Paulo, Brazil dan datang ke Amerika Syarikat pada tahun 2004 untuk melanjutkan pelajaran di Standford University. Beliau telah menulis tesis ketika peringkat sarjana berkenaan bagaimana antara muka pengguna boleh menyokong kolaborasi dalam skala yang besar.

Mulai tanggal 6 Oktober 2010, aplikasi Instagram yang menjadi aplikasi kebangaan kedua-dua penciptanya telah dilancarkan dan boleh didapatkan di Apple Apps Store. Perkembangan aplikasi yang direka khas untuk bekerja dengan laman sosial ini termasuk facebook telah bekembang pesat yang telah dimuat turun oleh 10,000 orang pengguna dalam masa beberapa jam!. Statistik juga mencatatkan Instagram telah mempunyai pengguna pada angka 13 juta dalam masa 13 bulan sejak ia dilancarkan. Dan kini, ia mempunyai 30 juta pengguna yang memuat naik hampir 5 juta gambar sehari.

Pada 3 April 2012, pelancaran platform terbaru yang boleh menyokong aplikasi ini serta boleh digunakan oleh pengguna Android 2.2 (Froyo) dan ke atas. Pengumuman itu ternyata membawa tuah kerana hanya beberapa hari selepas itu, CEO facebook mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto tersebut pada harga 1 bilion USD!!. Selain itu, mereka juga memperolehi saham dari facebook.


Kevin Systrom & Mike Krieger

Ok, Setakat ni dulu penerangan. Assalamualaikum..

Sumber: Majalah PC





4 ulasan:

Si Tracey berkata...

Ni memang muka dorang ek? Apesal macma 60-an je..ahaha

Mizz Aiza berkata...

untungnya dia.. akak tak guna smartphone pun..

zakirasli .. berkata...

@Si Tracey: Terima kasih komen :) yup, ni mmg muka diorang.. diorang edit nih.. huhu

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen :D ye la.. mmg untung diorang ni.. cba la akak guna.. best tau