Selasa, 28 Mei 2013

Fakta bilik air yang tak ramai ketahui

Gambar dari Google

 Pelik ke jika ada lelaki yang mengambil masa yang lama ketika mandi? Kerana mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Dan paling lama pun, 10 minit sebab bercukur atau membuang sisa yang sepatutnya.

Tapi jangan korang tak tahu yang mana ada lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Kalau nak dibandingkan dengan wanita, memang jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, tapi lelaki tidak memerlukan semua itu. Dari tinjauan yang dibuat, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama sewaktu di dalam bilik air. Kenapa ini berlaku?

Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi serta amat "istimewa" buat kaum adam di seluruh dunia. Mana tak nya, dalam bilik air saja yang bebas dari semua gangguan samaada dari ahli keluarga, kawan-kawan, dan panggilan telefon. Ada sesetengah lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan diri. Jika mandi dengan rasa terburu-buru, kesannya akan terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri hari itu. Jadi, jangan dimarahi mereka yang berada lama di dalam bilik air. Tapi kalau dah korang sendiri pun tak tahan dah nak guna tandas tu, jerit je kat diorang. Kalau diorang buat tak tau jugak, korang tendang je pintu tu. hehe.. Berbalik kepada topik tadi, percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Kalau yang dah kronik tu, ada yang menjadikan peluang melihat wajah di cermin sebagai satu ruang untuk berimaginasi.

Fakta Menarik :-

  • Raja Britain, George 11 mati akibat terjatuh di dalam tandas pada 25 Oktober 1760.
  • Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman perinci persegi.
  • Walaupun tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang banyak digunakan di tandas pada hari ini.
  • Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama 3 tahun dalam hidup hanya berada di dalam tandas.
~ Semua cerita dan fakta menarik ni aku jumpa waktu baca metro online tadi. Cerita sebenar kat sini : myMetro

Ok, Assalamualaikum..
Aku pun kadang-kadang tu lama jugak kat dalam tandas/bilik air pasal aku basuh baju,seluar guna tangan je..





2 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

betul kot.. anak saudara akak yang lelaki dah umur 19tahun macamtu juga.. bertapa sampai setengah jam.. tapi sebenarnya tak elok duduk lama2 kat dalam tu, itukan rumah syaitan..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen :) ye ke.. hehe, mgkin dlm tndas tu sejuk kot.. haha