Selasa, 7 Mei 2013

Facebook Bahaya?

Assalamualaikum,



Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi ketagih. (gambar hiasan)


     Benarkah laman sosial facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi gila dan kuat berkhayal? 
Menurut saintis israel, seseorang itu akan menghidapi sejenis simptom psikotik yang mengundang ketagihan kepada penggunaan internet sekali gus menjadikan mereka kuat berkhayal akibat perhubungan maya dalam rangkaian laman sosial itu.

  Ketua pengkaji dari Universiti TelAviv, doktor uri nitzan berkata, hasil ujian awal mendapati majoriti pesakitnya mengalami masalah kemurungan sungguh pun mereka tidak memiliki sejarah gangguan mental. 
"Apabila akses internet menjadi mudah, secara tidak langsung satu dimensi psikotik wujud membabitkan komunikasi berkomputer seperti facebook dan laman sembang yang memudahkan penggunanya terjebak ke arah masalah mental", kata nitzan yang juga pensyarah di fakulti perubatan dan pusat kesihatan mental shalvata. Akibat daripada kemurungan juga, pesakit lebih selesa berkomunikasi secara virtual sekali gus mencetuskan masalah kuat berkhayal yang diciptakan sendiri oleh mereka.


Sedikit info mengenai facebook :-

  • Kajian universiti gothenberg, sweden melaporkan lebih ramai individu berpendapatan rendah banyak menghabiskan masa dengan facebook.
  • Majoriti pelayar tegar facebook kurang bahagia dan kesunyian.
  • Lebih 85 peratus pengguna facebook menjadikan laman berkenaan sebagai aktiviti harian.
  • 26 peratus mengaku berasa tidak senang jika tidak melayarinya secara rutin.
  • Golongan wanita menghabiskan purata 81 minit setiap hari dengan facebook, berbanding lelaki dengan hanya 64 minit sehari.

Selesai update entry kali ini, 
Assalamualaikum..

~~~ Suka dengan artikel ini ? Klik butang share dekat bawah untuk berkongsi ke laman sosial

10 ulasan:

Secret Of Shaila berkata...

depends pada pengguna..klu terlalu taksub dgn fb..itulah jadinya..

Cherita Komputer berkata...

@Secret Of Shaila: Terima kasih sudi komen disini :) mmg.. kalau reti gna fb ni bnyak jgakla kbaikan..

Mizz Aiza berkata...

nasib baik aiza tak suka sangat fb ni..

Cherita Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Hehe.. Terima kasih komen, ber"fb" tu tkde msalah cma kna pandai jga diri je kt laman sosial nih..

S.K.A berkata...

nasib baik la sy ni xfanatik sgt dgn fb, bleh bwak bhya kalau lama2 sgt b'fb, wrna biru xelok utk mata..

Mizz Aiza berkata...

Assalamualaikum.. singgah pagi, semoga ceria selalu.. cantik header baru.. :D tak dapat komen di chatbox..

Cherita Komputer berkata...

@S.K.A: Terima kasih komen ye :D mmg blh bwak mudarat kalau dh fanatik sngat dgn fb nih.. oh, wrna biru tk elok utk mata ye.. tk tau plk..

Cherita Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Waalaikumussalam. Terima kasih msih lg sudi singgah ke blog saya ni wlaupun dh tk ber"update".. bkn apa, sibuk sikit kebelakangan ni.. blog ni skrang tgh dlam pengubahsuaian.. tu yg chatbox pn tk ok tu.. saya akan ubah blog ni ke blog peribadi saya.. tp, psal tips komputer saya akan terus "update" jgk nnti.. dan lepas ni saya akan tukar plk alamat url blog ni.. nnti dh ok semua saya bgtau.. :D

Nur Amalina Maisarah berkata...

Dulu la pernah addict kejap dengan fb..sekarang dgn blog..hehe

zakirasli .. berkata...

@Nur Amalina Maisarah: Terima kasih sudi komen, hehe.. saya pun skrang nih rsa dh mcm addict dgn blog ni dah.. huhu