Khamis, 23 Mei 2013

Dah musim dia kot?

Esok mesti semua yang bersekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah akan mula cuti kan? Boleh kira cuti panjang jugala. Seronok la korang, sejak dulu lagi aku perhatikan setiap kali musim cuti je mesti ada majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Betul tak? Jemputan majlis perkahwinan yang aku dan keluarga aku dapat kali ni memang banyak jugakla. Tapi, dalam negeri perak ni jugak. Aku rasa banyak juga kelebihan buat majlis perkahwinan waktu cuti sekolah macam ni. Antara kelebihan dapat buat majlis perkahwinan ni waktu cuti ramai ahli keluarga yang dapat hadir sebab anak diorang pun dah cuti sekolah, lepastu diorang pun dapat tinggal lama sikit dekat rumah kita tu tolong apa-apa yang patut. Tapi, yang tak ok nya kalau hari berlangsung majlis perkahwinan tu ada orang buat majlis jugak. So, jadi bertembung la kan..
Korang macam mana? Kalau ada jemputan kenduri kahwin korang pergi tak? ke duduk rumah je..



~ Apapun, aku ucapkan selamat pengantin baru (walaupun dah lama huhu) kat kakak aku yang majlis berlangsung pada 4/5/13 haritu. Dah lepas 2 minggu dah. Maaf tak jemput korang semua. Waktu tu tak aktif sangat dengan blog ni heeee.. Di bawah ni aku sediakan sikit gambar dari majlis perkahwinan tu..









Ok, Assalamualaikum..
-Gambar tu kredit kat adik aku.. Pasal dia yang tangkap. Oh sebelum lupa, Selamat Pengantin Baru Kepada Semua Bakal Pengantin .. Semoga kekal ke anak cucu- Bak kata lagu selamat pengantin baru tu..




4 ulasan:

Ietams berkata...

saya suke sgt pergi jemputan kenduri kahwin..
sebab saya ni memang suka sangat tengok pengantin & suasana kenduri.. meriah & harmoni

Mizz Aiza berkata...

selamat pengantin baru kepada kakak zaki.. akak je tak kahwin2 lagi.. ada la juga undangan ke majlis perkahwinan minggu ni, tapi kat kampung akak di perak.. tak dapat balik kampung pula minggu ni..

zakirasli .. berkata...

@Ietams: Terima kasih sudi komen :) samala, saya pun suke jgk pg knduri.. sdap lauk knduri ni.. heee

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen :D terima kasih kak ucap selamat tu.. sabar jela kak.. kan sudah ditulis manusia dcipta berpasang-pasangan.. msti ada jodoh punya :) Oh, rugila tk dpat balik :DD