Sabtu, 18 Mei 2013

Dah hujung minggu dah !!


   Memang cepat betul rasanya masa yang berlalu sekarang ni kan?? aku tak tau la korang rasa ke tak perubahan masa yang berlalu sekarang ni. Tapi, memang cepat betul masa berlalu. Harini dah hari sabtu esok ahad. Memang tanda-tanda kiamat kecil dah berlaku diantaranya masa yang berlalu dengan cepat macam yang sekarang ni. Aku harap-harap semua masa yang telah aku lalui dari dulu sampai sekarang nih bermanfaat buat diri aku dan jugak buat orang yang disekeliling aku ni. Untuk panduan kita bersama di bawah aku ada senaraikan beberapa tanda-tanda kiamat kecil :


  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Binatang buas berbicara dengan manusia
  • Bulan terbelah dua
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
  • Orang akan melakukan homoseksual
  • Orang akan melakukan homoseksual
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatanny
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

- Memang banyak tanda-tanda kecil kiamat dan ada yang diantaranya sudah terjadi pun. Jadi marilah kita sama-sama banyakkan berdoa dari menjadi sebahagian orang-orang yang rugi.. Sumber diatas aku ambil dari laman wikipedia

Jadi untuk hujung minggu macam ni korang selalunya buat apa?? ke macam gambar kat bawah ni 


huhu..
Ok, Assalamualaikum


2 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

betul tu.. akak sokong sangat, hari2 yang berlalu dirasakan cepat sangat.. sama2 kita berubah jadi lebih baik sebelum terlambat..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih ye kak sudi singgah dan komen.. btul tu, harapnya sama2 kita dpat berubah ke arah yg lebih baik ye :D