Isnin, 27 Mei 2013

Bos aku yang sporting..

Gambar dari Google
Walaupun kami berlainan kaum dan agama, tapi aku rasa kerja dengan bos aku ni la yang paling best sekali. Bos aku ni orang india, aku panggil dia dengan panggilan En. vijayan tapi dia memang faham dengan keadaan aku yang jadi pekerja dia ni. Masuk bulan ni dah 5 bulan aku kerja dengan bos ni, tapi tak pernah sekali pun dia marah ataupun menggores perasaan dan hati aku ni. Memang sporting la bos aku ni.. Tapi, walaupun bos aku ni sporting, aku tak boleh nak buat kerja yang dia bagi secara sambil lewa je. Walaupun gaji yang dia bagi tak besar mana, aku memang puas hati la kerja dengan dia. Pasal aku kerja bukan untuk mencari kekayaan, tapi aku kerja sebab nak bagi satu kepuasan dan minat terhadap kerja tu sendiri. Kalau kita ni kerja sekadar nak mencari kekayaan, memang tak kemana la jawapnya. Sebelum ni aku jugak pernah kerja dengan bos cina, ok tu memang ok. Tapi, kalau ada silap sikit je memang melenting habis.. Bukan kita tak boleh terima hakikat yang kita buat salah, tapi kalau nak marah pekerja pun mestilah ada aturcara dia kan? aku rasa tak perlu nak menjerit-jerit bagi satu company dengar, yer tak.. Okla, akhir sekali aku harap kepada korang yang sedang bekerja dan terbaca entry ni, selamat bekerja dan buat kerja elok-elok..

- Terima kasih, Bos

Ok, Assalamualaikum..

2 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

terharunya mr. vijayan dengar zaki puji dia.. bos akak dulu ada india juga.. memang baik sebab hormati akak sebagai muslimah..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) Oh,ye ke.. kalau bos ni hormat dengan kita, kita pun mesti jdik lg hormat dgn diorang kn..