Jumaat, 31 Mei 2013

Antara dua kasih..

Assalamualaikum W.B.T..

Ya, hanya kasih Allah yang kekal untuk selamanya, salam hari jumaat dan hayati lagu dibawah :-


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan 
Kasih Ilahi tiada bersempadan 
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai



Rabu, 29 Mei 2013

Big Giveaway by Alia Ali Ahmad



Kalau korang nak join, sila klik banner di atas.

Syarat :-
  1. Follow blog saudari ni
  2. Like gambar > SINI <
  3. Buat entry tajuk '  Big Giveaway by Alia Ali Ahmad '
  4. Tampalkan banner comel kat atas tu dalam entry korang, kemudian backlink kan
  5. Tag seorang rakan, pastikan dia tahu
  6. Copy & Paste senarai hadiah. Kalau taknak, takpe
  7. Dah selesai. Letak korang punya link di ruangan komen beliau.
Senarai Hadiah :-

Top Referral : Novel + Topup RM 5 x 1 pemenang

RANDOM
  • Pashmina x 2 Pemenang
  • Bawal x 2 Pemenang
  • Keychain 'melaka' x 7 Pemenang
  • Topup RM 3 x 4 Pemenang
  • Topup RM 5 x 2 Pemenang
  • Bookmark x 4 Pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 Pemenang

Untuk tag, aku tag

Ok, Assalamualaikum..


Selasa, 28 Mei 2013

Cuci buah pinggang dengan harga RM 1.00 !!



 Tahukah korang yang daun sup baik untuk kesihatan? Post ni aku terbaca kat fb tadi. Post dia bertulis macam ni :-

Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini??

Caranya mudah sahaja.

Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk

Amalkan meminumnya segelas sehari...

Insya Allah anda akan rasa perubahannya...

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat Mencuba......

- Aku pun rasa macam nak cuba jugak, pasal pernah dulu bos aku pun cakap air rebusan dari daun sup ni baik untuk mencuci kotoran dalam buah pinggang..

Ok, Assalamualaikum.. 

Fakta bilik air yang tak ramai ketahui

Gambar dari Google

 Pelik ke jika ada lelaki yang mengambil masa yang lama ketika mandi? Kerana mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Dan paling lama pun, 10 minit sebab bercukur atau membuang sisa yang sepatutnya.

Tapi jangan korang tak tahu yang mana ada lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Kalau nak dibandingkan dengan wanita, memang jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, tapi lelaki tidak memerlukan semua itu. Dari tinjauan yang dibuat, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama sewaktu di dalam bilik air. Kenapa ini berlaku?

Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi serta amat "istimewa" buat kaum adam di seluruh dunia. Mana tak nya, dalam bilik air saja yang bebas dari semua gangguan samaada dari ahli keluarga, kawan-kawan, dan panggilan telefon. Ada sesetengah lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan diri. Jika mandi dengan rasa terburu-buru, kesannya akan terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri hari itu. Jadi, jangan dimarahi mereka yang berada lama di dalam bilik air. Tapi kalau dah korang sendiri pun tak tahan dah nak guna tandas tu, jerit je kat diorang. Kalau diorang buat tak tau jugak, korang tendang je pintu tu. hehe.. Berbalik kepada topik tadi, percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Kalau yang dah kronik tu, ada yang menjadikan peluang melihat wajah di cermin sebagai satu ruang untuk berimaginasi.

Fakta Menarik :-

  • Raja Britain, George 11 mati akibat terjatuh di dalam tandas pada 25 Oktober 1760.
  • Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman perinci persegi.
  • Walaupun tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang banyak digunakan di tandas pada hari ini.
  • Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama 3 tahun dalam hidup hanya berada di dalam tandas.
~ Semua cerita dan fakta menarik ni aku jumpa waktu baca metro online tadi. Cerita sebenar kat sini : myMetro

Ok, Assalamualaikum..
Aku pun kadang-kadang tu lama jugak kat dalam tandas/bilik air pasal aku basuh baju,seluar guna tangan je..





Isnin, 27 Mei 2013

Memang berani la dia


Gambar dari kisahbest.my

        Aku terbaca pasal post ni kat fb tadi. Sekali baca rasa macam nak tergelak pun ada dekat penyamun tu.. Tak pasal-pasal diorang yang lari pulak. Ceritanya macam ni, di Kampung SC Belt, Labu Kubong, Teluk Intan seorang gadis bagaikan dirasuk bila naik angin dan tekad untuk mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang malam sabtu kelmarin. Sumber mengatakan gadis itu bersama neneknya, yang sedang bersiap untuk menunaikan solat isyak panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah. Tindakan penyamun berkenaan yang melibas parang lalu menyebabkan jari nenek gadis itu tercedera lantas membuatkan gadis itu menjadi berang dan melawan balik penyamun tersebut. Berita penuh boleh baca disini - myMetro

Ish,ish.. nampaknya dunia sekarang dah macam tak aman lagi, kalau kat luar negara dengan kisah perang, di Malaysia ni pula pasal kes jenayah yang tak habis-habis. Hurmm, apapun aku kagumlah dengan tindakan berani budak perempuan ni walaupun nyawa jadi taruhan. Tapi untuk selamatkan maruah serta orang tersayang, sanggup melawan dan mengejar penyamun tu balik. Bukan ramai yang berani macam ni...

Ok, Assalamualaikum..

Bos aku yang sporting..

Gambar dari Google
Walaupun kami berlainan kaum dan agama, tapi aku rasa kerja dengan bos aku ni la yang paling best sekali. Bos aku ni orang india, aku panggil dia dengan panggilan En. vijayan tapi dia memang faham dengan keadaan aku yang jadi pekerja dia ni. Masuk bulan ni dah 5 bulan aku kerja dengan bos ni, tapi tak pernah sekali pun dia marah ataupun menggores perasaan dan hati aku ni. Memang sporting la bos aku ni.. Tapi, walaupun bos aku ni sporting, aku tak boleh nak buat kerja yang dia bagi secara sambil lewa je. Walaupun gaji yang dia bagi tak besar mana, aku memang puas hati la kerja dengan dia. Pasal aku kerja bukan untuk mencari kekayaan, tapi aku kerja sebab nak bagi satu kepuasan dan minat terhadap kerja tu sendiri. Kalau kita ni kerja sekadar nak mencari kekayaan, memang tak kemana la jawapnya. Sebelum ni aku jugak pernah kerja dengan bos cina, ok tu memang ok. Tapi, kalau ada silap sikit je memang melenting habis.. Bukan kita tak boleh terima hakikat yang kita buat salah, tapi kalau nak marah pekerja pun mestilah ada aturcara dia kan? aku rasa tak perlu nak menjerit-jerit bagi satu company dengar, yer tak.. Okla, akhir sekali aku harap kepada korang yang sedang bekerja dan terbaca entry ni, selamat bekerja dan buat kerja elok-elok..

- Terima kasih, Bos

Ok, Assalamualaikum..

Ahad, 26 Mei 2013

Kenali Tokoh Pengkomputeran Siri 2 : Kevin Systrom & Mike Krieger (Instagram)


Sekarang ni memang ramai yang dah gunakan khidmat instagram ni kan? aku pun dah cuba guna, memang best. Korang nak tau macam mana instagram ni boleh wujud dan siapakah pencipta aplikasi ni? Ok, aku akan terangkan. Sila baca dengan minda terbuka..hehe

  Kevin Systrom dan Mike Krieger, kedua-dua alumni Stanford University, California ini sebenarnya tidak pernah mengenali di antara satu sama lain ketika di kampus.Tamat sahaja pengajian, Systrom bekerja bersama Google di bahagian Google Gmail dan pembangunan korporat. Systrom pernah dipelawa oleh Mark Zuckerberg sekitar tahun 2004 untuk bekerjasama dalam inovasi pengembangan ciri gambar pada facebook kerana minat yang amat tinggi beliau pada bidang fotografi. Tetapi pelawaan dari CEO facebook itu telah ditolak dengan alasan mahu menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

Selepas 8 tahun, Systrom dikhabarkan menerima sekitar 400 juta USD kerana memiliki 40% saham instagram manakala Mike yang mempunyai saham sekitar 10% menerima imbuhan 100 juta USD selepas pembelian oleh facebook. Mengenai rakan kongsi perniagaannya, Mike telah dilahirkan di Sao Paulo, Brazil dan datang ke Amerika Syarikat pada tahun 2004 untuk melanjutkan pelajaran di Standford University. Beliau telah menulis tesis ketika peringkat sarjana berkenaan bagaimana antara muka pengguna boleh menyokong kolaborasi dalam skala yang besar.

Mulai tanggal 6 Oktober 2010, aplikasi Instagram yang menjadi aplikasi kebangaan kedua-dua penciptanya telah dilancarkan dan boleh didapatkan di Apple Apps Store. Perkembangan aplikasi yang direka khas untuk bekerja dengan laman sosial ini termasuk facebook telah bekembang pesat yang telah dimuat turun oleh 10,000 orang pengguna dalam masa beberapa jam!. Statistik juga mencatatkan Instagram telah mempunyai pengguna pada angka 13 juta dalam masa 13 bulan sejak ia dilancarkan. Dan kini, ia mempunyai 30 juta pengguna yang memuat naik hampir 5 juta gambar sehari.

Pada 3 April 2012, pelancaran platform terbaru yang boleh menyokong aplikasi ini serta boleh digunakan oleh pengguna Android 2.2 (Froyo) dan ke atas. Pengumuman itu ternyata membawa tuah kerana hanya beberapa hari selepas itu, CEO facebook mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto tersebut pada harga 1 bilion USD!!. Selain itu, mereka juga memperolehi saham dari facebook.


Kevin Systrom & Mike Krieger

Ok, Setakat ni dulu penerangan. Assalamualaikum..

Sumber: Majalah PC





Sabtu, 25 Mei 2013

Dah mula hari ni..

Google

Dekat tempat aku mula dari harini memang banyak dapat jemputan kenduri kahwin. Dari minggu ni sampai minggu depan memang ada orang kahwin. Okla tu, rezeki. Alhamdulillah.. Kat tempat korang ada buat kenduri kahwin ke sepanjang minggu ni dengan minggu depan? Cuba komen sikit..

Ok, Assalamualaikum..

Korang nak pergi angkasa lepas ?

Tengok tv malam semalam ada satu iklan tu yang buat aku rasa tertarik jugak la. Ni pasal iklan AXE Apollo Space Academy tu. Dalam iklan tu tunjuk ada satu pertandingan yang diorang buat dan sesiapa yang menang pertandingan tu boleh join diorang pergi ke angkasa lepas. Menarik bukan? aku ada tengok laman web AXE tu, diorang kata sesiapa yang berjaya dalam pertandingan ni akan dibawa terbang sejauh 103 KM ke luar angkasa bersama sebuah perusahaan perjalanan antariksa, SXC. Rasa macam nak join pun ada jugak, tapi entahla. Masuk harini dah ada 20 orang peserta dari Malaysia yang join pertandingan ni. Jadi kalau korang rasa nak ikut sekali boleh pergi ke laman ni :- AXE Apollo Space Academy

- Dia punya tagline; Pergi sebagai seorang lelaki, pulang sebagai seorang wira
Oh, sebelum terlupa, pertandingan ni hanya untuk lelaki sahaja ya.

Bawah ni iklan dia :



Ok, Assalamualaikum..

Jumaat, 24 Mei 2013

Baru lepas habis tonton filem iron man 3 !!


Gambar dari Google

  Baru je lepas habis tonton filem Iron Man 3 ni. Bagi pendapat akula, memang best cerita ni pasal banyak scene fight, lepastu yang aku kagum teknologi yang dibawakan dalam filem ni. Memang gempak. Kalau aku bagi markah, aku bagi markah 4/5 kat filem ni. Kenapa 4/5? pasal ada kadang-kadang tu dalam filem ni banyak sangat adegan bercakap tu, lepastu ada adegan seksi sikit biasala kan cerita dari barat. Untuk kanak-kanak tengok cerita ni aku rasa diorang tak perlu nak letak adegan pakaian seksi dalam cerita ni. Jadi ibubapa kena awasi anak-anak waktu menonton filem ni.. Setakat ni, bagi aku bolehla menarik pasal banyak teknologi baru yang Tony Stark a.k.a Iron Man yang dia cipta. Tentang teknologi tu je la yang boleh buat aku kagum dengan filem ni, yang lain tu setakat ok je. Yang pasti teknologi dalam filem Iron Man ni lebih maju dari teknologi filem Batman. Kalau korang teringin nak tonton filem Iron Man 3 ni boleh ke sini :-


~ Baik cepat kalau nak tengok sebelum diorang tutup link tu.

Ok, Assalamualaikum..


Tazkirah- Kelebihan Hari Jumaat


~ Hari jumaat hari istimewa.

  Hari jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

" Hari yang paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam Syurga, serta diturunkan dari Syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya ".
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari 

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :

" Hari jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari jumaat. " (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdoa 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah S.A.W bersabda :

" Di hari jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Taa'la, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda :

" Tidaklah seseorang mandi pada hari jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan  (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara jumaat tersebut dan jumaat yang berikutnya. " (Hadis Riwayat Bukhari)

Sumber gambar: Google


 Amalan-amalan hari Jumaat :-


  • Membaca surah Al-sajdah dan Al-insan dalam solat subuh
  • Memperbanyakkan selawat
  • Membaca surah Al-kahfi
  • Memperbanyak doa

Amalan-amalan solat jumaat (bagi lelaki)



~ Manfaatkan kelebihan hari jumaat dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang disebut di dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNya.

Ok, Assalamualaikum..

Sumber olahan : Laman ILuvIslam





Khamis, 23 Mei 2013

Kenapa aku buat blog?

Aku tanya, aku jawab balik.. Buat blog ni memang best kan? Aku rasa facebook dengan twitter pun tak best macam buat blog ni. Dulu waktu mula-mula aku kenal blogspot ni, aku rasa macam tak best. Tapi, lama-kelamaan memang seronok la. Betul kata pepatah; tak kenal maka tak cinta. Dekat bawah ni aku senaraikan sebab-sebab aku suka buat blog :- Kalau sudi bacala ye


1. Sebab suka-suka.
 - Seronok buat blog ni rupanya.

2. Boleh kenal dan tambah kenalan.
 - Kalau sudi boleh add aku di facebook. Tengok kat bahagian hubungi 
    saya.

3. Aku suka menulis dan membaca.
 - Semua benda yang aku dapat, tak kira buku, pemplate, iklan, pendek
    kata semua yang boleh dibacalah.

4. Mungkin boleh dapat duit dari blog.
 - Kalau boleh dapat duit dari blog ni, tak banyak sikit pun jadila.

5. Dapat baca entri dari blogger otai sampaila ke blogger baru.
 - Aku suka blog yang entry dia sempoi dan bermaklumat. Contoh macam
   blog Mizz Aiza dengan Ben Ashaari ni.

6. Dapat mengisi masa yang terluang.
 - Daripada aku buat yang bukan-bukan, baik aku menulis. Nak menulis
    kat kertas, orang tak dapat baca. So, tulis kat blog.

7. Dapat menambahkan kemahiran menaip.
 - Apa yang aku tengok, semakin lama aku menulis di blog ni, kemahiran
    menaip aku makin meningkatla!! hehe

8. Dapat kongsi pengalaman dan cerita dengan orang lain.
 - Kalau kat dunia luar ni aku jenis pendiam sebenarnya. Tapi, sekali dah
   sembang memang menjadila. huhu

9. Dapat merasa ada diari sendiri.
 - Heee, kalau aku ni tulis diari dalam sebuah buku ke, dalam
    nota ke, nanti orang ingat aku jenis jambu. Tulis kat dalam blog ni okla
    kan..

10. Dapat tambah ilmu mengenai coding walaupun tak banyak.
 - Semakin aku dalami pembuatan blog, makin banyak coding yang dapat
   aku tau..

11. Oh, dah nombor 11 dah.. Kering idea pulak.. Kalau korang enjoy ke buat blog ni ??

Ok, Assalamualaikum..

Dah musim dia kot?

Esok mesti semua yang bersekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah akan mula cuti kan? Boleh kira cuti panjang jugala. Seronok la korang, sejak dulu lagi aku perhatikan setiap kali musim cuti je mesti ada majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Betul tak? Jemputan majlis perkahwinan yang aku dan keluarga aku dapat kali ni memang banyak jugakla. Tapi, dalam negeri perak ni jugak. Aku rasa banyak juga kelebihan buat majlis perkahwinan waktu cuti sekolah macam ni. Antara kelebihan dapat buat majlis perkahwinan ni waktu cuti ramai ahli keluarga yang dapat hadir sebab anak diorang pun dah cuti sekolah, lepastu diorang pun dapat tinggal lama sikit dekat rumah kita tu tolong apa-apa yang patut. Tapi, yang tak ok nya kalau hari berlangsung majlis perkahwinan tu ada orang buat majlis jugak. So, jadi bertembung la kan..
Korang macam mana? Kalau ada jemputan kenduri kahwin korang pergi tak? ke duduk rumah je..



~ Apapun, aku ucapkan selamat pengantin baru (walaupun dah lama huhu) kat kakak aku yang majlis berlangsung pada 4/5/13 haritu. Dah lepas 2 minggu dah. Maaf tak jemput korang semua. Waktu tu tak aktif sangat dengan blog ni heeee.. Di bawah ni aku sediakan sikit gambar dari majlis perkahwinan tu..









Ok, Assalamualaikum..
-Gambar tu kredit kat adik aku.. Pasal dia yang tangkap. Oh sebelum lupa, Selamat Pengantin Baru Kepada Semua Bakal Pengantin .. Semoga kekal ke anak cucu- Bak kata lagu selamat pengantin baru tu..




Rabu, 22 Mei 2013

Petang..

Gambar dari google

Dah petang dah. Selamat petang semua.. Nak tanya sikit selalu kalau petang-petang macam ni korang buat apa ye? 

Yang tu je nak tanya

Ok, Assalamualaikum

Selasa, 21 Mei 2013

Belajar pertahankan diri


   Makin hari makin banyak kes-kes jenayah yang berlaku bukan saja di malaysia tapi di seluruh dunia. Dunia harini rasa macam dah tak selamat. Mana taknya, pergi je mana-mana mesti kena berwaspada dengan orang disekeliling kita. Aku tengok kes-kes jenayah yang banyak berlaku sekarang contoh macam ragut, rogol, bunuh, rompak dan lain-lain lagi. Kalau nak cerita memang banyaklah kes-kes jenayah sekarang. Jadi, untuk mengelakkan diri kita menjadi salah seorang mangsa penjenayah, aku ada sediakan satu video seni mempertahankan diri yang diambil dari laman Youtube dan mungkin sedikit sebanyak berguna. Siapa tahu kan...
Boleh tonton di bawah :




Maaf, audio dia kurang sikit, tapi tengok cara-cara pun dah boleh tangkap. Lagi satu, percakapan dia dalam bahasa indonesia.


Ok,Assalamualaikum



Betulkah ??


Gambar dari Majalah PC


Dah lama aku tengok gambar keratan akhbar ni dekat Facebook Majalah PC, harini baru sempat nak kongsi. Dalam keratan akhbar tu kata orang yang suka memuatnaik gambar ke dalam laman sosial mempunyai tanda-tanda sakit mental.. hurmm, apa pendapat korang pulak? boleh diterima ke

Ok, Assalamualaikum

Isnin, 20 Mei 2013

Ikut program exabytes pulak


  Petang ni aku saja-saja cuba masuk ke laman web exabytes. Lepastu tertengok program Angel Affiliate ni pulak. Terus rasa berminat nak cuba. Untuk program ni, dia tak sama macam program exabytes yang lain. Kalau yang lain tu kena UV 3000 lebih sebulan baru boleh turut serta (rasa akula) tapi untuk yang ni, letak je banner program tu di blog kita. Lagi satu, yang menariknya untuk program ni setiap sign up akan diberikan RM 50 terus ke akaun affiliates korang. Tapi, belum boleh cash out lagi. Cash out bila dah mencapai tahap minimum dalam RM 400 macamtu. 

Jadi, kalau korang rasa berminat nak mencuba boleh klik :- Angel Affiliate Program
Maklumat lanjut boleh tengok di laman web ni.

Ok, Assalamualaikum

Bila hari isnin


Sumber gambar: Google jugak



   Pejam celik, pejam celik dah hari isnin balik dah. Memang cepat masa ni berlalu. Ada sesetengah orang tu tak berapa nak suka bila muncul hari isnin ni. Kenapa ye? kalau aku pulak, hari isnin la hari yang best sebab permulaan hari kan.. Tambah pulak dekat tempat aku pagi ni hujan memang lebat, so kalau sesapa yang malas nak pergi kerja atau sekolah tu, tidur memang best la kan. Untuk yang rajin, bolehla buat puasa sunat untuk hari isnin dengan hari khamis. Dapat jugak pahala kan. Jadi, untuk permulaan hari isnin ni jom sama-sama baca doa murah rezeki di bawah ni :-

Sumber dari google


~ Bukan panjang pun, insyaAllah mudah-mudahan Allah menurunkan rezeki yang banyak dari sumber yang halal kepada kita semua.

Ok, Assalamualaikum

Ahad, 19 Mei 2013

Tips jimatkan bateri smartphone


Sumber gambar: Google


- Aku rasa rata-rata dari korang yang tengah membaca entry ni mesti ada pakai satu atau lebih telefon bimbit  jenis smartphone bukan? Lepastu jadi pening pasal bateri phone korang cepat habis padahal guna tak sampai 2 ke 3 hari dan ada yang sesetengah tu tak sampai 3 ke 4 jam dah habis bateri phone. Cepat betul, apa yang dibuat sampai cepat habis bateri phone tu.. Ha, untuk kali ni aku nak kongsi sikit berkenaan tips dan cara menjimatkan bateri smartphone ni. Untuk pengguna handphone biasa, aku rasa tak ada masalah berkaitan bateri ni. Boleh intai dekat bawah ni :-


  1. Kurangkan kecerahan paparan skrin
  2. Matikan GPS/BLUETOOTH
  3. Hadkan akses rangkaian atau internet (WIFI)
  4. Tutup sepenuhnya aplikasi yang tidak digunakan
  5. Gunakan latar belakang skrin ringkas- Kalau boleh gunakan jenis statik punya
  6. Lumpuhkan atau kurangkan auto sync jika boleh
  7. Buat pengecasan dengan cara yang betul- Biar bateri tinggal 1% baru cas semula
  8. Matikan notifikasi pemberitahuan
  9. Ketahui kadar isyarat rangkaian- Tengok dekat phone ada line ke tak, kalau di kawasan kampung tukar je dari 3G ke 2G
  10. Buang widget atau aplikasi yang tidak diperlukan
  11. Guna mod jimat kuasa
  12. Kurangkan kecerahan phone dari 30% hingga 50% sahaja

~Dah mula cerita pasal Handphone pulak.. tapi, jangan risau aku akan terus update entri untuk komputer nanti..

Ok, Assalamualaikum

Syukur, syukurlah


   Alhamdulillah, harini aku masih lagi diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ni. Terima kasih Allah!! Jadi, untuk permulaan entry aku pagi ni, aku kongsi satu lagu nasyid dari UNIC yang bertajuk syukur syukurlah.. Jadi, sama-sama dengarla yek..




Ok, Assalamualaikum

Sabtu, 18 Mei 2013

Blogger ben ashaari pun dah follow



  Saja je nak bagitau yang salah seorang blogger terkenal di malaysia ni, Ben Ashaari follow blog aku. Rasa macam tak percaya pun ada. Blog aku ni kira baru je lagi, lagipun takde apa yang special pun dalam blog ni. Tapi, memandangkan bro ben dah follow blog aku ni terus semangat nak tulis dan kongsi cerita di blog pun jadi bertambah. Terima kasih sudi follow blog ni bro Ben Ashaari !!

Oh ya, sebelum lupa kalau nak tengok blog bro ben ashaari ni boleh ke sini - Ben Ashaari
Cara penulisan di blog bro ben memang dapat menarik perhatian sesiapa yang membacalah.. Jadi, akhir kata sokonglah blog buatan rakyat malaysia..

Ok, Assalamualaikum

BEN ASHAARI : RELEVANKAH LAGI BLOG ?


Klik banner kat atas ni kalau nak join


Soalan bro ben yang diberi untuk dijawab :

Relevankah lagi blog sbg platform perniagaan online jika nak dibandingkan dengan laman sosial media yang lain seperti Facebook , Twitter , Instagram , Keek dan lain lain ?

~ Pada pendapat akula, blog memang masih lagi relevan digunakan sebagai platform perniagaan online ni sebab walaupun dunia I.T sekarang ni dah ada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Ini adalah kerana melalui blog, seseorang yang ingin membuat perniagaan secara online, dapat memberitahu dengan secara lebih terperinci lagi mengenai bentuk perniagaan dan selain itu, pembaca untuk blog pun sekarang dah bertambah dari hari ke hari. Jadi memang tak hairanlah kalau blog masih lagi menjadi salah satu platform utama untuk memajukan perniagaan.

Ok, siap. Assalamualaikum

Dah hujung minggu dah !!


   Memang cepat betul rasanya masa yang berlalu sekarang ni kan?? aku tak tau la korang rasa ke tak perubahan masa yang berlalu sekarang ni. Tapi, memang cepat betul masa berlalu. Harini dah hari sabtu esok ahad. Memang tanda-tanda kiamat kecil dah berlaku diantaranya masa yang berlalu dengan cepat macam yang sekarang ni. Aku harap-harap semua masa yang telah aku lalui dari dulu sampai sekarang nih bermanfaat buat diri aku dan jugak buat orang yang disekeliling aku ni. Untuk panduan kita bersama di bawah aku ada senaraikan beberapa tanda-tanda kiamat kecil :


  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Binatang buas berbicara dengan manusia
  • Bulan terbelah dua
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
  • Orang akan melakukan homoseksual
  • Orang akan melakukan homoseksual
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatanny
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

- Memang banyak tanda-tanda kecil kiamat dan ada yang diantaranya sudah terjadi pun. Jadi marilah kita sama-sama banyakkan berdoa dari menjadi sebahagian orang-orang yang rugi.. Sumber diatas aku ambil dari laman wikipedia

Jadi untuk hujung minggu macam ni korang selalunya buat apa?? ke macam gambar kat bawah ni 


huhu..
Ok, Assalamualaikum


Khamis, 16 Mei 2013

Dah selesai


Akhirnya dapat jugak aku buat blog peribadi nih. Dah lama dah sebenarnya nak buat blog sendiri ni tapi tak sempat. Harini ada masa sikit buat bagi habis teruslah. Untuk blog ni masuk kali ni, dah 2 kali aku tukar tajuk. Yang pertama, K.O.M.P.U.T.E.R- Diari ilmu bersama komputer. Tapi rasa macam tak best je kali ni aku tukar dengan nama aku sendiri yang tertera dekat header tu. Ni baru kemas sikit je blog, rasa macam banyak lagi yang aku kena buat.. Tapi, yang penting nak kena pergi melawat blog lain dulu la nak tambah follower.

~ Harap korang semua sudi la yerr baca entri yang aku tulis lepas ni..
   (Header gambar kartun dekat atas tu saja-saja letak je.. bila ada 
masa nanti baru aku letak gambar sendiri.. hee)

Selasa, 7 Mei 2013

Facebook Bahaya?

Assalamualaikum,



Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi ketagih. (gambar hiasan)


     Benarkah laman sosial facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi gila dan kuat berkhayal? 
Menurut saintis israel, seseorang itu akan menghidapi sejenis simptom psikotik yang mengundang ketagihan kepada penggunaan internet sekali gus menjadikan mereka kuat berkhayal akibat perhubungan maya dalam rangkaian laman sosial itu.

  Ketua pengkaji dari Universiti TelAviv, doktor uri nitzan berkata, hasil ujian awal mendapati majoriti pesakitnya mengalami masalah kemurungan sungguh pun mereka tidak memiliki sejarah gangguan mental. 
"Apabila akses internet menjadi mudah, secara tidak langsung satu dimensi psikotik wujud membabitkan komunikasi berkomputer seperti facebook dan laman sembang yang memudahkan penggunanya terjebak ke arah masalah mental", kata nitzan yang juga pensyarah di fakulti perubatan dan pusat kesihatan mental shalvata. Akibat daripada kemurungan juga, pesakit lebih selesa berkomunikasi secara virtual sekali gus mencetuskan masalah kuat berkhayal yang diciptakan sendiri oleh mereka.


Sedikit info mengenai facebook :-

  • Kajian universiti gothenberg, sweden melaporkan lebih ramai individu berpendapatan rendah banyak menghabiskan masa dengan facebook.
  • Majoriti pelayar tegar facebook kurang bahagia dan kesunyian.
  • Lebih 85 peratus pengguna facebook menjadikan laman berkenaan sebagai aktiviti harian.
  • 26 peratus mengaku berasa tidak senang jika tidak melayarinya secara rutin.
  • Golongan wanita menghabiskan purata 81 minit setiap hari dengan facebook, berbanding lelaki dengan hanya 64 minit sehari.

Selesai update entry kali ini, 
Assalamualaikum..

~~~ Suka dengan artikel ini ? Klik butang share dekat bawah untuk berkongsi ke laman sosial

Isnin, 6 Mei 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Assalamualaikum,



Untuk update entry pada kali ini, admin nak ajak sahabat semua join segmen mega yang dibuat oleh blogger blog3dalam1 ni.

Untuk join boleh klik sini - Klik Untuk Join (Link Kepada Artikel Ini)


Sekian untuk entry pada kali ini ,
Assalamualaikum..


Khamis, 2 Mei 2013

Info Teknologi Maklumat # 3

Assalamualaikum,


Info teknologi maklumat bersambung lagi buat kali yang ke-3. Untuk bulan ini, admin kongsikan info mengenai data pengguna harian untuk aplikasi web. Boleh teruskan pembacaan di bawah :


:.1 Data Youtube 


  • Pengguna Youtube memuat naik 48 jam video baru.

:.2 Data E-Mel


  • Pengguna E-MEL menghantar 204,166,667 mesej.

:.3 Data GOOGLE


  • GOOGLE menerima lebih 2,000,000 pertanyaan carian.

:.4 Data Facebook



  • Pengguna facebook berkongsi 684,478 cebisan kandungan.

:.5 Data Twitter


  • Pengguna Twitter menghantar lebih 100,000 tweets.

:.6 Data Apple


  • Apple menerima kira-kira 47,000 aplikasi muat turun.

:.7 Data Instagram


  • Pengguna Instagram berkongsi 3,600 keping gambar baru.

:.8 Data WordPress


  • Pengguna WordPress menerbitkan 347 posts blog baru.



Sekian untuk info pada kali ini, moga berjumpa lagi di masa yang akan datang..
Assalamualaikum.



Sumber : Majalah PC Edisi September 2012
Bersambung lagi dalam part yang ke-4, tunggu...