Rabu, 3 April 2013

Review Software : 10 Perisian Edit Video Percuma Untuk Anda !!

Assalamualaikum


 Diharapkan semua sahabat dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk penulisan entri pada kali ini, admin akan menulis mengenai perisian mengedit video percuma yang mana ada seorang sahabat yang menanyakan mengenai perisian ini. Untuk entri kali ini saya akan senaraikan beberapa perisian untuk mengedit video yang menarik perhatian anda.

Perisian Yang Pertama :-


Windows Movie Maker versi 2.6 :
Program perisian ini sesuai untuk digunakan pada windows 7 atau vista. Windows movie maker dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja penyuntingan video untuk anda lakukan. Anda boleh menambah kesan khas, muzik, dan penerangan serta pengenalan di dalam video anda. Anda juga dapat membuat slideshow gambar anda dan meletakkan muzik di dalam slideshow tersebut. Anda boleh menyimpan video yang dibuat dan menyimpannya dalam pelbagai format seterusnya boleh memuat naik ke dalam youtube.

Perisian Yang Kedua :-


VirtualDub merupakan Video Capture atau pengolahan utiliti untuk windows (98/ME/NT4/2000/XP/VISTA/7) 32-bit dan 64-bit. Perisian ini menggunakan lesen dari GNU General Public License (GPL). Perisian ini juga boleh memasukkan video beserta subtitle menggabungkan fail video, memisahkan file video, menyimpan sumber audio, memperbaiki warna dalam rakaman video dan banyak lagi.


Perisian Yang Ketiga :-


Perisian ini boleh di muat turun dan digunakan secara percuma. Perisian ini memudahkan para pengguna untuk menggabungkan pelbagai jenis media dan antaranya ialah foto, video, dan fail video ke dalam satu atau lebih fail output. Apabila sampai ke laman web perisian ini, untuk memuat turun tekan saja perkataan Download di bawah sekali.

Perisian Yang Keempat :-


Wax :
Perisian Wax mempunyai prestasi yang tinggi dalam membuat kesan khas pada video yang akan diedit. Perisian ini boleh menghasilkan kesan khas 2D & 3D serta boleh digunakan dalam dua mod. Mod pertama mempunyai aplikasi yang tersendiri dan boleh digunakan untuk mereka yang baru hendak memulakan penggunaan perisian ini. Mod kedua pula sebagai  plug-in untuk pengedit video dan selalunya digunakan oleh mereka yang sudah professional dalam penggunaan perisian ini. Perisian ini juga boleh dimuat turun untuk aplikasi android dan i-phone. Untuk memuat turun perisian ini ke komputer anda, apabila sampai di laman web perisian ini anda perlu klik pada perkataan videohelp.com. 

Perisian Yang Kelima :-


Perisian Blender ini merupakan perisian terbuka percuma yang boleh mengedit dan membuat video dalam bentuk 3D (3 Dimensi). Selain itu, dengan menggunakan perisian ini anda juga boleh membuat grafik 3D, kesan suara, tambahkan kesan khusus, dan banyak lagi. Perisian ini boleh di muat turun dalam bentuk installer ataupun dalam bentuk Zip Archive.

Perisian Yang Keenam :-



Perisian Avidemux adalah salah satu perisian mengedit video percuma yang dicipta untuk pemotongan video mudah, penapisan video, dan kerja-kerja pengekodan. Perisian ini menyokong pelbagai jenis media termasuk AVI, fail MPEG yang serasi dengan DVD, MP4, dan ASF yang menggunakan pelbagai jenis codec. Perisian ini sesuai untuk digunakan pada LINUX, BSD, MAC OS X, dan MICROSOFT WINDOWS (semua versi) di bawah lesen GNU GPL.


Perisian Yang Ketujuh :-


Perisian ini juga boleh digunakan untuk membuat video dalam bentuk 3D serta anda dapat melakukan kesan animasi berkualiti tinggi yang cepat dan mudah untuk digunakan.



Perisian Yang Kelapan :-


Perisian Movica merupakan program mengedit fail movie yang menggunakan grafik antaramuka yang lebih mudah untuk digunakan. Dengan menggunakan perisian ini, anda boleh memilih atau memadam bahagian dari  satu-satu fail video, menggabungkan dua video menjadi satu, menjadikan movie kepada format yang lebih kecil, dan menyimpan serta memainkan bahagian video yang dipilih tanpa mengedit video tersebut. Untuk memuat turun perisian ini, apabila anda sampai di laman Movica, klik pada " Download 1.3 MB ".



Perisian Yang Kesembilan :-



Perisian ini merupakan perisian editor percuma yang mempunyai antaramuka berdasarkan studio dan dikatakan perisian ini adalah lebih baik dari sebahagian besar perisian mengedit video yang lain. Walaupun tidak setanding dengan perisian berbayar, perisian ini boleh melakukan proses edit dan pengeluaran filem yang cukup mudah.


Perisian Yang Kesepuluh :-


Perisian ini merupakan suatu alat untuk mengekstrak clip DVD dari pemain DVD anda. Tetapi clip video hanya boleh disimpan dalam format VOB sahaja. Perisian ini adalah perisian yang mudah dan pantas yang mempunyai kebolehan untuk mengekstrak clip video VOB yang panjang hanya dalam beberapa minit sahaja. Ianya juga mudah untuk dimulakan yang mana anda hanya perlu klik pada Start, klik End, dan simpan. Jadi, apa tunggu lagi? jom sama-sama kita dapatkan bahagian/Scene movie yang kita minati dan boleh dimainkan dengan mudah !


Sekian untuk sepuluh perisian mengedit video percuma dari admin pada kali ini, pilih saja mana-mana perisian yang anda mahu dan mainkan pada komputer anda ..

Assalamualaikum.

Sumber Dari :- ZONA ARTIKEL



5 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

terima kasih di atas maklumat yang sangat berguna.. dah lama saya cari.. akhirnya jumpa di sini.. ^_^

Aku Dan Komputer berkata...

Sama2x.. kalau ada apa-apa mengenai i.t kalau nak tau, mesej la lagi ye :D

azstory berkata...

cuba install kat laptop antara dua jenis video editor ni, Adobe Premier Pro dengan Vegas.. tapi kemampuan laptop terbatas.. antara perisian di atas ade tak yang spec die lebih rendah dari Adobe Premier dgn Vegas?

Aku Dan Komputer berkata...

Terima kasih sudi komen lagi. Semua yg admin senaraikan kt atas ni rsanya tkde sebagus mcm perisian adobe dgn vegas tu.. tp, okla..kalau nak edit video sikit2.. sebab kalau mcm adobe premier tu selalunya nak kena beli.. yg admin rasa perisian edit video yg paling ok Windows Movie Maker la..psal yg lain tu admin belum brkesempatan nak guna lg.. :)

nurul zahirah ismail berkata...

alhamdulillah jmpe jgk .. nak edit vid pgntin n vid mekap . mane sesuai?