Selasa, 30 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 Kembali Lagi ..

Assalamualaikum,




    Ya, pesta buku antarabangsa kembali lagi. untuk entry hariini, admin post tentang pesta buku la. Pesta buku antarabangsa ini telah dijalankan dari 26 April lagi sehingga 5 Mei nanti. Pada kali ini, pesta buku antarabangsa telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pesta buku ini telah memasuki penganjuran untuk kali yang ke-32 dan disambut sempena hari buku dan hak cipta sedunia yang jatuh pada 23 April pada setiap tahun.  Acara yang berlangsung selama 10 hari ini, menampilkan 800 gerai mewakili 250 syarikat swasta serta kerajaan dari dalam dan luar negara. Antara syarikat yang terlibat ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Gempak Starz, Sasbadi, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Jemari Seni Sdn.Bhd.

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan semua.. jom pakat serbu pesta buku antarabangsa !!
~ Membaca Itu Jambatan Ilmu.

::. Untuk lebih maklumat lanjut, layari laman web pesta buku antarabangsa 2013 di sini :- kualalumpurbookfair

Sumber olahan : Akhbar kosmo online


Sekian pada kali ini,
Assalamualaikum..

P/s: Harap admin tinggal kat perak je, kalau tinggal dekat sebelah selangor dengan K.L tu memang admin awal-awal lagi dah pergi dah.. (Harini hari last dalam bulan 4, rasa sekejap je kan masa berlalu..)
 (y) Thumb Up Like Facebook Emoticon

11 ulasan:

Tinta Lana berkata...

Eii, tak leh jadi, semua dah start citer pasal book fair,hahaha

Aku Dan Komputer berkata...

@Tinta Lana: Terima kasih sudi komen.. hehe, tula, tgk bnyak blog yg brcerita pasal book fair ni.. admin pn ikut serta jgkla.. heee :D

Nurhasnatul Nabila berkata...

best nyerrrrrr~

||aLeaSaRa|| berkata...

wah tulah tgh plan nk pergi...mmg ulat buku ^^

hurm nk tyalah smlm saya dh create menubar utk satu page bloglist.page dh published tapi isi kosong lagi.

ingat nk kumpulkan semua bloglist kt page tu.tapi saya lupa pulak caranya.mcm mn ye nak copy link blog2 tu ke page bloglist di menubar tu.kot ada link tutorial yg blh saya follow ke ..tqvm ye ^^

tenku butang berkata...

bestnya klu dapat gi..igt nk gi hari sabtu tp masatu teman dh ada kat ipoh dh.. ahad kat ngundi.. hu2

tenku butang berkata...

teman udah follow sini balik.. thanx sudi singgah n follow blog teman yea.. singgahlea bila2 free nti teman kunjungbalas.. =)

Aku Dan Komputer berkata...

@Nurhasnatul Nabila: Terima kasih sudi komen di entry ni ye :D mmg best !!

Mizz Aiza berkata...

rasanya tak pergi kot pesta buku kali ni.. haritu dah memborong banyak buku masa pesta buku islam di putrajaya..

Aku Dan Komputer berkata...

@||aLeaSaRa||: Terima kasih sudi komen di entry ni ye :D pg la, tk rugi pon.. :) cba tgk tutorial kt blog ni :- http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

Aku Dan Komputer berkata...

@tenku butang: Terima kasih sudi komen di entry ni ye :D mmg best kalau dpat pg.. tp, mcm kita yg duduk jauh ni,hmmm dgr cerita kt kwn2x yg pg je la :D

Aku Dan Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen di entry ni ye :D oh, ok la tu.. pesta buku islam lg best !!