Khamis, 4 April 2013

Permohonan Kemasukan Ke Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi 2 2013.

Assalamualaikum Sahabat Semua



Sahabat semua apa khabar? Diharapkan anda semua sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin nak ajak sahabat semua samaada lepasan spm atau yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi risau dengan keputusan spm yang tidak berapa memuaskan untuk memohon belajar di Institut Latihan Kemahiran Awam untuk pengambilan kali yang ke-2. Mungkin ada diantara kita yang memandang rendah akan institut latihan kemahiran awam dan tak kurang juga ada yang berpendapat graduan dari institut kemahiran awam ni tak berkualiti, jadi mulai sekarang cuba buang jauh-jauh perasaan dan pendapat sebegitu. Di pusat latihan kemahiran awam, para pelatih bukan saja belajar mengenai kemahiran semata tapi para pelatih juga turut akan diajar mengenai sikap disiplin, situasi kerja sebenar dan banyak lagi pembelajaran yang terdapat disini. Admin juga salah seorang dari graduan institut latihan kemahiran awam dan selepas admin habis belajar dari institut ini, banyak peluang pekerjaan yang admin terima. Antara institut latihan kemahiran yang terdapat di dalam malaysia ni adalah Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP IPOH). Institut latihan perindustrian ipoh menawarkan kursus-kursus seperti Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Elektrik, Teknologi Seramik, Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara, Teknologi CADD Mekanikal, Teknologi Mekanik Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Foundri, Teknologi Fabrikasi Logam, Teknologi Pembuatan Perkakasan (Mould), Dan Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die). Kemudahan belajar di institut ini amat terbaik dan pengajar disini juga mesra pelajar. Jadi kesimpulannya, memang tak rugi jika sahabat semua ambil keputusan untuk belajar di institut latihan kemahiran awam ni. Buat mereka yang mempunyai keputusan peperiksaan spm yang cemerlang juga digalakkan untuk belajar di institut kemahiran ni. Di institut latihan kemahiran awam ini, pelatih akan diberikan latihan pembelajaran 70 peratus amali dan 30 peratus teori. Selain itu, institut latihan kemahiran awam juga menawarkan pembelajaran didalam bidang sijil kemahiran (ILP) , diploma kemahiran (ADTEC & JMTI), dan diploma kemahiran lanjutan (ADTEC & JMTI). Kemudahan pinjaman kewangan juga disediakan oleh PTPK untuk para pelajar diploma kemahiran dan diploma kemahiran lanjutan.

Jadi, tunggu apa lagi? jika sahabat semua ingin mengubah masa depan dan ingin mempunyai kerjaya yang terbaik bolehlah ambil keputusan untuk menyambung pengajian di institut-institut latihan kemahiran awam yang terdapat di seluruh malaysia ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ini bolehlah kunjungi laman web JTM (Jabatan Tenaga Manusia) ini. Untuk mengetahui maklumat mengenai Institut Latihan Perindustrian Ipoh pula boleh ke sini :- Laman Rasmi ILP IPOH.

Sekian untuk entri panjang lebar harini. Assalamualaikum.. 
P/s: Permohonan kemasukan dibuka sehingga 15 April 2013 sahaja.

Tiada ulasan: