Khamis, 25 April 2013

Komputer Dihias Dengan Mewah ?

Assalamualaikum,



Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita.


Penulisan untuk entri kali ini pula, admin tertarik pada salah satu artikel yang disiarkan di salah satu muka surat dalam berita harian. Dikatakan di perancis, terdapat sekumpulan tukang tradisional mengubah komputer peribadi mereka mengikut citarasa istana eropah . Yang menariknya, bengkel milik Georges Chirita yang terletak di luar paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas serta dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus yang disaluti kulit!!. Kata seorang usahawan kelahiran Romania, yang juga bekerja sebagai jurutera elektrik "Apabila orang mula memasang Chandelier Louis XV dengan mentol lampu, semua orang terperanjat. Tetapi, kini tidak lagi". 

 Komputer ini dihiasi dengan rangka tiang marmar dengan kemasan emas berpintal atau helang, selain itu, komputer meja buatan Chirita ini adalah satu daripada tiga gaya Louis VX, Louis XVI atau empayar. Ia turut dilengkapi dengan pemprosesan tersembunyi dan tetikus tanpa wayar. Disaluti emas padu, permata atau kot senjata timbul di belakang skrinnya, rekaan mewah ini mampu mencecah harga permulaan pada 17,000 euro (RM 67,600)- mahal betul. Perhatian khas ditumpukan kepada skrin di belakang, kata Chirita berikutan komputer ini adalah untuk orang penting yang menerima orang penting yang lain, jadi belakangnya perlu menarik juga seperti di depan. Rekaan komputer Chirita ini bukan sahaja mendapat perhatian dari negara teluk malah hingga ke negara china dan amerika syarikat.

 Beliau juga turut menawarkan kepada pelanggannya, kekunci USB yang disaluti emas dengan corak fleur-de-lys selain jaminan selama 100 tahun atau cakera keras mudah alih yang dicap dengan motif kurun ke-17 dan bersalut emas. Chirita juga telah menghantar satu kekunci USB kepada ratu elizabeth II sempena sambutan jubli intan tahun ini serta dengan bangganya beliau menunjukkan nota terima kasih bertulisan tangan dari ratu berkenaan yang diterimanya. Ketika pertama kali melancarkan projek beliau lewat 1990-an, Chirita membina satu siri model dan prototaip dengan memasang sendiri bahagian komputer tetapi menyedari beliau kurang mahir dalam membuat reka bentuk visual.- Agensi

Sumber dipetik dan diolah dari :- Berita Harian Edisi Tahun 2012

Sekian, untuk perkongsian pengetahuan pada kali ini.
Assalamualaikum..


4 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

wah.. kayanya.. hias lawa2 pun tak guna kalau fungsi sama je dengan komputer lain..

mungkin juga mengundang perompak untuk memecah masuk rumah yang mempunyai komputer begini..

Aku Dan Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen :) hehe.. mmg kaya.. kalau saya la ada komputer mcm tu blh la pg kdai emas gadai kalau wktu trdesak prlu duit.. heeee

husna zahidi berkata...

amboih..sakan!!
buat berat komputer tu je husna rasa..=P

Aku Dan Komputer berkata...

@husna zahidi: Terima kasih sudi komen entry ni :D mmg berat, tp kalau jual ni fuhhh.. mmg berharga .. hehee :D