Ahad, 14 April 2013

Kenali Tokoh Pengkomputeran Siri 1 : Steve Jobs

Assalamualaikum,


Selamat malam admin ucap kepada semua yang sudi membaca entri ini. Pada perkongsian ilmu kali ini, admin akan kongsi satu artikel berkenaan tokoh yang telah menyumbang satu teknologi baru di dalam bidang pengkomputeran. Tokoh untuk siri 1 ini adalah Mendiang Steve Jobs.




  Mendiang Steve Jobs dilahirkan di San Francisco, California pada 24 February 1955. Beliau berketurunan suriah dan dijaga sejak bayi oleh paul dan clara jobs. Sebelum ikon dunia digital ini memulakan syarikat gergasi Apple dengan kerjasama Steve Wozniak di garaj rumahnya, beliau sebenarnya telah gagal menamatkan pengajiannya di Reed College di Portland setelah enam bulan belajar di sana. Setelah berhenti sekolah, beliau telah berkelana ke india dan melakukan eksperimen dengan ubat jiwa yang digelar Lysergic Acid Diethylamide (LSD). Ketika di india, beliau yang beragama buddha pernah tertarik dan terfikir untuk tinggal di biara dan menjadi biarawan. Berbalik kepada syarikat yang dibinanya, Steve Jobs telah mendapat sokongan dari guru spiritual buddha peribadinya yang dikatakan pernah menyakinkan beliau untuk menjadi ahli perniagaan dan syarikat Apple telah dibuka pada tahun 1976. Pada tahun1983, Steve Jobs berjaya ''memikat'' John Sculley sehingga meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif Apple kerana John Sculley adalah seorang yang berpengalaman untuk membantu menguruskan syarikat Apple beliau yang sedang meningkat maju.

    Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1985, Steve Jobs pernah dipecat dari perusahaan yang dibangunkannya sendiri iaitu syarikat Apple akibat konfontasi dalaman. Tetapi, setelah dipecat, beliau tidak berputus asa dengan bangkit mendirikan perusahaan baru. Sepanjang tempoh pemecatan beliau, syarikat Apple telah mengalami kejatuhan pada sekitar tahun 1990 dan diiringi dengan kemajuan mendadak dari syarikat NeXT. Selepas itu, beliau giat mencipta sistem operasi moden sehinggalah Apple membeli sistem operasi tersebut dan telah meminta beliau untuk kembali kepada syarikat Apple. Beliau akhirnya akur dan bersetuju untuk kembali kepada syarikat Apple pada tahun 1996.

   Ciptaan-ciptaan beliau yang mengagumkan seperti Macbook, iPhone, iPod, dan iPad memberikan anjakan paradigma terhadap dunia teknologi. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan menjadi ahli lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006.

   Steve Jobs telah disahkan menghidap penyakit kanser pada pertengahan tahun 2004 dan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada 14 januari 2009. Beliau mengambil cuti sakit daripada menjadi ketua pengarah eksekutif  Apple selama 6 bulan untuk memberi fokus kepada kesihatannya. Pada 24 ogos 2011, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook tetapi dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple atas permintaannya. Sehari setelah Apple mengumumkan kedatangan iPhone 4S, iaitu pada 5 oktober 2011, beliau disahkan meninggal dunia pada umur 56 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Palo Alto, California, Amerika Syarikat.

Sekian untuk perkongsian maklumat pada harini, semoga menjadi semangat untuk kita agar tidak pernah sekali-kali kenal erti putus asa dalam kehidupan..
Assalamualaikum..

Tiada ulasan: