Sabtu, 27 April 2013

Kenali Personaliti I.T Muda Malaysia : Reza Fahmi Razali

Assalamualaikum,


Anda semua sihat? Harap-harap begitulah ya. Untuk penulisan entri pada kali ini, admin akan kongsikan satu cerita mengenai seorang anak muda yang berasal dari negeri sembilan dan merupakan seorang yang telah berjaya di dalam dunia pengkomputeran. Entri pasal Reza Fahmi Razali (29 Tahun) ni pun admin dapat setelah terbaca dari akhbar berita harian edisi 13/04/13.


  Biarpun usianya masih muda, namun kejayaan yang telah dicipta oleh Syarikat Teknologi Maklumat Tempatan, Terato Tech Sdn.Bhd telah berdiri gah sama hebat sebaris syarikat antarabangsa seperti Google, Yahoo, Intel dan Facebook. Syarikat ini telah berjaya mengembangkan sayap ke pasaran luar negara seperti Lembah Silikon, San Francissco, Amerika Syarikat baru-baru ini. Sewaktu bekerja di firma I.T yang terkemuka di AS, beliau pernah mendapat gaji yang lumayan iaitu sebanyak RM 12,000 sebulan dan pernah terfikir untuk terus bermastautin di sana. Tetapi akibat krisis ekonomi yang melanda dunia pada ketika itu, Reza Fahmi Razali telah mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaysia dan memulakan kerjaya disini.

Dengan berbekalkan pengalaman bekerja dua tahun di Lembah Silikon, San Francisco beliau mengambil keputusan untuk bekerja dengan sebuah syarikat I.T tempatan. Tetapi, beliau merasakan bahawa kepakaran dan kepintaran yang dimilikinya seolah-olah tidak dihargai apabila beliau hanya dibayar dengan gaji sebanyak RM 1500.00 sebulan. Dan melihat kepada gaji yang kecil dan jumlah keluarga yang semakin bertambah, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kepintaran dalam bidang I.T  yang dimilikinya dengan cara membuat perniagaan sendiri.

Apabila pemberian geran permulaan perniagaan bernilai RM 150,000 menerusi perbadanan pembangunan multimedia (MDeC) diberikan kepadanya, peluang ini dijadikan sebagai batu loncatan untuknya menerokai kembali bidang I.C.T. Pada 1 september 2008, Terato Tech Sdn.Bhd telah ditubuhkan dan diusahakan oleh beliau dan juga abangnya, Reza Hazri. Usaha gigih beliau bersama abangnya telah membuahkan hasil apabila berjaya menarik perhatian penerbit mainan video terkemuka dengan 16 juta pelanggan di seluruh dunia, Bulkypix. Beliau berkata, nama syarikat telah diambil sempena perkataan teratur yang disebut dalam loghat minang, terator.

Menurut beliau, bidang I.T telah diminati sejak zaman kanak-kanak lagi. Menurutnya lagi, pada usia seawal tujuh tahun, beliau pernah mencipta aplikasi dan pengaturcaraan Q basic dan telah mengikuti kelas 'Programming'  secara formal ketika usia 10 tahun.  Antara  anugerah yang pernah disandang, Anugerah Koridor Raya Multimedia Teknologi Maklumat dan anugerah Telekomunikasi Asia Asia Pasifik (APMITTA - 2000) serta Anugerah Pakatan I.C.T Antarabangsa Asia Pasifik (APICTA -2001).

Sebelum  mengakhiri artikel ini, pemuda yang telah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata ini sempat berpesan kepada generasi muda agar jangan takut mencuba dan keluar dari kepompong keselesaan kerana anda penentu masa hadapan anda sendiri. Ujarnya lagi, rebut peluang yang hadir dengan bersungguh-sungguh dan aplikasikan kemahiran fizikal dan emosi secara teratur bagi memastikan kelestarian.

Sekian entri buat kali ini, jumpa lagi dimasa yang akan datang.
Assalamualaikum..

Sumber Entri:- Berita Harian

18 ulasan:

marniey zul berkata...

pergghhh, hebat nyaaa. tak sangka kan. Rezeki dia.

Schazey berkata...

abang ni seorang programmer la nih? wahh

Aku Dan Komputer berkata...

@marniey zul: Terima kasih sudi komen entry ni :D ye, mmg hbat.. saya pn tk sangka ada org yg pandai mcm ni kt malaysia.. bru tau ptg td.. :D

Aku Dan Komputer berkata...

@Schazey: Terima kasih sudi komen sini :) Yup, beliau seorang programmer hebat kt malaysia ni.. tp, tak ramai yang tau mengenai beliau ni :D

Pengetua Speaker Sekolah berkata...

hebatt ahh..mesti kayo ni..jeles2

Mizz Aiza berkata...

orang macam ni la yang sepatutnya menjadi role model kepada golongan remaja kita.. :D

S.K.A berkata...

hebat bro ni..awk xnk jd cam dia ke?? he3..agak2 skrg msti beliau dah jd jutawan muda :)

||aLeaSaRa|| berkata...

slm sggh sini support n3 kwn2 :)

bangga dgn belia melayu kita.kwn akk pun skrg dh terkenal keluar msk media massa.IT jugak :)

Gha a.k.a. Gna berkata...

bangganya bila baca.. orang melayu sebenarnya memang hebat!!

Aku Dan Komputer berkata...

@Pengetua Speaker Sekolah: Terima kasih sudi komen kt entry ni :D mesti la beliau ni kaya.. gji kt luar negara rm 12,000...

Aku Dan Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih sudi komen kt entry ni ye :) betul tu, saya setuju.. mmg org seperti beliau layak utk djadikan role model utk remaja yg hndak berjaya.. bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih..

Aku Dan Komputer berkata...

@S.K.A: Terima kasih sudi komen kt entry ni ye :) mmg hbat dan berbakat. mmg ada rasa nak jd mcm beliau ni.. tp, secara perlahan2x dlu.. psal bnyak lg ilmu yg perlu diteroka.. saya agak mmg beliau antara salah seorang jutawan muda kt malaysia ni, tp tk bnyak yg tau..

Aku Dan Komputer berkata...

@||aLeaSaRa||: Terima kasih sudi komen di entry ni dan sudi support sini ye :D oh,iyeke... tahniahla saya ucapkan utk kawan akk tu ye .. :)

Aku Dan Komputer berkata...

@Gha a.k.a. Gna: Terima kasih sudi singgah dan komen disini ye :) yup, saya setuju.. org melayu dan islam mmg hbat.

Syazana Zainn berkata...

jarang ada org melayu jd programmer berjaya :)

lucky him.

:)

Kamarul berkata...

Wah,,entry yang menarik :)
Done folllow ~ mohon follow balik yerr
Thanks..
www.kamarularnizam.blogspot.com

Aku Dan Komputer berkata...

@Syazana Zainn: Terima kasih ye sudi komen entry ni :D mmg betul tu, jarang ada org melayu jd programmer brjaya ni.. rmai org barat je yg ambik carta jd programmer ni .. huhu :)

Aku Dan Komputer berkata...

@Kamarul: Terima kasih ye sudi singgah, follow dan komen sini :D saya dah follow blog saudara dah :D