Kenali Alat-Alat Keluaran(Output) Untuk Komputer

Assalamualaikum,


Admin pasti mungkin umum sudah pun mengetahui mengenai alat-alat tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk menggunakan komputer. Tapi, sengaja admin nak imbas kembali apakah alat-alat tambahan yang diperlukan oleh anda untuk menggunakan komputer..


1. Pendrive

Digunakan sebagai alatan tambahan untuk menyimpan sesetengah maklumat yang terpenting. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pendrive juga boleh didapati dengan harga yang murah berbanding cakera keras luaran.

2. Tetikus

Merupakan alat yang sudah menjadi satu kemestian untuk menggunakan komputer. Tetikus juga boleh didapati dalam harga yang amat murah bermula dari harga serendah RM10.00. Tetikus juga mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang boleh menarik perhatian pengguna untuk membeli.

3. Papan Kekunci

Tanpa alat ini, anda tidak boleh untuk membuat penulisan di halaman web dan untuk kerja-kerja seperti perbentangan kertas kerja yang memerlukan penaipan dari komputer. Alat ini juga merupakan salah satu alatan terpenting dalam bidang pengkomputeran. Jika papan kekunci rosak, anda mesti membeli yang baru kerana papan kekunci adalah salah satu alat yang tidak boleh diperbaiki lagi apabila rosak. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan harganya boleh didapati dari serendah RM 20.00.

4. Speaker Luaran

Alat ini diperlukan apabila speaker dalaman komputer anda telah rosak. Tetapi, speaker juga digunakan untuk menambahkan lagi kekuatan bunyi yang terdapat pada komputer anda. Boleh didapati dengan harga serendah RM 25.00.

5. USB Hub

USB Hub diperlukan apabila port yang sedia ada pada komputer anda sudah tidak mencukupi. USB Hub kebiasaannya menyediakan empat port untuk digunakan. Selalunya pengguna yang menggunakan netbook akan memerlukan alat tambahan ini. Boleh didapati dari harga serendah RM 22.00 dan mempunyai pelbagai bentuk.

6. Cooler Fan Pad

Alat ini sesuai untuk digunakan oleh pengguna laptop dan pengguna netbook. Kepada pengguna kedua-dua komputer jenis laptop dan netbook ini, anda perlu mempunyai satu kipas tambahan untuk diletakkan di bawah komputer anda sebagai tambahan kepada kipas yang sedia ada di dalam komputer anda untuk mengelakkan dari berlakunya pemanasan melampau kepada komputer anda. Pengguna komputer meja tidak memerlukan alat ini kerana alat ini dicipta khas untuk model jenis laptop dan netbook sahaja. Boleh didapati dengan harga serendah RM 12.00.

7. Bluetooth

Anda akan memerlukan alat tambahan ini apabila anda ingin menghantar sesuatu fail media dari komputer kepada telefon bimbit anda. Namun, pengguna komputer jenis laptop tidak memerlukan alat ini kerana alat ini sudah dipasang siap ke dalam komputer pengguna laptop. Melainkan alat tambahan pada laptop anda ini sudah rosak. Boleh didapati dengan harga serendah RM 10.00.

8. Card Reader

Jika anda tidak mahu membeli alat tambahan yang saya ceritakan di atas (Bluetooth), anda boleh menggunakan alat ini. Dikenali sebagai pembaca kad, anda boleh menggunakan alat ini untuk menghantar fail-fail media ke kad mikro SD telefon bimbit anda. Anda hanya perlu mengeluarkan kad mikro SD dari telefon bimbit anda dan meletakkan ke dalam salah satu slot yang ada pada Card Reader ini. Pada kebiasaannya alat ini mempunyai sebanyak 15 slot dengan harga serendah RM 10.00.

9. Stereo Headphone

Alat ini bukan sahaja digunakan pada telefon bimbit saat mendengar lagu, tetapi anda juga boleh menggunakan alat ini pada komputer untuk ber"chatting" dan untuk menggantikan bunyi dari speaker luaran yang kuat. Sesuai untuk digunakan pada lewat malam dan pada keadaan tertentu yang memerlukan persekitaran yang senyap. Boleh didapati dari harga serendah RM 32.00.

10. Wireless USB Adapter

Bagi pengguna komputer jenis meja ataupun komputer jenis laptop dan netbook yang sudah rosak Wifi, anda boleh menggunakan alat ini untuk mendapatkan signal wifi dari modem anda mahupun modem luaran yang lain. Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu install drivernya sahaja dan terus boleh digunakan. Merupakan alternatif lain selain menggunakan wayar network bagi pengguna komputer meja. Boleh didapati dengan harga RM 45.00.

11. CD/DVD Player USB External

Untuk pengguna laptop yang pemain DVD/CD  telah rosak, anda boleh gunakan alat ini. Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu memasang wayar USB yang terdapat pada pemain DVD/CD luaran ini sahaja. Dari menggantikan pemain DVD/CD anda itu, anda perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 200.00 dan ke atas. Mahal kan? Jadi, nasihat saya gunakanlah pemain luaran USB DVD/CD ini. Boleh didapati pada harga RM 199.00 sahaja. Pengguna netbook yang hendak memainkan fail dari DVD anda, anda mesti menggunakan alat ini juga kerana netbook tidak terdapat pemain DVD/CD dalaman.

Sekian entri pada hari jumaat yang mulia ini. Kejap lagi admin nak pergi ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Jom semua kaum lelaki yang beragama islam untuk menunaikan solat jumaat. Jangan curi-curi tak pergi solat jumaat pulak sleepy.. hehe
Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tiada jalan mudah !!

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Belajar Programming Secara Online