Khamis, 11 April 2013

Etika Dan Petua Sebelum, Semasa Dan Selepas Menggunakan Komputer .

Assalamualaikum,


Berjumpa lagi kita. Admin sentiasa mendoakan sahabat semua di dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk entri kali ini, admin nak kongsi petua mengenai cara-cara sebelum, semasa, dan selepas menggunakan komputer. Bukan manusia saja yang memerlukan petua dalam hidup ni, komputer pun perlu petua juga tau..



SEBELUM MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Pastikan di sekeliling anda tiada berlaku pertumpahan air, makanan dan sebagainya yang mampu meninggalkan kesan buruk kepada komputer. Dalam kata lain, pastikan kawasan komputer anda bersih dari segala kekotoran. Pastikan juga tangan anda bersih dari segala kekotoran. Ini penting !!
  • Pastikan cuaca di luar rumah tidak dalam keadaan hujan, petir, ribut dan sebagainya. Ini penting kerana jika anda menggunakan komputer dalam keadaan cuaca yang buruk, dikhuatiri komputer anda boleh disambar petir. Dan jika komputer anda telah disambar petir, alamatnya boleh bercadang untuk membeli komputer yang lain la..
  • Jika anda menggunakan komputer riba(laptop) dan sewaktu dengannya, jangan letakkan komputer anda di atas peha (walaupun dipanggil dengan nama komputer riba) dan jangan gunakan komputer riba anda dengan meletakkannya di atas katil. Ini adalah kerana kain akan menyerap haba dan bukan membebaskan haba. Dan mengenai jangan meletakkan laptop di atas peha, ini adalah kerana haba dari laptop mampu membahayakan kulit anda. Tahukah anda bahawa haba dari bawah laptop mampu mencapai sehingga 52 darjah celcius. Nak tahu maklumat yang lebih lanjut boleh klik SINI.
  • Untuk menjadikan bateri laptop tahan lebih lama, jangan main sambil mengecas laptop tersebut. Jika anda ingin mengecas bateri laptop, tunggu sehingga proses pengecasan selesai. Dan jika anda ingin menggunakan laptop dalam tempoh yang lama, cabut bateri dari laptop dan sambungkan pengecas pada laptop. Cara ini dapat mengelakkan bateri laptop anda dari rosak. 


SEMASA MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Tekan butang On dengan lemah lembut dan jangan tekan dengan kasar atau kuat. Ini untuk mengelakkan dari berlaku kerosakan di bahagian butang On. Tapi kes kerosakan bahagian butang On ni admin tak pernah jumpa lagi la. Cuma beringat sebelum kena.
  • Sebelum menggunakan komputer, imbas terlebih dahulu komputer anda dengan perisian anti-virus. Perisian anti-virus anda hendaklah sentiasa dikemaskini supaya anti-virus yang anda gunakan dapat menjalankan tugasan mengimbas virus dengan efisyen dan berkesan.
  • Jika anda hendak mengambil fail di dalam My Computer, klik kanan pada tetikus dan pilih Open. Dengan menggunakan cara ini, virus tidak dapat memasuki ke dalam folder yang anda simpan. Gunakan cara yang sama apabila anda menggunakan Pendrive. Kalau boleh, imbas dulu Pendrive menggunakan perisian anti-virus. 
  • Elakkan penggunaan komputer melebihi 5 jam sehari. Ini untuk mengekalkan kesihatan anda dan komputer.
  • Hati-hati dalam melayari halaman web. Jangan klik laman web sebarangan untuk mengelakkan virus dan penipuan siber berlaku kepada komputer dan anda sendiri.
  • Untuk pengguna komputer riba, gunakan kipas tambahan untuk mengelakkan dari berlaku kepanasan kepada komputer riba anda dan boleh menyebabkan kerosakan Hardware.
  • Lakukan muatturun perisian yang hanya boleh dipercayai sahaja. Contoh, dari laman web pengeluar perisian itu sendiri. Cara begini lebih selamat.
  • Untuk lebih selamat lagi, letakkan kata laluan kepada komputer anda. Ini dapat mengelakkan dari orang lain menggunakan dan mencuri data dari komputer anda.
  • Pastikan jarak di antara mata anda dan skrin komputer mengikut jarak yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan mata berlaku. Nak tahu jarak yang sesuai apabila menggunakan komputer, klik SINI.
  • Jangan kongsikan maklumat peribadi anda dengan sewenangnya di laman sosial.
  • Untuk kanak-kanak, pastikan terdapat pengawasan ibu bapa semasa mereka menggunakan komputer.

SELEPAS MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Simpan semua fail-fail kerja yang telah dibuat ke dalam satu folder bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan dalam mencari kembali fail kerja yang telah dibuat semasa mahu menggunakan komputer semula.
  • Pastikan tiada aplikasi yang masih berjalan sewaktu mahu menutup(shutdown) komputer.
  • Jika komputer menjadi hang atau lambat, tunggu sehingga komputer dalam keadaan normal semula barulah anda boleh menutup komputer tersebut. Untuk menutup dan mengetahui aplikasi yang menyebabkan komputer menjadi hang atau lambat, anda boleh tekan kekunci Ctrl-Alt-Del. Tekan semua kekunci ini secara serentak dan komputer akan menunjukkan aplikasi Windows Task Manager. Di situ, anda boleh menutup aplikasi yang menyebabkan komputer anda menjadi hang.
  • Akhir sekali, jika semuanya di dalam keadaan baik, tutup komputer dengan mengklik butang Start-Off Computer-Shut Down. Jangan paksa komputer tutup dengan sendiri seperti tekan butang On dengan lama kerana dengan membuat begini, lama-kelamaan boleh menyebabkan komputer anda rosak.

Sekian, untuk tips pengkomputeran pada hariini, jumpa lagi kita.. Assalamualaikum.



2 ulasan:

Nissan Bandung - Authorized Dealer Mobil Nissan Bandung berkata...

Thk 4 u Information

Aku Dan Komputer berkata...

@Nissan Bandung: Ok, welcome :) Thank's for comment