Selasa, 23 April 2013

6 Tips Keselamatan Semasa Melayari Laman Sosial

Assalamualaikum,






Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat lagi admin menulis entry. Untuk perkongsian ilmu pada hari ini, admin ingin kongsi berkenaan tips keselamatan semasa melayari laman sosial terutamanya facebook. Walaupun hanya 6 tips sahaja yang admin kongsi, diharapkan kita semua mendapat manfaatnya..


  1. Jangan mendedahkan nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, dan nombor kad pengenalan diri anda sesuka hati semasa menggunakan laman sosial. Terdapat banyak kes-kes yang sudah berlaku membabitkan penipuan wang dan sebagainya kepada mereka yang sewenangnya memasukkan semua yang berkaitan dengan pengenalan diri ke dalam laman sosial.
  2. Awas! jangan percaya kepada sesiapa (termasuk kawan rapat mahupun ahli keluarga) yang meminta anda untuk memindahkan duit ke dalam akaun bank mereka atas alasan kononnya mereka amat memerlukan duit dengan kadar segera kerana ahli keluarga mereka sakit dan sebagainya. Selidik dahulu benar atau tidak kawan anda itu betul-betul memerlukan wang, kerana mungkin boleh terjadi akaun facebook mereka sudah digodam.
  3. Jangan memasukkan gambar-gambar manja atau yang mendedahkan aurat terutama sekali kepada wanita yang beragama islam kerana boleh berlaku bermacam-macam perkara yang buruk kepada anda dan orang yang terdekat. Banyak kes orang yang telah disihir kerana memuat naik gambar di dalam laman sosial. Kalau boleh, gunakan saja gambar kartun atau gambar-gambar lain ke profile gambar anda di laman sosial. Dan awas! jangan mudah "cair" dan terpengaruh dengan mana-mana lelaki yang mengajak anda (kaum wanita) berjumpa (Dating) melalui laman sosial.
  4. Kalau boleh, jangan beritahu kepada umum di mana anda sedang berada ketika ini kerana, boleh jadi ada seseorang yang berniat tidak baik seperti mahu merompak rumah anda. Dan jika dia terlihat status yang mengatakan jarak anda dengan rumah sangat jauh, mungkin ini merupakan peluang keemasan bagi pencuri tersebut.
  5. Gunakan laman sosial untuk mencari kenalan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia, bukan tempat untuk mencemuh, mengutuk dan berbalah antara satu sama lain.
  6. Bukan kesemua maklumat mengenai diri kita dengan mudah boleh kita dedahkan di laman-laman sosial. Biarlah kita mendapat sedikit privasi, takkan semua benda mahu diceritakan dalam laman sosial kan??

Sekian untuk perkongsian pada kali ini, jumpa lagi.
Assalamualaikum..

8 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

betul tu.. tak semua rahsia diri kena dedahkan kepada umum.. nasib baik memang tak suka update status di facebook.. hobi suka like je.. hehe.. :D

Aku Dan Komputer berkata...

@Mizz Aiza: Hehe :D suka like je... sama la, saya pun masok fb like je status org. klau blh semua saya nk like.. :) tk salah kalau nk kongsi psal sesuatu kt fb, tp kna memandaila..

Nurina Izzati berkata...

betul.. saya setuju

Aku Dan Komputer berkata...

@Nurina Izzati: Terima kasih sudi komen entry ni ye :D

||aLeaSaRa|| berkata...

slm sggh ptg....tqvm ye jd followers ke 888 nice number tu!!Entri khas ni....

http://born2touchurheart.blogspot.com/2013/04/dunia-blogger-888-komputer-punya.html

p/s-->kak lea mmg x bgtu suka sgt share kt fb risau mcm2 hal negatif.klu share pun just bg link latest entri di blog :)

cik kumbang berkata...

yup agree
twitter pun sama

Aku Dan Komputer berkata...

@||aLeaSaRa||: Terima kasih sudi komen :) wah, bgus la mcm tu.. blh elakkan dari brlaku perkara yg pelik2x.. :D

Aku Dan Komputer berkata...

@cik kumbang: Terima kasih sudi komen :) ye, twitter pn lebih kurang la..