Selasa, 30 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 Kembali Lagi ..

Assalamualaikum,




    Ya, pesta buku antarabangsa kembali lagi. untuk entry hariini, admin post tentang pesta buku la. Pesta buku antarabangsa ini telah dijalankan dari 26 April lagi sehingga 5 Mei nanti. Pada kali ini, pesta buku antarabangsa telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pesta buku ini telah memasuki penganjuran untuk kali yang ke-32 dan disambut sempena hari buku dan hak cipta sedunia yang jatuh pada 23 April pada setiap tahun.  Acara yang berlangsung selama 10 hari ini, menampilkan 800 gerai mewakili 250 syarikat swasta serta kerajaan dari dalam dan luar negara. Antara syarikat yang terlibat ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Gempak Starz, Sasbadi, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Jemari Seni Sdn.Bhd.

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan semua.. jom pakat serbu pesta buku antarabangsa !!
~ Membaca Itu Jambatan Ilmu.

::. Untuk lebih maklumat lanjut, layari laman web pesta buku antarabangsa 2013 di sini :- kualalumpurbookfair

Sumber olahan : Akhbar kosmo online


Sekian pada kali ini,
Assalamualaikum..

P/s: Harap admin tinggal kat perak je, kalau tinggal dekat sebelah selangor dengan K.L tu memang admin awal-awal lagi dah pergi dah.. (Harini hari last dalam bulan 4, rasa sekejap je kan masa berlalu..)
 (y) Thumb Up Like Facebook Emoticon

Isnin, 29 April 2013

Perhatian-Perhatian !! Siri 2

Assalamualaikum,




Untuk perkongsian pada kali ini, admin akan kongsikan tentang satu peringatan yang telah dikeluarkan oleh pihak microsoft dan telah dikongsi oleh fb majalah pc 
Berikut kenyataan dari pihak microsoft :-

"Perhatian kepada semua pengguna Windows XP. Microsoft Malaysia telah mengumumkan secara rasminya penamatan sokongan Windows XP yang akan dilakukan pada 8 April 2014. Pengguna yang sedang menggunakan sistem operasi ini, yang telah beroperasi selama 11 tahun diingatkan untuk segera bermigrasi bagi mengelakkan risiko kelemahan dan gangguan perniagaan serta kemungkinan tambahan kos. Bermula tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi menyediakan pembaikan kemas kini secara automatik serta bantuan teknikal dalam talian."

Sekian untuk perkongsian pada kali ini..
Assalamualaikum.. 

Sabtu, 27 April 2013

Kenali Personaliti I.T Muda Malaysia : Reza Fahmi Razali

Assalamualaikum,


Anda semua sihat? Harap-harap begitulah ya. Untuk penulisan entri pada kali ini, admin akan kongsikan satu cerita mengenai seorang anak muda yang berasal dari negeri sembilan dan merupakan seorang yang telah berjaya di dalam dunia pengkomputeran. Entri pasal Reza Fahmi Razali (29 Tahun) ni pun admin dapat setelah terbaca dari akhbar berita harian edisi 13/04/13.


  Biarpun usianya masih muda, namun kejayaan yang telah dicipta oleh Syarikat Teknologi Maklumat Tempatan, Terato Tech Sdn.Bhd telah berdiri gah sama hebat sebaris syarikat antarabangsa seperti Google, Yahoo, Intel dan Facebook. Syarikat ini telah berjaya mengembangkan sayap ke pasaran luar negara seperti Lembah Silikon, San Francissco, Amerika Syarikat baru-baru ini. Sewaktu bekerja di firma I.T yang terkemuka di AS, beliau pernah mendapat gaji yang lumayan iaitu sebanyak RM 12,000 sebulan dan pernah terfikir untuk terus bermastautin di sana. Tetapi akibat krisis ekonomi yang melanda dunia pada ketika itu, Reza Fahmi Razali telah mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaysia dan memulakan kerjaya disini.

Dengan berbekalkan pengalaman bekerja dua tahun di Lembah Silikon, San Francisco beliau mengambil keputusan untuk bekerja dengan sebuah syarikat I.T tempatan. Tetapi, beliau merasakan bahawa kepakaran dan kepintaran yang dimilikinya seolah-olah tidak dihargai apabila beliau hanya dibayar dengan gaji sebanyak RM 1500.00 sebulan. Dan melihat kepada gaji yang kecil dan jumlah keluarga yang semakin bertambah, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kepintaran dalam bidang I.T  yang dimilikinya dengan cara membuat perniagaan sendiri.

Apabila pemberian geran permulaan perniagaan bernilai RM 150,000 menerusi perbadanan pembangunan multimedia (MDeC) diberikan kepadanya, peluang ini dijadikan sebagai batu loncatan untuknya menerokai kembali bidang I.C.T. Pada 1 september 2008, Terato Tech Sdn.Bhd telah ditubuhkan dan diusahakan oleh beliau dan juga abangnya, Reza Hazri. Usaha gigih beliau bersama abangnya telah membuahkan hasil apabila berjaya menarik perhatian penerbit mainan video terkemuka dengan 16 juta pelanggan di seluruh dunia, Bulkypix. Beliau berkata, nama syarikat telah diambil sempena perkataan teratur yang disebut dalam loghat minang, terator.

Menurut beliau, bidang I.T telah diminati sejak zaman kanak-kanak lagi. Menurutnya lagi, pada usia seawal tujuh tahun, beliau pernah mencipta aplikasi dan pengaturcaraan Q basic dan telah mengikuti kelas 'Programming'  secara formal ketika usia 10 tahun.  Antara  anugerah yang pernah disandang, Anugerah Koridor Raya Multimedia Teknologi Maklumat dan anugerah Telekomunikasi Asia Asia Pasifik (APMITTA - 2000) serta Anugerah Pakatan I.C.T Antarabangsa Asia Pasifik (APICTA -2001).

Sebelum  mengakhiri artikel ini, pemuda yang telah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata ini sempat berpesan kepada generasi muda agar jangan takut mencuba dan keluar dari kepompong keselesaan kerana anda penentu masa hadapan anda sendiri. Ujarnya lagi, rebut peluang yang hadir dengan bersungguh-sungguh dan aplikasikan kemahiran fizikal dan emosi secara teratur bagi memastikan kelestarian.

Sekian entri buat kali ini, jumpa lagi dimasa yang akan datang.
Assalamualaikum..

Sumber Entri:- Berita Harian

Khamis, 25 April 2013

Komputer Dihias Dengan Mewah ?

Assalamualaikum,



Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita.


Penulisan untuk entri kali ini pula, admin tertarik pada salah satu artikel yang disiarkan di salah satu muka surat dalam berita harian. Dikatakan di perancis, terdapat sekumpulan tukang tradisional mengubah komputer peribadi mereka mengikut citarasa istana eropah . Yang menariknya, bengkel milik Georges Chirita yang terletak di luar paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas serta dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus yang disaluti kulit!!. Kata seorang usahawan kelahiran Romania, yang juga bekerja sebagai jurutera elektrik "Apabila orang mula memasang Chandelier Louis XV dengan mentol lampu, semua orang terperanjat. Tetapi, kini tidak lagi". 

 Komputer ini dihiasi dengan rangka tiang marmar dengan kemasan emas berpintal atau helang, selain itu, komputer meja buatan Chirita ini adalah satu daripada tiga gaya Louis VX, Louis XVI atau empayar. Ia turut dilengkapi dengan pemprosesan tersembunyi dan tetikus tanpa wayar. Disaluti emas padu, permata atau kot senjata timbul di belakang skrinnya, rekaan mewah ini mampu mencecah harga permulaan pada 17,000 euro (RM 67,600)- mahal betul. Perhatian khas ditumpukan kepada skrin di belakang, kata Chirita berikutan komputer ini adalah untuk orang penting yang menerima orang penting yang lain, jadi belakangnya perlu menarik juga seperti di depan. Rekaan komputer Chirita ini bukan sahaja mendapat perhatian dari negara teluk malah hingga ke negara china dan amerika syarikat.

 Beliau juga turut menawarkan kepada pelanggannya, kekunci USB yang disaluti emas dengan corak fleur-de-lys selain jaminan selama 100 tahun atau cakera keras mudah alih yang dicap dengan motif kurun ke-17 dan bersalut emas. Chirita juga telah menghantar satu kekunci USB kepada ratu elizabeth II sempena sambutan jubli intan tahun ini serta dengan bangganya beliau menunjukkan nota terima kasih bertulisan tangan dari ratu berkenaan yang diterimanya. Ketika pertama kali melancarkan projek beliau lewat 1990-an, Chirita membina satu siri model dan prototaip dengan memasang sendiri bahagian komputer tetapi menyedari beliau kurang mahir dalam membuat reka bentuk visual.- Agensi

Sumber dipetik dan diolah dari :- Berita Harian Edisi Tahun 2012

Sekian, untuk perkongsian pengetahuan pada kali ini.
Assalamualaikum..


Rabu, 24 April 2013

GA DOMAIN DOTCOM FREE

Assalamualaikum Semua,




Untuk entri kali ini, admin tak kongsi apa-apa mengenai dunia pengkomputeran. Tapi, admin akan tulis pasal GiveAway yang telah dianjurkan oleh blog madrasah kehidupan dot com. Segmen GiveAway ini akan tamat pada 21 MEI 2013. Masih sempat lagi jika sahabat semua mahu menyertai. Dan, mengenai pertanyaan mengenai sebab mengapa saya ingin memiliki domain dotcom sendiri adalah kerana saya memang sudah lama ingin memiliki satu domain khas untuk blog ini. Sebab jika mengikut kemampuan memang belum termampu lagi untuk memiliki domain sendiri. Selain itu, dengan mempunyai domain sendiri, blog kita juga akan tampak lebih selamat dan lebih kukuh. 

- Jadi tunggu apa lagi sahabat semua? Jom beramai-ramai turut serta dalam GiveAway domain dotcom secara percuma ni. Tak rugi anda mencuba!! 

Kalau nak join, boleh klik sini ---> Madrasah Kehidupan™

Sekian untuk hariini, 
Assalamualaikum..

Selasa, 23 April 2013

6 Tips Keselamatan Semasa Melayari Laman Sosial

Assalamualaikum,






Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat lagi admin menulis entry. Untuk perkongsian ilmu pada hari ini, admin ingin kongsi berkenaan tips keselamatan semasa melayari laman sosial terutamanya facebook. Walaupun hanya 6 tips sahaja yang admin kongsi, diharapkan kita semua mendapat manfaatnya..


  1. Jangan mendedahkan nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, dan nombor kad pengenalan diri anda sesuka hati semasa menggunakan laman sosial. Terdapat banyak kes-kes yang sudah berlaku membabitkan penipuan wang dan sebagainya kepada mereka yang sewenangnya memasukkan semua yang berkaitan dengan pengenalan diri ke dalam laman sosial.
  2. Awas! jangan percaya kepada sesiapa (termasuk kawan rapat mahupun ahli keluarga) yang meminta anda untuk memindahkan duit ke dalam akaun bank mereka atas alasan kononnya mereka amat memerlukan duit dengan kadar segera kerana ahli keluarga mereka sakit dan sebagainya. Selidik dahulu benar atau tidak kawan anda itu betul-betul memerlukan wang, kerana mungkin boleh terjadi akaun facebook mereka sudah digodam.
  3. Jangan memasukkan gambar-gambar manja atau yang mendedahkan aurat terutama sekali kepada wanita yang beragama islam kerana boleh berlaku bermacam-macam perkara yang buruk kepada anda dan orang yang terdekat. Banyak kes orang yang telah disihir kerana memuat naik gambar di dalam laman sosial. Kalau boleh, gunakan saja gambar kartun atau gambar-gambar lain ke profile gambar anda di laman sosial. Dan awas! jangan mudah "cair" dan terpengaruh dengan mana-mana lelaki yang mengajak anda (kaum wanita) berjumpa (Dating) melalui laman sosial.
  4. Kalau boleh, jangan beritahu kepada umum di mana anda sedang berada ketika ini kerana, boleh jadi ada seseorang yang berniat tidak baik seperti mahu merompak rumah anda. Dan jika dia terlihat status yang mengatakan jarak anda dengan rumah sangat jauh, mungkin ini merupakan peluang keemasan bagi pencuri tersebut.
  5. Gunakan laman sosial untuk mencari kenalan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia, bukan tempat untuk mencemuh, mengutuk dan berbalah antara satu sama lain.
  6. Bukan kesemua maklumat mengenai diri kita dengan mudah boleh kita dedahkan di laman-laman sosial. Biarlah kita mendapat sedikit privasi, takkan semua benda mahu diceritakan dalam laman sosial kan??

Sekian untuk perkongsian pada kali ini, jumpa lagi.
Assalamualaikum..

Sabtu, 20 April 2013

BEN ASHAARI dan WEECLICKS


Assalamualaikum, 

BEN ASHAARI


Untuk entri kali ini, admin tak post mengenai tips komputer dan perisian, tapi nak post pasal satu segmen khas yang telah dibuat oleh blogger terkenal Ben Ashaari. Senang saja kalau nak ikut serta dalam segmen ni. Untuk maklumat lanjut klik ini : Ben Ashaari

Untuk pengetahuan saudara Ben Ashaari dan kawan-kawan semua kenapa saya nak menjana pendapatan melalui internet ini adalah kerana Yang Pertama, admin dah lama perhatikan banyak blogger-blogger yang boleh mendapat pendapatan yang tetap melalui perkongsian di dalam internet. Yang Kedua pula, admin sedang mencuba untuk mencari pendapatan dari internet biarpun tidak lumayan tetapi yang penting keseronokan yang admin dapat apabila kongsikan sesuatu di dalam laman blog. Dan Yang Terakhir, admin berpendapat bahawa, menjana pendapatan melalui internet ini boleh dilakukan pada bila-bila masa serta dalam pelbagai cara dan yang paling penting sekali kita dapat mengisi masa lapang dari terbuang dengan aktiviti yang tidak berfaedah

Sekian entri untuk admin postkan pada hariini. Kepada sahabat yang belum ikut serta di dalam segmen khas ini, jom ikut serta sekali. Tempoh tamat segmen ini, adalah pada jam 5 petang ini...

Assalamualaikum..
Salam Hujung Minggu 

Jumaat, 19 April 2013

Sejarah Bluetooth

Assalamualaikum,


Untuk perkongsian entry buat kali ini, admin akan merungkai mengenai sejarah ciptaan Bluetooth. Mulakan pembacaan anda di bawah ini :-


  Bluetooth adalah satu piawaian teknologi tanpa wayar terbuka yang digunakan untuk proses penukaran data pada jarak dekat ( menggunakan gelombang radio julat pendek ) dari alat-alat mudah alih dan tetap. Dicipta oleh vendor telekomunikasi, Ericsson pada 1994 yang mana pada asalnya, difikirkan sebagai satu alat pilihan tanpa wayar kepada kabel data RS-232. Pada hari ini, Bluetooth ditadbir oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG).

- Perkataan Bluetooth diambil sempena nama raja abad ke-sepuluh Harald Denmark, yang menyatukan bahagian-bahagian Norway dan suku-suku Denmark sehingga menjadi sebuah negara. Dan dengan kisah keupayaan raja itu dalam menghubungkan rakyat, tercetus satu idea untuk mencipta sejenis alat yang boleh menghubungkan pelbagai peralatan seperti komputer personal ke telefon selular. Logo Bluetooth berasal dari penyatuan dua huruf jerman analog dengan huruf H dan B (Singkatan dari nama Harald Bluetooth), iaitu Hagald dan Blatand yang kemudiannya digabungkan.

- Selain dari syarikat Ericsson, syarikat IBM, Intel, Nokia, dan Toshiba juga terlibat dalam projek Bluetooth ini. Pada julai 1999, Bluetooth versi 1.0 dilancarkan dan pada bulan disember 1999 Bluetooth versi 2.0 pula dilancarkan. Spesifikasi Bluetooth adalah membangunkan dan dilesenkan oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG). Bluetooth SIG mengandungi lebih daripada 13,000 syarikat-syarikat dalam kawasan-kawasan telekomunikasi, pengkomputeran, rangkaian, dan elektronik pengguna. Peranti Bluetooth mesti berkelayakan untuk piawaian ditakrifkan oleh SIG sebelum dipasarkan. Sehingga kini, versi Bluetooth yang digunakan adalah versi 4.0 yang dilancarkan pada tahun 2010.

Sekian perkongsian ilmu untuk hari jumaat yang mulia ini.. 
Assalamualaikum..

Diedit Dari :- Wikipedia

Khamis, 18 April 2013

Sedikit Kata Untuk Harini....

Assalamualaikum,






Sekian, moga-moga kita dapat jadi insan seperti yang tertulis di atas... Ameenn.. Assalamualaikum..

Rabu, 17 April 2013

Perhatian! Perhatian!

Assalamualaikum,





Nampak tajuk kat atas tu? dua kali perhatian tu.. admin nak kongsi satu benda yang majalah pc kongsi di facebook malam ini..

- Bagi mereka yang minat sangat main game online, berhati-hatilah. Serangan malware atau ramai dari kita yang menyebutnya 'virus' sedang rancak berjalan. Backdoor.Win32.Winnti, Backdoor.Win64.Winnti, Rootkit.Win32 antara beberapa malware kumpulan Winnti yang telah tersebar sejak dari 2009 semakin menjadi-jadi akhir ini. Ia boleh menyebabkan komputer diakses dan mencuri semua maklumat berharga didalamnya TANPA disedari oleh pengguna. Sedang anda syok-syok bermain, install source code, dapat coin-coin yang kononnya percuma, rupanya anda telah memasang malware ke PC anda sendiri.

Sekian, perkongsian satu ilmu ringkas pada malam ini.. Assalamualaikum..

Sumber:- FB Majalah PC

Selasa, 16 April 2013

Kembalikan Kecergasan Komputer Anda

Assalamualaikum,


Adakah sistem komputer anda terlalu perlahan? ok, untuk entri kali ini admin akan kongsi satu perisian yang berguna khas buat mereka yang merasakan komputer yang sedang digunakan terasa perlahan perjalanan sistemnya. Kalau nak cuba, anda hanya perlu memuat turun sahaja perisian yang dinamakan Advenced SystemCare 6. Jangan risau, ianya percuma !


Perisian ini boleh dimuat turun di sini :- Advanced SystemCare 6 Free

Sekian, untuk perkongsian pada kali ini. Jumpa lagi..
Assalamualaikum..

Isnin, 15 April 2013

Print Apa Yang Anda Suka

Assalamualaikum,


Sahabat semua apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu. Anda suka sesuatu maklumat dari halaman web, tetapi tidak tahu cara untuk print keluar maklumat itu? jangan risau, ini kerana ada satu laman web yang telah dibina khas untuk anda yang mahu print maklumat di laman web tetapi tidak tahu caranya. Anda hanya perlu layari laman web ini :- PRINT WHAT YOU LIKE 
Cara menggunakan laman web ini amat mudah. Masukkan URL laman web, Edit bahagian yang anda mahu print, dan terus print. Mudah kan!


Contoh laman web


Alhamdulillah, selesai entry untuk harini, sekian dahulu. Jumpa lagi. Assalamualaikum..wave

Ahad, 14 April 2013

Kenali Tokoh Pengkomputeran Siri 1 : Steve Jobs

Assalamualaikum,


Selamat malam admin ucap kepada semua yang sudi membaca entri ini. Pada perkongsian ilmu kali ini, admin akan kongsi satu artikel berkenaan tokoh yang telah menyumbang satu teknologi baru di dalam bidang pengkomputeran. Tokoh untuk siri 1 ini adalah Mendiang Steve Jobs.




  Mendiang Steve Jobs dilahirkan di San Francisco, California pada 24 February 1955. Beliau berketurunan suriah dan dijaga sejak bayi oleh paul dan clara jobs. Sebelum ikon dunia digital ini memulakan syarikat gergasi Apple dengan kerjasama Steve Wozniak di garaj rumahnya, beliau sebenarnya telah gagal menamatkan pengajiannya di Reed College di Portland setelah enam bulan belajar di sana. Setelah berhenti sekolah, beliau telah berkelana ke india dan melakukan eksperimen dengan ubat jiwa yang digelar Lysergic Acid Diethylamide (LSD). Ketika di india, beliau yang beragama buddha pernah tertarik dan terfikir untuk tinggal di biara dan menjadi biarawan. Berbalik kepada syarikat yang dibinanya, Steve Jobs telah mendapat sokongan dari guru spiritual buddha peribadinya yang dikatakan pernah menyakinkan beliau untuk menjadi ahli perniagaan dan syarikat Apple telah dibuka pada tahun 1976. Pada tahun1983, Steve Jobs berjaya ''memikat'' John Sculley sehingga meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif Apple kerana John Sculley adalah seorang yang berpengalaman untuk membantu menguruskan syarikat Apple beliau yang sedang meningkat maju.

    Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1985, Steve Jobs pernah dipecat dari perusahaan yang dibangunkannya sendiri iaitu syarikat Apple akibat konfontasi dalaman. Tetapi, setelah dipecat, beliau tidak berputus asa dengan bangkit mendirikan perusahaan baru. Sepanjang tempoh pemecatan beliau, syarikat Apple telah mengalami kejatuhan pada sekitar tahun 1990 dan diiringi dengan kemajuan mendadak dari syarikat NeXT. Selepas itu, beliau giat mencipta sistem operasi moden sehinggalah Apple membeli sistem operasi tersebut dan telah meminta beliau untuk kembali kepada syarikat Apple. Beliau akhirnya akur dan bersetuju untuk kembali kepada syarikat Apple pada tahun 1996.

   Ciptaan-ciptaan beliau yang mengagumkan seperti Macbook, iPhone, iPod, dan iPad memberikan anjakan paradigma terhadap dunia teknologi. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan menjadi ahli lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006.

   Steve Jobs telah disahkan menghidap penyakit kanser pada pertengahan tahun 2004 dan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada 14 januari 2009. Beliau mengambil cuti sakit daripada menjadi ketua pengarah eksekutif  Apple selama 6 bulan untuk memberi fokus kepada kesihatannya. Pada 24 ogos 2011, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook tetapi dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple atas permintaannya. Sehari setelah Apple mengumumkan kedatangan iPhone 4S, iaitu pada 5 oktober 2011, beliau disahkan meninggal dunia pada umur 56 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Palo Alto, California, Amerika Syarikat.

Sekian untuk perkongsian maklumat pada harini, semoga menjadi semangat untuk kita agar tidak pernah sekali-kali kenal erti putus asa dalam kehidupan..
Assalamualaikum..

Sabtu, 13 April 2013

Info Teknologi Maklumat #2

Assalamualaikum,


Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin akan sambung mengenai info teknologi komputer yang pernah admin post pada bulan mac. Sila baca di bawah


:.1 Karektor Ciptaan Komputer Termahal



  • Smeagol sang Gollum, merupakan karektor yang dikenali kerana kelincahan dan humornya di dalam filem The Lord Of The Rings
  • Watak ini dicipta oleh WETA Digital dan dihasilkan dengan lebih dari 200 ekspresi wajah dan 300 gerakan otot
  • Dikatakan karektor janaan komputer yang dengan kos pembikinan termahal yang pernah dibuat di dalam industri perfileman !

:.2 Ada Apa Dengan Yahoo! ?


  • Merupakan singkatan bagi nama '' Yet Another Herarchical Object Organizer''
  • Pengasasnya, Jerry Yang dan David Filo menggunakan perkataan ini bagi menggambarkan diri mereka yang periang :D

:.3 Fakta Password


  • Kata laluan 8 digit bersama kombinasi 'Lower Case' memerlukan 10 minit untuk digodam
  • Kata laluan 8 digit bersama kombinasi 'Upper Case' memerlukan 10 jam untuk digodam
  • Kata laluan 6 digit bersama kombinasi nombor atau simbol memerlukan masa 18 hari untuk digodam
  • Kata laluan 9 digit bersama kombinasi nombor dan simbol memerlukan masa selama 44,530 tahun untuk digodam !!
:.4 Fakta Youtube


  • Video terawal yang pertama dimuat naik ke Youtube berjudul Me at The Zoo
  • Menampilkan Jawed Karim di lokasi kebun binatang di San Diego
  • Sehingga kini video ini masih boleh ditonton

:.5 Carian Yang Boleh Menyebabkan Bahaya



  • Carian merbahaya terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman web penceroboh atau yang mengandungi malware dan virus
  • Lazimnya ia melibatkan beberapa kata kunci dan antara kata kunci yang perlu dielak adalah seperti Victoria Secret ( boleh menyebabkan jangkitan Trojan Fake Codec ), Blue Book ( menyebabkan jangkitan Mdac Exploit ), Arches National Park ( serangan WebAttacker '2 atau Mpack ) dan banyak lagi
  • Berhati-hati dengan carian yang anda lakukan.

Sekian, untuk perkongsian ilmu pada hariini.. Assalamualaikum..


Bersambung lagi dalam part yang ke-3, tunggu...











Jumaat, 12 April 2013

Kenali Alat-Alat Keluaran(Output) Untuk Komputer

Assalamualaikum,


Admin pasti mungkin umum sudah pun mengetahui mengenai alat-alat tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk menggunakan komputer. Tapi, sengaja admin nak imbas kembali apakah alat-alat tambahan yang diperlukan oleh anda untuk menggunakan komputer..


1. Pendrive

Digunakan sebagai alatan tambahan untuk menyimpan sesetengah maklumat yang terpenting. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pendrive juga boleh didapati dengan harga yang murah berbanding cakera keras luaran.

2. Tetikus

Merupakan alat yang sudah menjadi satu kemestian untuk menggunakan komputer. Tetikus juga boleh didapati dalam harga yang amat murah bermula dari harga serendah RM10.00. Tetikus juga mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang boleh menarik perhatian pengguna untuk membeli.

3. Papan Kekunci

Tanpa alat ini, anda tidak boleh untuk membuat penulisan di halaman web dan untuk kerja-kerja seperti perbentangan kertas kerja yang memerlukan penaipan dari komputer. Alat ini juga merupakan salah satu alatan terpenting dalam bidang pengkomputeran. Jika papan kekunci rosak, anda mesti membeli yang baru kerana papan kekunci adalah salah satu alat yang tidak boleh diperbaiki lagi apabila rosak. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan harganya boleh didapati dari serendah RM 20.00.

4. Speaker Luaran

Alat ini diperlukan apabila speaker dalaman komputer anda telah rosak. Tetapi, speaker juga digunakan untuk menambahkan lagi kekuatan bunyi yang terdapat pada komputer anda. Boleh didapati dengan harga serendah RM 25.00.

5. USB Hub

USB Hub diperlukan apabila port yang sedia ada pada komputer anda sudah tidak mencukupi. USB Hub kebiasaannya menyediakan empat port untuk digunakan. Selalunya pengguna yang menggunakan netbook akan memerlukan alat tambahan ini. Boleh didapati dari harga serendah RM 22.00 dan mempunyai pelbagai bentuk.

6. Cooler Fan Pad

Alat ini sesuai untuk digunakan oleh pengguna laptop dan pengguna netbook. Kepada pengguna kedua-dua komputer jenis laptop dan netbook ini, anda perlu mempunyai satu kipas tambahan untuk diletakkan di bawah komputer anda sebagai tambahan kepada kipas yang sedia ada di dalam komputer anda untuk mengelakkan dari berlakunya pemanasan melampau kepada komputer anda. Pengguna komputer meja tidak memerlukan alat ini kerana alat ini dicipta khas untuk model jenis laptop dan netbook sahaja. Boleh didapati dengan harga serendah RM 12.00.

7. Bluetooth

Anda akan memerlukan alat tambahan ini apabila anda ingin menghantar sesuatu fail media dari komputer kepada telefon bimbit anda. Namun, pengguna komputer jenis laptop tidak memerlukan alat ini kerana alat ini sudah dipasang siap ke dalam komputer pengguna laptop. Melainkan alat tambahan pada laptop anda ini sudah rosak. Boleh didapati dengan harga serendah RM 10.00.

8. Card Reader

Jika anda tidak mahu membeli alat tambahan yang saya ceritakan di atas (Bluetooth), anda boleh menggunakan alat ini. Dikenali sebagai pembaca kad, anda boleh menggunakan alat ini untuk menghantar fail-fail media ke kad mikro SD telefon bimbit anda. Anda hanya perlu mengeluarkan kad mikro SD dari telefon bimbit anda dan meletakkan ke dalam salah satu slot yang ada pada Card Reader ini. Pada kebiasaannya alat ini mempunyai sebanyak 15 slot dengan harga serendah RM 10.00.

9. Stereo Headphone

Alat ini bukan sahaja digunakan pada telefon bimbit saat mendengar lagu, tetapi anda juga boleh menggunakan alat ini pada komputer untuk ber"chatting" dan untuk menggantikan bunyi dari speaker luaran yang kuat. Sesuai untuk digunakan pada lewat malam dan pada keadaan tertentu yang memerlukan persekitaran yang senyap. Boleh didapati dari harga serendah RM 32.00.

10. Wireless USB Adapter

Bagi pengguna komputer jenis meja ataupun komputer jenis laptop dan netbook yang sudah rosak Wifi, anda boleh menggunakan alat ini untuk mendapatkan signal wifi dari modem anda mahupun modem luaran yang lain. Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu install drivernya sahaja dan terus boleh digunakan. Merupakan alternatif lain selain menggunakan wayar network bagi pengguna komputer meja. Boleh didapati dengan harga RM 45.00.

11. CD/DVD Player USB External

Untuk pengguna laptop yang pemain DVD/CD  telah rosak, anda boleh gunakan alat ini. Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu memasang wayar USB yang terdapat pada pemain DVD/CD luaran ini sahaja. Dari menggantikan pemain DVD/CD anda itu, anda perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 200.00 dan ke atas. Mahal kan? Jadi, nasihat saya gunakanlah pemain luaran USB DVD/CD ini. Boleh didapati pada harga RM 199.00 sahaja. Pengguna netbook yang hendak memainkan fail dari DVD anda, anda mesti menggunakan alat ini juga kerana netbook tidak terdapat pemain DVD/CD dalaman.

Sekian entri pada hari jumaat yang mulia ini. Kejap lagi admin nak pergi ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Jom semua kaum lelaki yang beragama islam untuk menunaikan solat jumaat. Jangan curi-curi tak pergi solat jumaat pulak sleepy.. hehe
Assalamualaikum..

Khamis, 11 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Assalamualaikum,




Fuh.. sahabat semua apa khabar? Admin harap anda semua sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk entri kedua admin pada hari ini (baru kali pertama admin buat 2 entri dalam satu hari) ialah, admin nak kongsi pasal GA atau dalam kata panjangnya, GiveAway. GiveAway kali ini dianjurkan oleh blogger "si blogger mama" dan ditaja oleh house of DIZA. Untuk sesiapa yang mahu menyertai contest ini, bolehlah ke maszmadi.blogspot.com. Cepat sebelum terlambat..

Sekian untuk entri kedua admin pada hariini. Assalamualaikum..

P/s: Admin ni sebenarnya seorang yang sangat meminati perfume / minyak wangi ni.. Sebab tu admin  saja-saja cuba masuk pertandingan ni :D Entri yang ke-2 ni takde kena-mengena dengan komputer pun..

Etika Dan Petua Sebelum, Semasa Dan Selepas Menggunakan Komputer .

Assalamualaikum,


Berjumpa lagi kita. Admin sentiasa mendoakan sahabat semua di dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk entri kali ini, admin nak kongsi petua mengenai cara-cara sebelum, semasa, dan selepas menggunakan komputer. Bukan manusia saja yang memerlukan petua dalam hidup ni, komputer pun perlu petua juga tau..



SEBELUM MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Pastikan di sekeliling anda tiada berlaku pertumpahan air, makanan dan sebagainya yang mampu meninggalkan kesan buruk kepada komputer. Dalam kata lain, pastikan kawasan komputer anda bersih dari segala kekotoran. Pastikan juga tangan anda bersih dari segala kekotoran. Ini penting !!
  • Pastikan cuaca di luar rumah tidak dalam keadaan hujan, petir, ribut dan sebagainya. Ini penting kerana jika anda menggunakan komputer dalam keadaan cuaca yang buruk, dikhuatiri komputer anda boleh disambar petir. Dan jika komputer anda telah disambar petir, alamatnya boleh bercadang untuk membeli komputer yang lain la..
  • Jika anda menggunakan komputer riba(laptop) dan sewaktu dengannya, jangan letakkan komputer anda di atas peha (walaupun dipanggil dengan nama komputer riba) dan jangan gunakan komputer riba anda dengan meletakkannya di atas katil. Ini adalah kerana kain akan menyerap haba dan bukan membebaskan haba. Dan mengenai jangan meletakkan laptop di atas peha, ini adalah kerana haba dari laptop mampu membahayakan kulit anda. Tahukah anda bahawa haba dari bawah laptop mampu mencapai sehingga 52 darjah celcius. Nak tahu maklumat yang lebih lanjut boleh klik SINI.
  • Untuk menjadikan bateri laptop tahan lebih lama, jangan main sambil mengecas laptop tersebut. Jika anda ingin mengecas bateri laptop, tunggu sehingga proses pengecasan selesai. Dan jika anda ingin menggunakan laptop dalam tempoh yang lama, cabut bateri dari laptop dan sambungkan pengecas pada laptop. Cara ini dapat mengelakkan bateri laptop anda dari rosak. 


SEMASA MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Tekan butang On dengan lemah lembut dan jangan tekan dengan kasar atau kuat. Ini untuk mengelakkan dari berlaku kerosakan di bahagian butang On. Tapi kes kerosakan bahagian butang On ni admin tak pernah jumpa lagi la. Cuma beringat sebelum kena.
  • Sebelum menggunakan komputer, imbas terlebih dahulu komputer anda dengan perisian anti-virus. Perisian anti-virus anda hendaklah sentiasa dikemaskini supaya anti-virus yang anda gunakan dapat menjalankan tugasan mengimbas virus dengan efisyen dan berkesan.
  • Jika anda hendak mengambil fail di dalam My Computer, klik kanan pada tetikus dan pilih Open. Dengan menggunakan cara ini, virus tidak dapat memasuki ke dalam folder yang anda simpan. Gunakan cara yang sama apabila anda menggunakan Pendrive. Kalau boleh, imbas dulu Pendrive menggunakan perisian anti-virus. 
  • Elakkan penggunaan komputer melebihi 5 jam sehari. Ini untuk mengekalkan kesihatan anda dan komputer.
  • Hati-hati dalam melayari halaman web. Jangan klik laman web sebarangan untuk mengelakkan virus dan penipuan siber berlaku kepada komputer dan anda sendiri.
  • Untuk pengguna komputer riba, gunakan kipas tambahan untuk mengelakkan dari berlaku kepanasan kepada komputer riba anda dan boleh menyebabkan kerosakan Hardware.
  • Lakukan muatturun perisian yang hanya boleh dipercayai sahaja. Contoh, dari laman web pengeluar perisian itu sendiri. Cara begini lebih selamat.
  • Untuk lebih selamat lagi, letakkan kata laluan kepada komputer anda. Ini dapat mengelakkan dari orang lain menggunakan dan mencuri data dari komputer anda.
  • Pastikan jarak di antara mata anda dan skrin komputer mengikut jarak yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan mata berlaku. Nak tahu jarak yang sesuai apabila menggunakan komputer, klik SINI.
  • Jangan kongsikan maklumat peribadi anda dengan sewenangnya di laman sosial.
  • Untuk kanak-kanak, pastikan terdapat pengawasan ibu bapa semasa mereka menggunakan komputer.

SELEPAS MENGGUNAKAN KOMPUTER

  • Simpan semua fail-fail kerja yang telah dibuat ke dalam satu folder bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan dalam mencari kembali fail kerja yang telah dibuat semasa mahu menggunakan komputer semula.
  • Pastikan tiada aplikasi yang masih berjalan sewaktu mahu menutup(shutdown) komputer.
  • Jika komputer menjadi hang atau lambat, tunggu sehingga komputer dalam keadaan normal semula barulah anda boleh menutup komputer tersebut. Untuk menutup dan mengetahui aplikasi yang menyebabkan komputer menjadi hang atau lambat, anda boleh tekan kekunci Ctrl-Alt-Del. Tekan semua kekunci ini secara serentak dan komputer akan menunjukkan aplikasi Windows Task Manager. Di situ, anda boleh menutup aplikasi yang menyebabkan komputer anda menjadi hang.
  • Akhir sekali, jika semuanya di dalam keadaan baik, tutup komputer dengan mengklik butang Start-Off Computer-Shut Down. Jangan paksa komputer tutup dengan sendiri seperti tekan butang On dengan lama kerana dengan membuat begini, lama-kelamaan boleh menyebabkan komputer anda rosak.

Sekian, untuk tips pengkomputeran pada hariini, jumpa lagi kita.. Assalamualaikum.



Rabu, 10 April 2013

Ringkasan Perkataan Berkaitan Komputer Ver.2

Assalamualaikum.


Untuk perkongsian ilmu hari ini, admin taip pasal ringkasan perkataan berkaitan komputer untuk versi ke dua (sambungan entri semalam).  Boleh baca kat bawah ni :-

Perkataan Kesebelas

BIOS
= Basic Input/Output System

Perkataan Keduabelas

BSOD
= Blue Screen Of Death

Perkataan ketigabelas

KB
= KiloByte

Perkataan Keempatbelas

MB
= MegaByte

Perkataan Kelimabelas

GB
= GigaByte

Perkataan Keenambelas

TB
= TeraByte

Perkataan Ketujuhbelas

DAT
= Digital Audio Tape

Perkataan Kelapanbelas

IBM
= International Business Machines

Perkataan Kesembilanbelas

USB
= Universal Serial Bus

Perkataan Keduapuluh

APK
= Application Package File

Sekian untuk perkongsian pada kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.. Assalamualaikum..





Selasa, 9 April 2013

Ringkasan Perkataan Berkaitan Komputer

Assalamualaikum,


Untuk perkongsian kali ini, admin akan menulis mengenai ringkasan perkataan yang sering digunakan dalam benda-benda yang berkaitan dengan komputer itu sendiri.

Perkataan Pertama

Wifi
= Wireless Fidelity

Perkataan Kedua

CD
= Compact Disc

Perkataan Ketiga

VCD
= Video Compact Disc

Perkataan Keempat

DVD
= Digital Versatile Disc

Perkataan Kelima

RAM
= Random Access Memory

Perkataan Keenam

NFC
= Near Field Communication

Perkataan ketujuh

PCI
= Peripheral Component Interconnect

Perkataan Kelapan

FM
= Frequency Modulation

Perkataan Kesembilan

AM
= Amplitude Modulation

Perkataan Kesepuluh

OS
= Operating System

Sekian, 10 perkataan ringkasan bagi perkara yang berkaitan dengan perkomputeran..
Ada masa, admin akan menulis lagi entry berkaitan perkataan ringkas ni :) Assalamualaikum.


Isnin, 8 April 2013

Cara Manual Membuang Virus Shortcut

Assalamualaikum.


Berkenaan dengan penulisan entri admin pada kali ini, admin akan menunjukkan cara-cara membuang virus shortcut secara manual. Virus shortcut merupakan virus yang membuat jangkitan dan seterusnya akan membuat fail shortcut daripada folder tertentu dan menyembunyikan folder asal. Virus shortcut juga dilengkapi dengan folder recycler yang bergantung dari jenis virus. Virus ini juga mempunyai kandungan virus trojan dan worm untuk melakukan kerosakan pada sistem windows terutamanya pada explorer.exe dan cmd.exe. Memandangkan virus shortcut ini boleh mendatangkan mudarat pada komputer kita, jom belajar cara-cara untuk menyingkirkannya.

  1. Buka Command Prompt. Start- All Program- Accessories- Command Prompt. Kalau nak cepat, klik Run, taip cmd dan klik ok. Perisian Command Prompt akan muncul. Sebelum itu, Scan terlebih dahulu pendrive anda menggunakan anti-virus. Pastikan anda buang virus yang dikesan oleh anti-virus tersebut.
  2. Seterusnya, lihat nama drive pada pendrive anda samaada F,C,T dan sebagainya. Cuma jangan taip abjad C atau D kerana C dengan D adalah hak milik cakera keras dan komputer anda. Taip attrib -h-r-s/s/d f :\*.* dan klik enter. Yang admin boldkan (f) tu adalah nama drive pada pendrive.
  3. Selepas beberapa minit (dalam 2 minit macam tu) pergi ke lokasi pendrive anda dan anda akan dapati folder yang telah disorok oleh virus tadi akan muncul semula dan folder yang mengandungi virus akan menunjukkan anak panah. Jadi, delete / buang folder itu. Ingat! anda mestilah membuang folder yang mempunyai anak panah sahaja dan biarkan folder yang tiada anak panah.


  4. Tutup kembali pendrive anda dan buka kembali. Anda dapat melihat kesemua folder yang disimpan boleh digunakan semula.
  5. Siap. :D
P/s: Kalau nak lebih selamat, scan kembali pendrive anda selepas membuang virus shortcut dari pendrive anda.

Sekian, tamat perkongsian ilmu pada kali ini, Assalamualaikum..

Sumber Definisi Virus Shortcut : Kumpulan Materi TIK

Sabtu, 6 April 2013

Cara Mengetahui Tahap Kepantasan Anda Menaip

Assalamualaikum,


Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin akan kongsi satu cara untuk sahabat semua mengetahui berapa laju tahap sahabat semua menaip di papan kekunci. Anda semua hanya perlu pergi jengah ke laman web 10fastfinger saja. Yang lebih menarik lagi, anda boleh mengubah tetapan bahasa yang anda mahu untuk ujian menaip. Jadi, tak kisahlah samaada anda datang dari negara mana pun pasti boleh menggunakan laman web ini.


Bagi yang mahu mencuba tahap kecepatan jari anda menaip, bolehlah pergi ke sini :- 

Ok, sekian untuk celoteh admin harini.. Semoga berjumpa lagi, Assalamualaikum. 
Jaga Diri Selalu..

Jumaat, 5 April 2013

Pikom PC Fair 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat semua..


Diharapkan anda semua sihat dan diberkati Allah selalu. Untuk pengisian blog di hari jumaat yang mulia ini, admin nak kongsi tentang jadual beserta tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak PIKOM. Berikut disenaraikan tarikh beserta tempat yang akan diadakan PC Fair ini :-

Sesi 1 : PIKOM PC Fair 2013 ( Mac-Mei )

22-24 Mac 2013
  • Johor Bahru, Johor : Exhibition Hall, Level 1, Persada Johor
  • Ipoh, Perak : Ipoh Parade
29-31 Mac 2013
  • Kota Kinabalu, Sabah : 1Borneo LG Exhibition Hall
  • Sibu, Sarawak : Sibu Trade & Exhibition Center
4-6 April 2013
  • Kota Bharu, Kelantan : Kelantan Trade Center (KTC)
5-7 April 2013
  • Kuching, Sarawak : Borneo Convention Center Kuching (BCCK)
  • Miri, Sarawak : Stadium Tertutup Miri
12-14 April 2013
  • Kuala Lumpur : KL Convention Center
  • Batu Pahat, Johor : Square One Shopping Center
26-28 April 2013
  • Ayer Keroh, Melaka : Hall A, Melaka International Trade Center (MITC) 
3-5 Mei 2013
  • Kuantan, Pahang : Berjaya Megamall
  • Nilai, Negeri Sembilan : Nilai 3 StreetMall
  • Penang : Penang International Sport Arena (PISA)

Sesi 2 : PIKOM PC Fair 2013 ( Ogos-September )

23-25 Ogos 2013
  • Kuantan, Pahang : Berjaya Megamall
  • Kuala Lumpur : Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)
  • Johor Bahru, Johor : Persada Johor International Convention Center
29-31 Ogos 2013
  • Kuala Terengganu, Terengganu : Terengganu Trade Center (TTC)
30-1 September 2013
  • Seberang Jaya, Pulau Pinang : Sunway Carnival Convention Center (SCCC)
  • Kota Kinabalu, Sabah : 1Borneo Hypermall
6-8 September 2013
  • Ayer Keroh, Melaka : Melaka International Trade Center (MITC)

Sesi 3 : PIKOM PC Fair 2013 ( November-Disember)

21-23 November 2013
  • Ipoh, Perak : Stadium Indera Mulia
6-8 Disember 2013
  • Kuala Lumpur : Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)
  • Pulau Pinang : Penang International Sport Arena (PISA)
13-15 Disember 2013
  • Ayer Keroh, Melaka : Melaka International Trade Center (MITC)

Sekian Untuk Pengisian Entri Pada Kali Ini.
Assalamualaikum.

Sekalung Penghargaan :- Blog Kelab Webmaster & Laman Web PIKOM




Khamis, 4 April 2013

Permohonan Kemasukan Ke Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi 2 2013.

Assalamualaikum Sahabat Semua



Sahabat semua apa khabar? Diharapkan anda semua sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin nak ajak sahabat semua samaada lepasan spm atau yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi risau dengan keputusan spm yang tidak berapa memuaskan untuk memohon belajar di Institut Latihan Kemahiran Awam untuk pengambilan kali yang ke-2. Mungkin ada diantara kita yang memandang rendah akan institut latihan kemahiran awam dan tak kurang juga ada yang berpendapat graduan dari institut kemahiran awam ni tak berkualiti, jadi mulai sekarang cuba buang jauh-jauh perasaan dan pendapat sebegitu. Di pusat latihan kemahiran awam, para pelatih bukan saja belajar mengenai kemahiran semata tapi para pelatih juga turut akan diajar mengenai sikap disiplin, situasi kerja sebenar dan banyak lagi pembelajaran yang terdapat disini. Admin juga salah seorang dari graduan institut latihan kemahiran awam dan selepas admin habis belajar dari institut ini, banyak peluang pekerjaan yang admin terima. Antara institut latihan kemahiran yang terdapat di dalam malaysia ni adalah Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP IPOH). Institut latihan perindustrian ipoh menawarkan kursus-kursus seperti Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Elektrik, Teknologi Seramik, Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara, Teknologi CADD Mekanikal, Teknologi Mekanik Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Foundri, Teknologi Fabrikasi Logam, Teknologi Pembuatan Perkakasan (Mould), Dan Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die). Kemudahan belajar di institut ini amat terbaik dan pengajar disini juga mesra pelajar. Jadi kesimpulannya, memang tak rugi jika sahabat semua ambil keputusan untuk belajar di institut latihan kemahiran awam ni. Buat mereka yang mempunyai keputusan peperiksaan spm yang cemerlang juga digalakkan untuk belajar di institut kemahiran ni. Di institut latihan kemahiran awam ini, pelatih akan diberikan latihan pembelajaran 70 peratus amali dan 30 peratus teori. Selain itu, institut latihan kemahiran awam juga menawarkan pembelajaran didalam bidang sijil kemahiran (ILP) , diploma kemahiran (ADTEC & JMTI), dan diploma kemahiran lanjutan (ADTEC & JMTI). Kemudahan pinjaman kewangan juga disediakan oleh PTPK untuk para pelajar diploma kemahiran dan diploma kemahiran lanjutan.

Jadi, tunggu apa lagi? jika sahabat semua ingin mengubah masa depan dan ingin mempunyai kerjaya yang terbaik bolehlah ambil keputusan untuk menyambung pengajian di institut-institut latihan kemahiran awam yang terdapat di seluruh malaysia ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ini bolehlah kunjungi laman web JTM (Jabatan Tenaga Manusia) ini. Untuk mengetahui maklumat mengenai Institut Latihan Perindustrian Ipoh pula boleh ke sini :- Laman Rasmi ILP IPOH.

Sekian untuk entri panjang lebar harini. Assalamualaikum.. 
P/s: Permohonan kemasukan dibuka sehingga 15 April 2013 sahaja.

Rabu, 3 April 2013

Review Software : 10 Perisian Edit Video Percuma Untuk Anda !!

Assalamualaikum


 Diharapkan semua sahabat dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk penulisan entri pada kali ini, admin akan menulis mengenai perisian mengedit video percuma yang mana ada seorang sahabat yang menanyakan mengenai perisian ini. Untuk entri kali ini saya akan senaraikan beberapa perisian untuk mengedit video yang menarik perhatian anda.

Perisian Yang Pertama :-


Windows Movie Maker versi 2.6 :
Program perisian ini sesuai untuk digunakan pada windows 7 atau vista. Windows movie maker dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja penyuntingan video untuk anda lakukan. Anda boleh menambah kesan khas, muzik, dan penerangan serta pengenalan di dalam video anda. Anda juga dapat membuat slideshow gambar anda dan meletakkan muzik di dalam slideshow tersebut. Anda boleh menyimpan video yang dibuat dan menyimpannya dalam pelbagai format seterusnya boleh memuat naik ke dalam youtube.

Perisian Yang Kedua :-


VirtualDub merupakan Video Capture atau pengolahan utiliti untuk windows (98/ME/NT4/2000/XP/VISTA/7) 32-bit dan 64-bit. Perisian ini menggunakan lesen dari GNU General Public License (GPL). Perisian ini juga boleh memasukkan video beserta subtitle menggabungkan fail video, memisahkan file video, menyimpan sumber audio, memperbaiki warna dalam rakaman video dan banyak lagi.


Perisian Yang Ketiga :-


Perisian ini boleh di muat turun dan digunakan secara percuma. Perisian ini memudahkan para pengguna untuk menggabungkan pelbagai jenis media dan antaranya ialah foto, video, dan fail video ke dalam satu atau lebih fail output. Apabila sampai ke laman web perisian ini, untuk memuat turun tekan saja perkataan Download di bawah sekali.

Perisian Yang Keempat :-


Wax :
Perisian Wax mempunyai prestasi yang tinggi dalam membuat kesan khas pada video yang akan diedit. Perisian ini boleh menghasilkan kesan khas 2D & 3D serta boleh digunakan dalam dua mod. Mod pertama mempunyai aplikasi yang tersendiri dan boleh digunakan untuk mereka yang baru hendak memulakan penggunaan perisian ini. Mod kedua pula sebagai  plug-in untuk pengedit video dan selalunya digunakan oleh mereka yang sudah professional dalam penggunaan perisian ini. Perisian ini juga boleh dimuat turun untuk aplikasi android dan i-phone. Untuk memuat turun perisian ini ke komputer anda, apabila sampai di laman web perisian ini anda perlu klik pada perkataan videohelp.com. 

Perisian Yang Kelima :-


Perisian Blender ini merupakan perisian terbuka percuma yang boleh mengedit dan membuat video dalam bentuk 3D (3 Dimensi). Selain itu, dengan menggunakan perisian ini anda juga boleh membuat grafik 3D, kesan suara, tambahkan kesan khusus, dan banyak lagi. Perisian ini boleh di muat turun dalam bentuk installer ataupun dalam bentuk Zip Archive.

Perisian Yang Keenam :-



Perisian Avidemux adalah salah satu perisian mengedit video percuma yang dicipta untuk pemotongan video mudah, penapisan video, dan kerja-kerja pengekodan. Perisian ini menyokong pelbagai jenis media termasuk AVI, fail MPEG yang serasi dengan DVD, MP4, dan ASF yang menggunakan pelbagai jenis codec. Perisian ini sesuai untuk digunakan pada LINUX, BSD, MAC OS X, dan MICROSOFT WINDOWS (semua versi) di bawah lesen GNU GPL.


Perisian Yang Ketujuh :-


Perisian ini juga boleh digunakan untuk membuat video dalam bentuk 3D serta anda dapat melakukan kesan animasi berkualiti tinggi yang cepat dan mudah untuk digunakan.



Perisian Yang Kelapan :-


Perisian Movica merupakan program mengedit fail movie yang menggunakan grafik antaramuka yang lebih mudah untuk digunakan. Dengan menggunakan perisian ini, anda boleh memilih atau memadam bahagian dari  satu-satu fail video, menggabungkan dua video menjadi satu, menjadikan movie kepada format yang lebih kecil, dan menyimpan serta memainkan bahagian video yang dipilih tanpa mengedit video tersebut. Untuk memuat turun perisian ini, apabila anda sampai di laman Movica, klik pada " Download 1.3 MB ".



Perisian Yang Kesembilan :-



Perisian ini merupakan perisian editor percuma yang mempunyai antaramuka berdasarkan studio dan dikatakan perisian ini adalah lebih baik dari sebahagian besar perisian mengedit video yang lain. Walaupun tidak setanding dengan perisian berbayar, perisian ini boleh melakukan proses edit dan pengeluaran filem yang cukup mudah.


Perisian Yang Kesepuluh :-


Perisian ini merupakan suatu alat untuk mengekstrak clip DVD dari pemain DVD anda. Tetapi clip video hanya boleh disimpan dalam format VOB sahaja. Perisian ini adalah perisian yang mudah dan pantas yang mempunyai kebolehan untuk mengekstrak clip video VOB yang panjang hanya dalam beberapa minit sahaja. Ianya juga mudah untuk dimulakan yang mana anda hanya perlu klik pada Start, klik End, dan simpan. Jadi, apa tunggu lagi? jom sama-sama kita dapatkan bahagian/Scene movie yang kita minati dan boleh dimainkan dengan mudah !


Sekian untuk sepuluh perisian mengedit video percuma dari admin pada kali ini, pilih saja mana-mana perisian yang anda mahu dan mainkan pada komputer anda ..

Assalamualaikum.

Sumber Dari :- ZONA ARTIKEL