Selasa, 26 Mac 2013

Mari Kenali Perkakasan Komputer Bahagian :: 2

Assalamualaikum Semua..

Bersambung dari pelajaran bahagian 1, pada kali ini admin akan tulis mengenai perkakasan komputer untuk bahagian yang kedua pula.


4. Power Supply/Bekalan Kuasa.


Power Supply 200 Watt
  • Bekalan Kuasa merupakan sebuah perkakasan komputer yang membekalkan kuasa elektrik kepada komputer. Walaubagaimanapun, bekalan kuasa sebenarnya tidak menjanakan kuasa kepada peralatan elektrik tetapi hanya sebagai penukar (converter) dari bekalan kuasa yang dibekalkan oleh TNB(Tenaga Nasional Berhad) atau pada soket di dinding dalam bentuk arus ulang-alik kepada beberapa paras voltan arus terus yang diperlukan oleh peralatan elektronik seperti CPU komuter, pencetak, unit paparan, dan lain-lain lagi. Di dalam sesuatu sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama yang harus dipastikan semasa mengenalpasti kerosakan sistem. Ini adalah kerana kebanyakan komponen elektrik tidak berfungsi jika nilai bekalan elektrik yang diterima tidak mencukupi. Bekalan kuasa terdiri daripada dua iaitu; Bekalan kuasa jenis AT dan jenis ATX. Bekalan kuasa jenis AT mempunyai suis ON dan OFF manual dibelakangnya manakala bekalan kuasa jenis ATX pula dibangunkan oleh intel bagi menggantikan format jenis AT dengan menambahkan fungsi 'soft shutdown' (On/Off automatik) oleh pin 14, fungsi semakan kestabilan kuasa oleh pin 8 (Power Good), dan fungsi On automatik (isyarat melalui modem/rangkaian) oleh pin 9 (standbay).   
   ~   Berfungsi menukarkan arus ulang-alik (AC) [100-120 V (Amerika 
           Utara dan Jepun) atau 220 - 240 V (Eropah, Asia, dan 
           Australia)] kepada arus terus (DC) voltan rendah untuk 
         kegunaan komponen komputer.

  ~   Berfungsi memberikan voltan serta arus yang cukup kepada sesuatu 
       alat elektronik.


Antara tanda bekalan kuasa anda telah rosak :-


  1. Komputer tidak boleh dihidupkan/on.
  2. Komputer Restart/mati dengan sendiri ataupun komputer menjadi "Hang" (tersekat).
  3. Paparan skrin menjadi biru (Blue Screen Of Death), ralat memori atau "Parity Check"
  4. Hard Disk atau kipas menjadi kerap tidak berfungsi (bekalan 12V bermasalah).
  5. Berlaku renjatan elektrik (kebocoran elektrik).
  6. Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa.
  7. Keluar asap pada bekalan kuasa.
  8. Komponen pada bekalan kuasa menjadi panas.

5. Processor/Pemproses.



  • Salah satu perkakasan komputer yang amat penting adalah Processor. Tanpa perkakasan ini, komputer tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Dan ada yang berpendapat Processor ibarat otak komputer. Dalam kata lain, Processor sebagai pusat pengendali komputer yang melaksanakan seluruh perintah di dalam sistem komputer. 
    ~   Berfungsi memproses data yang diterima dari masukkan (input) dan   
         akan menghasilkan keluaran (output).
   ~    Memiliki bahagian yang berfungsi menjalankan arahan, mengawal 
         kerja komputer, dan menyimpan sesuatu arahan sementara di     
         Processor.
   ~    Mempunyai tiga bahagian berlainan fungsi. Bahagian pertama 
         adalah Arithmatics Logical Unit (A.L.U) yang berfungsi sebagai 
         pusat segala perhitungan berkenaan nombor atau unit 
         Mathematics untuk menjalankan suatu arahan yang dilaksanakan 
         oleh sistem komputer. Bahagian kedua pula adalah Contro Unit (C.U)
         yang berfungsi mengatur segala perjalanan data yang dilakukan oleh
         Processor. Manakala bahagian ketiga pula dikenali sebagai Memory Unit    
         (M.U) dan berfungsi sebagai unit penyokong, dimana arahan-arahan    
         yang sering digunakan oleh Processor akan disimpan secara sementara   
         di bahagian ini.

Jenis-jenis Processor yang digunakan sekarang :

INTEL


AMD

- Phenom 

Video di bawah ini menunjukkan cara-cara mengeluarkan dan memasang kembali Processor.



6. CD, DVD Drives/Pemacu CD, DVD.



  • Pemacu CD, DVD  bermaksud penggerak atau perkakasan yang digunakan untuk merakam dan memainkan media yang terdapat di dalam sesuatu CD atau DVD. Terdapat dua jenis pemacu CD, DVD. Yang pertama; DVD, CD ROM (Read Only Memory) yang hanya boleh membaca dari cakera CD dan DVD. Yang kedua; DVD, CD RW (Read Write) yang boleh membaca dan menulis pada cakera CD dan DVD. Jadi sebelum anda hendak memainkan sesuatu media pada komputer menggunakan cakera CD atau DVD, pastikan dahulu jenis pemain CD atau DVD anda sesuai untuk memainkan jenis cakera yang anda gunakan.

    ~   Berfungsi untuk memainkan pelbagai jenis data yang direkodkan di   
         dalam cakera samaada CD ataupun DVD seperti movie, lagu dan lain- 
         lain lagi.
    ~   Merupakan alternatif lain bagi medium penyimpanan selain Pendrive.
    ~   CD (Compact Disc) selalunya mempunyai kapasiti sebesar 700 MB,   
         manakala \ DVD (Digital Versatile Disc) mempunyai kapasiti sebesar    
         4.7 GB.


7. Floopy Drive/Cakera Liut (Disket).



  • Cakera Liut adalah peranti bagi menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet dan disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Pemacu cakera liut bertindak untuk membaca dan menulis serta menyimpan data pada cakera liut (Disket) ini. Paling popular digunakan diantara tahun 1980-1990 dan digunakan pada komputer peribadi dan komputer rumah (PC).

     ~  Berfungsi untuk merekod dan membaca data didalam cakera liut  
         (Disket).
     ~  Mempunyai saiz sebesar 1.44 MB pada unit 3.5 inci.

(P/s: Kebanyakan komputer sudah tidak menggunakan pemacu cakera liut dan cakera liut itu sendiri pada zaman sekarang. Seingat admin kali terakhir admin gunakan disket adalah pada tahun 2009 straight face )


8. Graphic Card/Kad Grafik.




  • Antara perkakasan komputer yang boleh dikira sebagai penting. Sejenis perkakasan yang digunakan di dalam komputer peribadi dan merupakan penjana yang mengeluarkan imej-imej pada paparan skrin komputer. Kad grafik ini dicipta untuk memisahkan antara kad yang boleh disambung ke dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan papan induk (MotherBoard). Cip pengawal grafik (graphic controller) di atas kad grafik tersebut dipanggil sebagai Unit Pemprosesan Grafik yang merupakan komponen utama di dalam kad ini. Antara pengeluar kad grafik seperti AMD, NVIDIA, Matrox, dan lain-lain lagi.

    ~   Berfungsi mengeluarkan imej pada skrin komputer.
    ~   Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.
    ~   Menghaluskan paparan pixel.
    ~   Mempercepat dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan   
         (gamekomputer.
    ~   Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada  
         komputer.



Alhamdulillah, siap penulisan entri mengenai perkakasan komputer bahagian yang ke-2 kali ini. Semua perkakasan komputer yang admin senaraikan di blog ini adalah perkakasan komputer yang terpenting dan mesti ada pada sesebuah komputer.

Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan Istimewa Buat :_



tentang hardware        






2 ulasan:

azstory berkata...

Kalau komputer/pc, bila kita on asal nk boot, masuk windows terus tendang, yakni off dgn sendiri.. disebabkan ram ke atau power supply?

Aku Dan Komputer berkata...

@azstory: Terima kasih sudi komen. Selalunya kalau mcm tu masalh power supply tu..pasal dia terus off.. klau dia tkde paparan baru ada kena-mengena dgn RAM.. cuba gnti power supply, saya rasa confirm ok.. :D