Info Teknologi Maklumat #1
Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua..
Sahabat semua apa khabar? Diharap semua sihat-sihat selalu. Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin ingin kongsi pasal info-info tentang dunia teknologi maklumat kepada semua.
:.1 Fakta E-mel
- E-mel pertama telah dihantar sejak 30 tahun dahulu lagi.
- Seorang pemprogram (Programmer) Ray Tomlinson melahirkan simbol @ yang digunakan untuk mengasingkan nama pengirim dan hos pada alamt e-mel.
- Ia juga membolehkan alamat e-mel mudah untuk diingat.
- Ray Tomlinson dikenali sebagai bapa e-mel dan pencipta e-mel.
:.2 Fakta World Wide Web (WWW)
- Radio memerlukan 38 tahun untuk popular.
- Televisyen pula memerlukan 13 tahun untuk popular.
- World Wide Web hanya memerlukan 4 tahun sahaja untuk mencapai 50 juta pengguna.
:.3 Fakta Perkataan Musang Lompat
- Di dalam bahasa inggeris, ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog" dan ayat ini telah menggunakan kesemua abjad dari A sehingga Z.
:.4 Mangsa Jenayah Siber Yang Seterusnya: Siapa?
- 83 peratus pengguna internet di malaysia telah menjadi mangsa jenayah siber dan mungkin telah meningkat.
- Contoh jenayah siber adalah seperti virus komputer, penipuan kad kredit, dan kecurian identiti.
- Apabila melayari sesuatu laman web di internet, anda harus berwaspada dengan setiap "klik" yang anda lakukan agar tidak mudah menjadi mangsa jenayah siber.
Bersambung lagi dalam part yang ke-2, tunggu...
Assalamualaikum
Ulasan
Catat Ulasan