Jumaat, 29 Mac 2013

Potong Lagu Tanpa Menggunakan Software ?

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang saya hargai,


Saya harapkan semua sahabat-sahabat sihat dan ceria selalu. Di pagi hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsi kepada sesiapa yang suka potong atau cut lagu, anda tidak lagi memerlukan atau mencari software yang memerlukan anda untuk  install ke dalam komputer anda dan sekaligus menambahkan lagi berat loading komputer anda. Untuk memotong bahagian lagu yang anda tidak suka, sahabat semua hanya perlu pergi ke laman web ini :- Cut MP3 Files Online


Sekian untuk entri ringkas pada kali ini, jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum.

P/s: Untuk memotong lagu di laman web ini sahabat semua perlulah ada talian internet.Itulah antara kelemahannya. Jadi jika anda tiada bekalan internet berterusan, anda perlulah mempunyai software untuk membolehkan pemotongan lagu dilakukan.. Harap Maklum 

Rabu, 27 Mac 2013

Info Teknologi Maklumat #1

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua..


Sahabat semua apa khabar? Diharap semua sihat-sihat selalu. Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin ingin kongsi pasal info-info tentang dunia teknologi maklumat kepada semua. 

:.1 Fakta E-mel


  • E-mel pertama telah dihantar sejak 30 tahun dahulu lagi.
  • Seorang pemprogram (Programmer) Ray Tomlinson melahirkan simbol @ yang digunakan untuk mengasingkan nama pengirim dan hos pada alamt e-mel.
  • Ia juga membolehkan alamat e-mel mudah untuk diingat.
  • Ray Tomlinson dikenali sebagai bapa e-mel dan pencipta e-mel.

:.2 Fakta World Wide Web (WWW)
  • Radio memerlukan 38 tahun untuk popular.
  • Televisyen pula memerlukan 13 tahun untuk popular.
  • World Wide Web hanya memerlukan 4 tahun sahaja untuk mencapai 50 juta pengguna.

:.3 Fakta Perkataan Musang Lompat


  • Di dalam bahasa inggeris, ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog" dan ayat ini telah menggunakan kesemua abjad dari A sehingga Z. 

:.4 Mangsa Jenayah Siber Yang Seterusnya: Siapa?


  • 83 peratus pengguna internet di malaysia telah menjadi mangsa jenayah siber dan mungkin telah meningkat.
  • Contoh jenayah siber adalah seperti virus komputer, penipuan kad kredit, dan kecurian identiti.
  • Apabila melayari sesuatu laman web di internet, anda harus berwaspada dengan setiap "klik" yang anda lakukan agar tidak mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Bersambung lagi dalam part yang ke-2, tunggu...
Assalamualaikum big grin








Selasa, 26 Mac 2013

Mari Kenali Perkakasan Komputer Bahagian :: 2

Assalamualaikum Semua..

Bersambung dari pelajaran bahagian 1, pada kali ini admin akan tulis mengenai perkakasan komputer untuk bahagian yang kedua pula.


4. Power Supply/Bekalan Kuasa.


Power Supply 200 Watt
  • Bekalan Kuasa merupakan sebuah perkakasan komputer yang membekalkan kuasa elektrik kepada komputer. Walaubagaimanapun, bekalan kuasa sebenarnya tidak menjanakan kuasa kepada peralatan elektrik tetapi hanya sebagai penukar (converter) dari bekalan kuasa yang dibekalkan oleh TNB(Tenaga Nasional Berhad) atau pada soket di dinding dalam bentuk arus ulang-alik kepada beberapa paras voltan arus terus yang diperlukan oleh peralatan elektronik seperti CPU komuter, pencetak, unit paparan, dan lain-lain lagi. Di dalam sesuatu sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama yang harus dipastikan semasa mengenalpasti kerosakan sistem. Ini adalah kerana kebanyakan komponen elektrik tidak berfungsi jika nilai bekalan elektrik yang diterima tidak mencukupi. Bekalan kuasa terdiri daripada dua iaitu; Bekalan kuasa jenis AT dan jenis ATX. Bekalan kuasa jenis AT mempunyai suis ON dan OFF manual dibelakangnya manakala bekalan kuasa jenis ATX pula dibangunkan oleh intel bagi menggantikan format jenis AT dengan menambahkan fungsi 'soft shutdown' (On/Off automatik) oleh pin 14, fungsi semakan kestabilan kuasa oleh pin 8 (Power Good), dan fungsi On automatik (isyarat melalui modem/rangkaian) oleh pin 9 (standbay).   
   ~   Berfungsi menukarkan arus ulang-alik (AC) [100-120 V (Amerika 
           Utara dan Jepun) atau 220 - 240 V (Eropah, Asia, dan 
           Australia)] kepada arus terus (DC) voltan rendah untuk 
         kegunaan komponen komputer.

  ~   Berfungsi memberikan voltan serta arus yang cukup kepada sesuatu 
       alat elektronik.


Antara tanda bekalan kuasa anda telah rosak :-


  1. Komputer tidak boleh dihidupkan/on.
  2. Komputer Restart/mati dengan sendiri ataupun komputer menjadi "Hang" (tersekat).
  3. Paparan skrin menjadi biru (Blue Screen Of Death), ralat memori atau "Parity Check"
  4. Hard Disk atau kipas menjadi kerap tidak berfungsi (bekalan 12V bermasalah).
  5. Berlaku renjatan elektrik (kebocoran elektrik).
  6. Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa.
  7. Keluar asap pada bekalan kuasa.
  8. Komponen pada bekalan kuasa menjadi panas.

5. Processor/Pemproses.



  • Salah satu perkakasan komputer yang amat penting adalah Processor. Tanpa perkakasan ini, komputer tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Dan ada yang berpendapat Processor ibarat otak komputer. Dalam kata lain, Processor sebagai pusat pengendali komputer yang melaksanakan seluruh perintah di dalam sistem komputer. 
    ~   Berfungsi memproses data yang diterima dari masukkan (input) dan   
         akan menghasilkan keluaran (output).
   ~    Memiliki bahagian yang berfungsi menjalankan arahan, mengawal 
         kerja komputer, dan menyimpan sesuatu arahan sementara di     
         Processor.
   ~    Mempunyai tiga bahagian berlainan fungsi. Bahagian pertama 
         adalah Arithmatics Logical Unit (A.L.U) yang berfungsi sebagai 
         pusat segala perhitungan berkenaan nombor atau unit 
         Mathematics untuk menjalankan suatu arahan yang dilaksanakan 
         oleh sistem komputer. Bahagian kedua pula adalah Contro Unit (C.U)
         yang berfungsi mengatur segala perjalanan data yang dilakukan oleh
         Processor. Manakala bahagian ketiga pula dikenali sebagai Memory Unit    
         (M.U) dan berfungsi sebagai unit penyokong, dimana arahan-arahan    
         yang sering digunakan oleh Processor akan disimpan secara sementara   
         di bahagian ini.

Jenis-jenis Processor yang digunakan sekarang :

INTEL


AMD

- Phenom 

Video di bawah ini menunjukkan cara-cara mengeluarkan dan memasang kembali Processor.



6. CD, DVD Drives/Pemacu CD, DVD.



  • Pemacu CD, DVD  bermaksud penggerak atau perkakasan yang digunakan untuk merakam dan memainkan media yang terdapat di dalam sesuatu CD atau DVD. Terdapat dua jenis pemacu CD, DVD. Yang pertama; DVD, CD ROM (Read Only Memory) yang hanya boleh membaca dari cakera CD dan DVD. Yang kedua; DVD, CD RW (Read Write) yang boleh membaca dan menulis pada cakera CD dan DVD. Jadi sebelum anda hendak memainkan sesuatu media pada komputer menggunakan cakera CD atau DVD, pastikan dahulu jenis pemain CD atau DVD anda sesuai untuk memainkan jenis cakera yang anda gunakan.

    ~   Berfungsi untuk memainkan pelbagai jenis data yang direkodkan di   
         dalam cakera samaada CD ataupun DVD seperti movie, lagu dan lain- 
         lain lagi.
    ~   Merupakan alternatif lain bagi medium penyimpanan selain Pendrive.
    ~   CD (Compact Disc) selalunya mempunyai kapasiti sebesar 700 MB,   
         manakala \ DVD (Digital Versatile Disc) mempunyai kapasiti sebesar    
         4.7 GB.


7. Floopy Drive/Cakera Liut (Disket).



  • Cakera Liut adalah peranti bagi menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet dan disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Pemacu cakera liut bertindak untuk membaca dan menulis serta menyimpan data pada cakera liut (Disket) ini. Paling popular digunakan diantara tahun 1980-1990 dan digunakan pada komputer peribadi dan komputer rumah (PC).

     ~  Berfungsi untuk merekod dan membaca data didalam cakera liut  
         (Disket).
     ~  Mempunyai saiz sebesar 1.44 MB pada unit 3.5 inci.

(P/s: Kebanyakan komputer sudah tidak menggunakan pemacu cakera liut dan cakera liut itu sendiri pada zaman sekarang. Seingat admin kali terakhir admin gunakan disket adalah pada tahun 2009 straight face )


8. Graphic Card/Kad Grafik.




  • Antara perkakasan komputer yang boleh dikira sebagai penting. Sejenis perkakasan yang digunakan di dalam komputer peribadi dan merupakan penjana yang mengeluarkan imej-imej pada paparan skrin komputer. Kad grafik ini dicipta untuk memisahkan antara kad yang boleh disambung ke dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan papan induk (MotherBoard). Cip pengawal grafik (graphic controller) di atas kad grafik tersebut dipanggil sebagai Unit Pemprosesan Grafik yang merupakan komponen utama di dalam kad ini. Antara pengeluar kad grafik seperti AMD, NVIDIA, Matrox, dan lain-lain lagi.

    ~   Berfungsi mengeluarkan imej pada skrin komputer.
    ~   Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.
    ~   Menghaluskan paparan pixel.
    ~   Mempercepat dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan   
         (gamekomputer.
    ~   Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada  
         komputer.



Alhamdulillah, siap penulisan entri mengenai perkakasan komputer bahagian yang ke-2 kali ini. Semua perkakasan komputer yang admin senaraikan di blog ini adalah perkakasan komputer yang terpenting dan mesti ada pada sesebuah komputer.

Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan Istimewa Buat :_



tentang hardware        






Khamis, 21 Mac 2013

Mari Kenali Perkakasan Komputer :: Bahagian 1

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Dan Diberkati Allah Sekalian..


Diharapkan semua sahabat-sahabat sihat dan diberkati Allah selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin akan menulis berkaitan dengan perkakasan komputer. Mungkin ramai diantara kita yang sudah cukup mengenali semua perkakasan-perkakasan komputer, tapi belum tentu lagi mengenali fungsi-fungsi sesuatu perkakasan itu dengan lebih mendalam kan.. Dengan itu, admin akan kongsi mengenai nama, fungsi dan maklumat yang lebih mendalam dengan perkakasan komputer dalam entri kali ini.


1. MotherBoard/Papan Induk.



  • MotherBoard atau papan induk merupakan papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta Chip Controller ataupun lebih dikenali sebagai Processor yang menjalankan tugas mengatur pergerakan data dalam sistem motherboard. Pada motherboard terdapat soket untuk processor, slot-slot yang digunakan dalam pemasangan kad komponen seperti VGA Card, Sound Card, Internel Modem, PCI Card, Slot RAM, Slot IDE, Slot SATA, dan lain-lain slot lagi. Motherboard juga dikenali sebagai jantung sesebuah komputer yang mana jika ianya rosak, komputer tidak akan dapat berfungsi langsung dan terpaksa untuk diganti.
    ~ Motherboard berfungsi untuk mengatur dan menentukan alat yang 
       boleh dipasang pada komputer.
    ~ Berfungsi mengawal chipset dan program BIOS yang mengatur data  
       dalam komponen komputer.
    ~ Mengawal semua komunikasi dalam sistem komputer.
    ~ Merupakan 'rumah' kepada sistem BIOS.
    ~ Bertukar maklumat diantara perkakasan.
    ~ Membekalkan sambungan untuk bekalan kuasa, cakera keras, pemacu  
       disket, dan pemacu DVD/CD.
    ~ Menyediakan slot untuk RAM. 
    ~ Mengatur pergerakan data dalam sistem motherboard.


2. HardDisk Drive/Cakera Keras.



  • HardDisk Drive (HDD) atau Cakera Keras adalah media penyimpanan data yang digunakan untuk menyimpan dan memperolehi semula maklumat digital dalam kapasiti yang besar. Ini adalah kerana adakalanya kita mempunyai program aplikasi yang besar dan tidak cukup untuk diletakkan di dalam pendrive dan disket seumpamanya. Dan ini memerlukan cakera keras untuk menyimpan segala maklumat yang berkapasiti besar. Cakera keras diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956 dan lebih dari 200 syarikat yang telah menghasilkan cakera keras dan kebanyakannya dipelopori oleh syarikat Seagate, Toshiba, dan Western Digital. Pengeluaran bagi cakera keras dijangka mencecah $38 billion pada tahun 2012, dan meningkat dari $32 billion pada tahun 2011 iaitu sebanyak 19%. Cakera keras terdapat dalam dua versi. Yang pertama adalah SATA  dan yang kedua adalah IDE.
    
      ~ HardDisk berfugsi sebagai media penyimpanan data secara kekal.
     ~ Berfugsi menyimpan Operating System (OS)/Windows.
     ~ Menentukan salah satu komponen yang menentukan pekerjaan    
        komputer. Contoh, semakin besar cakera keras, semakin cepat 
        proses pemindahan data berlaku.
     ~ Mengekalkan data di dalam komputer walaupun komputer telah 
        ditutup atau komputer tidak mempunyai kuasa.


3. Random Access Memory (RAM) / Memori.






  • RAM merupakan tempat penyimpanan data sementara tetapi tidak menyamai cakera keras kerana tahap kecekapan data RAM lebih laju berbanding cakera keras. Berlainan dengan cakera keras, simpanan data di dalam RAM tidak kekal dan akan terpadam dengan sendirinya apabila komputer ditutup atau dimatikan. Jumlah simpanan juga kecil iaitu bermula dari MegaByte(Mb) hingga ke Gigabyte(Gb). Tanpa RAM komputer tidak akan mempunyai paparan di skrin komputer. RAM terbahagi kepada beberapa jenis; antaranya ialah EDO-RAM, SD RAM, DDR RAM, RDRAM, SO-DIMM RAM, dan lain-lain lagi. Yang paling terkini digunakan ialah RAM jenis DDR.
     
    ~  Berfungsi sebagai tempat penyimpanan maklumat yang perlu diurus  
        dengan baik.
    ~  Digunakan untuk mempercepatkan proses kerja komputer.
    ~  Berfungsi menjalankan arahan dan data yang diproses oleh processor.

p/s: Antara RAM yang terdapat dipasaran ketika ini seperti kingston, Corsair, SK Hynix, Apacer, dan banyak lagi.


Alhamdulillah, siap bahagian 1 mari kenali perkakasan komputer ni.. Jumpa lagi di bahagian yang ke 2 nanti. Assalamualaikum..





         







Selasa, 19 Mac 2013

Belajar Programming Secara Online

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua Sahabat




Anda semua apa khabar? Diharap sihat-sihat selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin nak kongsi pasal cara belajar programming atau lebih dikenali sebagai belajar coding. Mungkin ada antara pembaca semua yang begitu berminat untuk belajar programming, jadi ada satu laman web yang telah ditubuhkan khusus untuk pembelajaran coding secara online !!.. Bagus kan laman web ni. Jadi, kalau anda semua mahu cuba belajar boleh ke sini :- Codecademy

Sekian sekadar perkongsian untuk kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang
Assalamualaikum

Isnin, 18 Mac 2013

Kenali Diri, Hiasi Peribadi..

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Pada Semua Rakan Yang Baca Entri Ni


Semoga rakan-rakan semua sihat dan berada dalam perlindungan Allah selalu. Untuk entri kali ini, admin tidak menulis berkaitan dengan perisian komputer ataupun komputer. Untuk penulisan harini, admin nak mengajak rakan semua pergi ke satu laman web ni. Laman ini akan menguji mengenai 4 kategori berkenaan dengan diri kita. Kategori soalan yang akan ditanya adalah kesukaan, kecekapan, pekerjaan Dan Penilaian Diri. Anda semua mestilah menjawab semua soalan yang diberi secara jujur dan ikhlas untuk mendapatkan ulasan bagi diri anda. Nama bagi kuiz ini dikenali sebagai profil minat kerjaya TAJMA yang dikendalikan oleh prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


~ Sekian untuk penerangan, mari kenali personaliti diri anda sekarang !
   Klik Di Sini: Ujian Minat Kerjaya

Sabtu, 16 Mac 2013

Malware: Ketahui Penerangan Dan Cara Pembasmiannya.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua Pengunjung Blog Ini..


    Diharap semua pengunjung blog ini sihat dan baik-baik belaka. Seperti yang telah admin janjikan pada entri yang lepas, untuk entri kali ini admin akan menulis penerangan berkaitan Malware serta cara pembasmian dari komputer pengguna. Malware merupakan perisian yang direka khas untuk memasuki sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari pengguna. Malware juga direka untuk mencari kelemahan perisian atau program dan merosakkan perisian serta sistem operasi komputer sekaligus. Contah Malware ialah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit, Rootkit, dan bermacam jenis lagi.

Malware wujud daripada gabungan "Malicius" dan "Software" yang mana Malicius membawa maksud niat jahat, sementara Software pula membawa maksud perisian. Malware dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan dicipta malware adalah untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Malware yang pertama dicipta oleh seorang pelajar Cornell UniversityRobert Morris pada tahun 1998. Tujuan asal beliau adalah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.hypnotized

Dan pada masa ini, Malware diwujudkan hanyalah untuk mencari keuntungan. Bukan itu sahaja, malah ia juga turut digunakan untuk mencuri data, identiti, wang, serta maklumat pengguna. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mengaut keuntungan yang banyak oleh penjenayah siber. Secara puratanya, pengguna tidak sedar akan sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet dan telah digunakan sedikit sebanyak adalah merbahaya kerana teknik penyamaran yang digunakan. Teknik ini telah banyak diguna pakai oleh virus trojan. Teknik yang dikenali sebagai "Rootkits" menawarkan penyembunyian malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang dari dikesan oleh program anti-virus.

Penyebaran Malware masa kini boleh dikatakan lebih banyak berbanding dahulu dengan kewujudan medium laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube, dan sebagainya. Jadi para pengguna diharapkan lebih berhati-hati dalam penggunaan laman sosial ini. Disini saya hendak mengesyorkan satu perisian untuk membuang Malware dari komputer pengguna. InsyaAllah komputer anda akan lebih selamat dengan penggunaan perisian ini. Jika anda mahukan perisian ini, boleh klik DISINI. Anda boleh membeli ataupun muat turun secara percuma.

Sekian sahaja untuk perkongsian ilmu kali ini. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum. wave

 {P/s: Maaf entri kali ini panjang sedikit supaya para pembaca lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan Malware. Diharap anda semua faham mengenai penjelasan yang diberi. Jika ada apa-apa soalan jangan segan untuk bertanya di ruangan komen ataupun di ruangan chat. }



Dipetik & Diolah Dari Laman : Blog Rahman Bashri & Eva Natasha . Ribuan Terima Kasih Diucapkan Kepada Mereka Kerana Sudi Berkongsi Ilmu :D

         

Jumaat, 15 Mac 2013

Bersihkan Laman Web Anda Daripada Malware.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Semua Yang Singgah Baca Entri Blog Ni.....


Anda semua apa khabar? Harap semua di dalam keadaan sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah sehingga ke hariini. Untuk entri kali ini pula, admin nak kongsi pasal cara untuk mengelakkan laman web/blog kita diserang Malware. Mesti ada antara kita yang tidak tahu apa itu malware. Insyaallah, nanti akan admin tulis apakah yang dimaksudkan dengan malware itu. Bak kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan, jadi laman web yang sedang kita uruskan perlu untuk kita memastikan bahawa ianya selamat untuk dikunjungi. Untuk itu, jika anda semua ingin mengetahui bagaimana cara untuk memastikan laman web kita bebas dari malware, anda semua boleh pergi ke laman ini dengan seberapa segera.


Sampai je ke laman web tu masukkan url anda di bahagian SCAN YOUR WEBSITE FOR FREE dan klik SCAN THIS SITE. Tunggu hingga proses mengimbas laman web selesai dan anda boleh mengetahui samaada laman web anda berisiko ataupun tidak. Mudahkan?? 



Sekian sampai disini dahulu coretan admin untuk kali ini. Assalamualaikum ..

Rabu, 13 Mac 2013

Scroll To Top

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua Pembaca ..


Anda semua apa khabar? Diharap semua sihat dan baik-baik belaka. Untuk entri kali ini admin tak tulis apa-apa tentang komputer. Cuma untuk harini admin nak kongsi pasal tip blog sikit. Selalunya bila kita pergi ke laman-laman web ataupun laman blog bila dah skroll ke bawah mesti kekadang tu jadi malas nak skrol ke atas balik kan.. mcm tunggang-langgang je ayat admin ni..Jadi untuk mengelakkan pembaca rasa malas nak skroll naik ke atas balik, kita sebagai tuan punya web/blog hendaklah memasang butang skroll ke atas ke dalam web/blog kita tu. Disini admin ada menyenaraikan beberapa butang skroll ke atas untuk kemudahan pengguna. Jom ke SINI 

Sekian untuk entri kali ni, jumpa lagi di lain masa dan ketika.. Assalamualaikum

{p/s: Maaf entri kali ini admin tak sediakan gambar. Saja nak tulis sikit je pasal tkde idea nak tulis apa.. lagipun harini tarikh smart (130313)}

whew!

Isnin, 11 Mac 2013

Kuatkan Kata Laluan Anda !!

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Semua Pembaca.


Tengok saja kepada tajuk diatas mesti anda terfikir admin akan membuat satu entri berkenaan dengan perisian bukan? Tapi, untuk entri kali ini tiada sebarang perisian diperlukan untuk mengetahui kata laluan yang dicipta benar-benar selamat ataupun tidak. Anda cuma perlu ke laman ini :- Microsoft dan masalah mengenai kata laluan selesai. Sekarang apa tunggu lagi, mari sama-sama kita mengemaskini kata laluan !

Sekian, untuk kali ini. Jumpa lagi di lain masa & kesempatan. Assalamualaikum applause

Sabtu, 9 Mac 2013

23 Cara Ketahui Berat Blog/Web Anda

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Semua Pembaca

 




Anda semua apa khabar? Harap sihat-sihat selalu. Pada entri kali ini pula admin nak kongsi mengenai  23 cara mengetahui berat blog ataupun web yang sedang kita kendalikan. Antara cara-caranya adalah dengan menggunakan :-










10. Yottaa



13. neustar


15. whichloadsfaster.com (Boleh uji dua laman web sekaligus)






21. webwait

22. Zoompf


Alhamdulillah, siap entri untuk kali ini. Semoga berjumpa di lain entri rock on!

Selasa, 5 Mac 2013

Cara memeriksa kelajuan internet anda

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca sekalian ...
(macam nak buat syarahan pulak)
BISMILLAH

Untuk entri kali ini admin nak kongsi sikit je.. macam tajuk di atas, kadang-kadang tentu anda semua rasa bengang kalau laman web yang dilayari menjadi perlahan atau terus jadi hang. Antara contoh laman tersebut adalah Youtube dan lain-lain. Mungkin ini semua terjadi disebabkan talian internet yang kita gunakan. Jadi sebelum anda semua jadi marah tak tentu pasal, jom cuba periksa kelajuan internet anda disini :- TM Speedometer


p/s : TM Speedometer ni sesuai digunakan untuk semua jenis peranti wi-fi termasuklah Broadband. Tekan je pada perkataan Start Speed Test tu, dia akan secara automatik periksa kelajuan internet kita.. Jadi kalau rasa nak bagi internet laju bolehla bertukar kepada yang modem yang mahal sikit.. skull

p/s 2 : Kalau boleh, waktu nak jalankan pemeriksaan internet ni, jangan buka halaman web lain ye, ini untuk melancarkan proses pemeriksaan kelajuan internet..

Sekian sahaja entri untuk kali ini, jumpa di lain masa dan ketika.. Assalamualaikum.


Isnin, 4 Mac 2013

Info Komputer : Cara Untuk Mengelakkan Laman Web Dari Digodam.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera untuk semua pembaca.

BISMILLAH




Untuk entri kali ini, admin ini mengkongsikan tentang cara-cara mengelakkan laman web dari digodam. Sekarang ini banyak berlakunya serangan-serangan web daripada hackers-hackers yang tidak bertanggungjawab dan ingin melihat sesebuah laman web itu menjadi tidak berfungsi dan seterusnya tidak dapat untuk digunakan lagi. Dan untuk itu, diharapkan entri kali ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai cara-cara untuk mengetatkan lagi keselamatan laman-laman web yang telah dibina. Berikut adalah diantara tip-tip untuk mengelakkan laman web dari diserang hackers ni :

Berkenaan dengan keselamatan sesebuah laman web, ada beberapa faktor yang perlu diteliti iaitu seperti yang di bawah :


1. Faktor aplikasi sesebuah laman web itu sendiri, aplikasi pengurusan kandungan atau Content Management System (CMS), penulisan kod, bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data.

2. Faktor aplikasi storan laman web iaitu aplikasi pelayan web itu sendiri dan pelayan DNS yang digunakan.

3. Faktor komputer pelayan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan laman web dan komputer peribadi atau client yang digunakan untuk mencapai 
fungsi pengurusan laman web tersebut.

4. Faktor capaian daripada para pengguna terhadap laman web dan sambungannya.

Seterusnya, panduan keselamatan laman web secara umum sama ada ia bersifat statik, dinamik ataupun aplikasi adalah seperti di bawah ini :-


  • Aplikasi pelayan DNS yang digunakan perlu sentiasa dikemas kini, dikonfigurasikan dengan baik, selamat dan dienkripsi sambungannya. Sila guna aplikasi DNS yang mempunyai fungsi DNS Security Extension (DNSSEC) bagi memberi tahap keselamatan yang tinggi.
  • Sentiasa membuat kemas kini terhadap semua perisian dan perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan dan membangunkan laman web.
  • Penggunaan kata laluan berserta teknik enkripsi yang kuat dan selamat dalam kesemua pengendalian sesebuah  laman web.
  • Pastikan keselamatan penggunaan e-mel pentadbir yang digunakan dalam mengendalikan laman web adalah pada tahap yang tinggi. Jangan dedahkannya kepada umum sekiranya tiada kepentingan.
  • Penggunaan kata laluan yang kuat dan selamat pada pangkalan data yang digunakan. Ramai pengguna membiarkan capaiannya tanpa kata laluan.
  • Elakkan konfigurasi secara lalai atau default pada mana-mana aplikasi yang digunakan terutamanya pada pelayan web, pangkalan data, aplikasi pengurusan kandungan, blog, skrip, dan sebagainya. Konfigurasi kesemuanya dengan selamat.
  • Elakkan penggunaan aplikasi Telnet, aplikasi FTP dan sambungan Wi-Fi untuk mencapai pengurusan laman web secara jarak jauh kerana ianya kurang selamat. Boleh menggunakan aplikasi yang mempunyai fungsi enkripsi seperti Secure FTP (SFTP), VPN dan lain-lain dalam menggunakan aplikasi capaian jarak jauh.
  • Semak kebenaran capaian fail dan direktori agar capaiannya selamat dan terhad oleh pihak yang bertanggungjawab sahaja terutama fail dan direktori yang berada dalam aplikasi pelayan web.
  • Tambahkan skrip robot.txt kepada laman web. Ia adalah skrip arahan untuk laman-laman enjin web carian yang akan mengindeks fail tertentu sahaja bagi sesebuah laman web yang dicari oleh para pengguna.
  • Pastikan komputer pelayan yang digunakan dikonfigurasi pada tahap keselamatan yang tinggi. Sentiasa membuat kemas kini dan penyelengaraan bagi perisian dan sistem pengoperasian yang digunakan secara berkala. Elak larikan komputer pelayan dalam mod penuh pentadbir atau Root
  • Penggunaan perimeter keselamatan pada infrastruktur laman web seperti aplikasi firewall web, IDS, perisian anti-virus dan lain-lain. Konfigurasikan dengan selamat dan sentiasa mengemaskini aplikasi yang digunakan.
  • Sentiasa melakukan pengujian keselamatan bagi laman web dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu seperti PHP Security Scanner, Web Security Testing, XSS String Encoder, SQL Encoder dan lain-lain atau secara manual. Ini juga dikenali sebagai Penetration Testing dan Security Audit. Ia boleh diuji kepada kod sumber, perisian, perkakasan dan capaian yang digunakan untuk sesebuah laman web.
  • Pastikan pengguna yang mencapai laman web dididik dengan cara penggunaan yang berhemah dan selamat seperti sambungan, penggunaan pelayar yang selamat, penggunaan akaun laman web dengan selamat dan lain-lain.
  • Wujudkan polisi keselamatan bagi capaian laman web secara dalaman ataupun secara luaran.
  • Penggunaan keselamatan fizikal yang baik untuk storan laman web seperti keadaan bilik yang kondusif dan selamat, teknik penguncian yang baik dan lain-lain.
  • Wujudkan sistem salinan data untuk kembalikan semula keadaan dan data sesebuah laman web ke bentuk asal sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini dikenali sebagai Business Continuity Plan (BCP).
Alhamdulillah, akhirnya siap sudah perkongsian ilmu untuk cara-cara mengelakkan laman web dari digodam pihak yang tidak bertanggungjawab. Diharapkan entri kali ini bermanfaat bukan sahaja kepada admin malah kepada para pembaca sekalian terutamanya.

Sekian, jumpa lagi di lain waktu... wave
Sumber Olahan : Utusan Malaysia