Sabtu, 9 Februari 2013

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Anti-Virus?







Assalamualaikum W.B.T..



BISMILLAH

Entri kali ini pula admin nak kongsi mengenai pengenalan kepada Anti-Virus. Para pembaca tahu apa maksud anti-virus dan kegunaannya? Kali ni admin akan beritahu apa itu anti-virus dan insyaallah secara terperinci.

- Anti-Virus adalah sebuah program yang dicipta untuk memeriksa semua program yang dimasukkan atau yang diinstall ke dalam komputer untuk mencari program jahat pirate atau lebih dikenali sebagai virus. Perisian anti-virus menjadi tidak berkesan sekiranya anda tidak memperbaharui atau mengupdate sesebuah anti-virus dalam masa 30 hari (Sebulan). Ramai yang tertanya-tanya adakah komputer yang sedang digunakan memerlukan anti-virus dan apakah anti-virus yang paling sesuai untuk komputer mereka. Persoalan ini bergantung kepada sistem operasi yang sedang anda gunakan sekarang. Ini adalah kerana jika anda sedang menggunakan sistem operasi berasaskan windows, ancaman virus ataupun malware menjangkiti komputer anda mungkin besar. Jadi mahu atau tidak pengguna harus menggunakan perisian anti-virus jika tidak mahu komputer mereka rosak dek kerana virus ataupun malware ini. Namun, jika sekarang anda sedang menggunakan sistem operasi dari Linux, Solaris, Mac OS, BSD dan sebagainya, mungkin anda tidak perlu risau kerana banyak sumber yang mengatakan sistem operasi ini susah untuk dijangkiti virus mahupun malware. Tetapi, walaupun begitu pembaca juga hendaklah berhati-hati kerana ada khabar yang juga mengatakan ada virus yang telahpun dicipta khusus untuk pengguna sistem operasi ini. Tetapi, tidaklah sebegitu banyak seperti virus pengguna windows. Bagi yang bertanya dimana untuk mendapatkan anti-virus dan harga yang dikenakan untuk sebuah program anti-virus, berikut adalah jawapannya.

- Terdapat banyak antivirus yang telah dikeluarkan di pasaran ketika ini. Masing-masing mempunyai fungsi dan kebaikan yang tersendiri.Tetapi, dalam proses memilih anti-virus pengguna hendaklah berhati-hati di dalam memilih perisian ini kerana mengikut Google, pada penelitian yang  mereka lakukan sepanjang Januari 2009 hingga Februari 2010, jumlah anti-virus palsu mencapai 15 peratus daripada seluruh malware yang beredar. Jumlah itu, seperti yang dijelaskan oleh Niel Provos dari Google lima kali lebih besar jika dibandingkan saat mereka melakukan penelitian pertama kali. Provos juga menjelaskan perisian anti-virus palsu ini jika diinstall, anti-virus ini susah untuk membuangnya kembali. Jadi pengguna perlu memformat kembali komputer untuk mengembalikan komputer kepada keadaan normal. Dalam penelitian, Google mendapati 240 juta laman web dan lebih dari 11 ribu domain yang terlibat dalam pengedaran perisian anti-virus palsu ini. Dengan itu, para pengguna harus lebih berhati-hati dalam memilih produk perisian anti-virus ini.

Tiada ulasan: