Khamis, 7 Februari 2013

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum W.B.T..

Bismillah





Entri kali ini pula admin nak tulis entry pasal renungan sejenak kehidupan. Masa-masa yang telah berlalu banyak mengajar admin erti hidup. Susah, senang, Pahit, Manis kehidupan. Entri kali ni merupakan satu perkongsian yang admin baca dari sebuah blog yang hebat, InsyaAllah.. Dari entry yang ditulis di dalam blog beliau adalah seperti di bawah ini :-

  1. Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya nanti kita akan lebih mengetahui erti nikmat bersyukur yang sebenar-benarnya dengan nikmat pemberian dari Allah dan juga hikmah yang ada di sebalik pertemuan itu.
  2. Dan apabila satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan terbuka tetapi lazimnya  kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun  dibukakan untuk kita.
  3. Kawan yang paling baik adalah seseorang yang boleh anda duduk bersamanya di dalam buaian dan berbuai bersamanya tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang bersamanya dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah anda alami.
  4. Memang benar kita tidak pernah tahu apa yang telah kita punya sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar yang kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia" datang memberikan seseorang.
  5. Seluruh cinta anda bukanlah suatu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! janganlah mengharapkan cinta sebagai balasan tetapi nantikan sahaja ia mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
  6. Perasaan ini cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk menyintai seseorang akan tetapi ia akan mengambil masa sepanjang hidup untuk kita melupakan seseorang.
  7. Jangan hanya memandang pada paras kecantikan seseorang kerana boleh jadi ianya palsu, jangan mengejar kemewahan kerana ianya akan susut jua.
  8. Carilah seseorang yang akan membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang boleh membuatkan hati anda tersenyum. 
  9. Akan tiba suatu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu pada seseorang dan sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi serta memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tuju dan jadilah apa yang ingin anda jadi kerana anda hanya memiliki satu kehidupan di dunia ini serta satu peluang untuk melakukan segala perkara yang ingin anda lakukan.
  10. Semoga anda memiliki kebahahgiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda rasa nikmat bahagia.
  11. Selalu membayangkan anda berada di dalam kasut seseorang, dan jika anda merasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
  12. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semua yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam arus perjalanan kehidupan mereka.
  13. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
  14. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan penghargaan dan berakhir dengan tangisan.
  15. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak akan boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
  16. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan supaya apabila kelak anda mati nanti, andalah yang tersenyum dan orang yang berada di sekeliling pula yang akan menangis.  Smileys
SEKIAN, SEGALANYA BERMULA DARI HATI.. 
LOVE ALLAH AND RASULULLAH S.A.W
MAAF POST KALI NI TIADA KENA MENGENA DENGAN KOMPUTER




Cetusan Inspirasi dari sebuah blog sahabat: Blog kaki Rembat