Rabu, 27 Februari 2013

Slicepad: Tablet Buatan Malaysia.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua..


BISMILLAH

Untuk entri kali ini pula admin nak kongsikan satu tablet buatan malaysia yang telah beroperasi di kedah
bernama Slicepad ni. Setelah admin teliti ciri-ciri dan fungsi serta keistimewaan tablet ini apa yang admin dapat katakan adalah tablet ini adalah antara tablet yang TERHEBAT !! . Setelah pergi ke beberapa laman web untuk melihat spesifikasi tablet ini, ada yang mengatakan tablet ini setanding dengan gadjet kegilaan ramai sekarang ini iaitu Samsung Galaxy S3 !. Sekarang, jom lihat apa spesifikasi untuk tablet ini :-

Skrin                       : 8'' ultra responsive multi point touch screen.
Resolusi                      : HD 1024 x 768.
Sistem Operasi          : Android 4.1 Jelly Bean.
Processor                   : ARM Cortex A9 Dual Core 1.6 Ghz.
3D Engine                   : Quad Core GPU.
Memori                        : DDR3 1 GB.
Memori Dalaman       :  8 GB.
Memori Luaran          :  - Micro SD Card (Boleh sampai 32 GB).
                                 - Pen Drive ( Juga sampai 32 GB).
USB                             :  USB 2.0 Menyokong Pen Drive.
                                Menyokong Dongle 3G Luaran.
                                Menyokong Kad Rangkaian.
                                Menyokong Papan Kekunci Dan Tetikus.
Bunyi                          : Dibina dengan bunyi dalaman dan bunyi luaran.
                                3.5 mm Untuk Fon Telinga dan pembesar suara 
                                luaran (External Speaker).
G-Sensor                    : Ada.
Kamera                       : Kamera Depan - 1.3 Megapiksel.
                                Kamera Belakang - 2 Megapiksel.
Rangkaian               : Dibina dengan WIFI 802.11 b/g/n.
Rangkaian Lain        : Menyokong Dongle 3G Luaran.
                                Model yang disyorkan : Slicepad 3G Modem / 
                                Huawei E173 / E1552 / Penyambungan wayar LAN   
                                bersama kad rangkaian luaran.
Bluetooth                    : Bluetooth Versi 2.1 + EDR.
Flash ( Lampu Kilat) : Ada.
Rakaman Video HD   : AVI, WMV, MP4, MKV, RMVB, FLV, MOV, 3GP 
                                 sehingga 1080P, WebM VP8.
Bateri                     : 5000mAH (Maksimum 4 jam mainkan video).
Dimensi Tablet         : 203.5mm (Tinggi) x 160mm (Lebar) x 13mm   
                                (Kedalaman).
Aksesori Yang Dibekalkan : Adaptor Pengecas, Fon Kepala Dan Kabel USB.
Harga Pasaran                 : RM 699.


Sedikit penerangan mengenai spesifikasi untuk tablet Slicepad telahpun saya terangkan di atas. Di bawah ini adalah gambar tablet ini.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh ke sini ataupun sini.
Dengar Cerita ada laman web yang sedang membuat peraduan untuk memenangi tablet Slicepad ini. Jadi apalagi, Jom sertai ramai-ramai. Klik www.jayceooi.com untuk menyertai pertandingan ini. Cepat sebelum terlambat :D

Sekian saja untuk entri kali ini. Moga-moga jumpa di lain kali.. Terima kasih sudi membaca.








Isnin, 25 Februari 2013

Pantaskan Penggunaan Google Chrome Anda !!

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera..


BISMILLAH



Anda semua apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Untuk post kali ni admin nak kongsi tips-tips shortcut untuk Google Chrome. Tujuan entri kali ini adalah untuk memudahkan lagi para pengguna pelayar web Google Chrome kerana setelah mengkaji, admin dapati ramai pengguna pelayar web menggunakan perkhidmatan Google Chrome kerana pelayar web ini sangat ringan berbanding yang lain walaupun selalu saja terjadinya Extension Corrupt. Berikut adalah senarai-senarai untuk memantaskan pelayar web Google Chrome :

PINTASAN TAB DAN TETINGKAP .

1. Buka tetingkap baru - Ctrl & N.

2. Buka tab baru - Ctrl & T.

3. Buka tetingkap baru dalam mod samaran - Ctrl & Shift & N.

4. Buka fail di komputer dalam Google Chrome - Ctrl & O, Kemudian pilih   
    fail.

5. Buka pautan di tetingkap baru - Shift & klik pautan.

6. Kembalikan tab ke kedudukan asal -  Tekan ESC sambil mengheret tab.

7. Beralih ke tab yang terakhir - Ctrl & 9.

8. Buka kembali tab terakhir yang anda telah tutup. Google Chrome mampu  
    mengingati sehingga 10 tab terakhir yang pernah anda buka - Ctrl &   
     Shift & T.

9. Beralih ke tab yang seterusnya - Ctrl & Tab / Ctrl & Pagedown.

10. Beralih ke tab sebelumnya - Ctrl & Shift & Tab / Ctrl &  
       PageUp.

11. Besarkan Halaman - Ctrl & + / - ( Untuk Kecilkan Semula ).

CIRI PINTASAN GOOGLE CHROME .

- Membuka menu yang membolehkan anda menyesuaikan dan mengawal   
  tetapan  dalam Google Chrome = Alt & F / Alt & E
- Matikan bookmark bar di dalam dan di luar - Ctrl & Shift & B.
- Buka halaman History - Ctrl & H.
- Buka halaman Download - Ctrl & J.
- Buka Task Manager - Shift & ESC.
- Buka Help Center - F1.
- Buka Kotak Dialog Clear Browsing Data - Ctrl + Shift + Delete.

PINTASAN LAMAN WEB .

  • Cetak halaman terkini - Ctrl & P.
  • Simpan halaman terkini - Ctrl & S.
  • Menghentikan loading halaman semasa - ESC.
  • Buka bar carian - Ctrl & F.
  • Buat Bookmark halaman - Ctrl & D.
  • Buka dan tutup halaman anda dalam mod skrin penuh - F11.
  • Scroll  ke bawah laman web - Space Bar.
Sekian sahaja untuk entri kali ini, diharapkan perkongsian ilmu di atas dapat memudahkan lagi tugasan para penggemar pelayar laman web Google Chrome.

Sekian, Terima Kasih :-D

Ahad, 17 Februari 2013

Review Software : 3 Perisian Percuma Untuk Jurufoto

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera..
BISMILLAH

Para pembaca semua apa khabar? Diharapkan semuanya sihat dan bahagia selalu. Untuk Entri kali ini, Admin akan menulis mengenai 3 perisian PERCUMA kepada jurufoto dan yang sentiasa berminat untuk mengedit foto dan mengubahsuai foto kepada yang lebih baik. Selain dari perisian berbayar photoshop pasti anda semua tercari-cari perisian mengedit foto percuma yang setanding dengan kualiti perisian adobe photoshop itu sendiri bukan? 

Okay, perisian pertama percuma yang admin ingin kongsi di sini adalah perisian GIMP ( GNU Image Manipulation Program ). Perisian ini dikhabarkan mempunyai ciri-ciri mengedit gambar seperti perisian photoshop. Selain itu, dalam perisian ini juga mengandungi filter, kesan khas, layers, dan sebagainya. GIMP juga bukanlah sahaja digunakan sekadar mengedit gambar, anda juga boleh menghasilkan   ilustrasi dan grafik!. Selain windows, Linux dan Mac OS juga boleh menggunakan perisian ini. Boleh muat turun perisian ini disini GIMP

Perisian mengedit gambar percuma yang kedua pula adalah PHOTO POS PRO. Perisian ini dikatakan lebih mudah untuk digunakan berbanding perisian GIMP. Segala alatan untuk penghapus red eye, kawalan warna, kecerahan, serta kontras dapat diedit. Untuk memuat turun perisian ini sila klik PHOTO POS PRO.

Perisian mengedit gambar yang ketiga admin ingin kongsi pula adalah perisian IMAGE RESIZER POWERTOY CLONE FOR WINDOWS. Perisian ini berguna untuk anda mengubah saiz gambar-gambar secara pantas, pukal, dan mudah. Didatangkan dengan 4 saiz iaitu; Small (640 x 480 pixels), Medium (800 x 600 pixels), Large (1024 x 768 pixels), dan Handheld PC (240 x 320 pixels). Perisian ini hanya sesuai untuk kegunaan WINDOWS SAHAJA. Untuk muat turun perisian ini, Klik IMAGE RESIZER POWERTOY CLONE FOR WINDOWS. Sampai di laman itu, klik pada Image Resizer. Kotak download automatik akan muncul.

Screenshot GIMP

Screenshot Photo Pos Pro

Screenshot Image Resizer Powertoy Clone For Windows
Sekian sahaja untuk coretan admin pada kali ini. Insyaallah akan menulis lagi untuk entri yang akan datang.

(p/s: Memang ada diantara perisian Adobe Photoshop yang disediakan sebagai versi percuma tetapi selepas di crack keygennya. Untuk pengetahuan semua pembaca perisian yang dikongsi di blog ini adalah Freeware dan tiada perisian cetak rompak yang akan dikongsi diblog ini)












Jumaat, 15 Februari 2013

Pengembaraan ke angkasa lepas

Assalamualaikum..
BISMILLAH

Harini admin tak cerita pasal komputer tapi nak cerita pasal angkasa lepas. Kenapa admin buat entri pasal angkasa lepas? Jawapannya tadi waktu admin cari pasal maklumat Asteroid 2012 DA14 yang telah dikaji oleh NASA diberitakan akan melalui bumi hari ini dengan sangat hampir dan begitu dekat sehinggakan ianya diberitahu akan berada di dalam orbit satelit cuaca geopegun dan juga satelit komunikasi !.

Gambaran grafik menunjukkan trajektori asteroid 2012 DA14 pada 15 Februari
2013 (Harini). Di dalam imej ini kita dapat melihat ke bawah dari atas kutub utara bumi. Kredit imej: Portal Angkasa Malaysia (Klik imej untuk paparan penuh) .

Dianggarkan oleh portal angkasa malaysia, asteroid itu dijangka berada paling dekat dengan bumi harini adalah pada jam 19:24 UTC (waktu malaysia 3:24 minit pagi - 16 Februari 2013). Dijangka asteroid ini tidak akan melanggar bumi. Jadi, cari punya cari maklumat sampailah terjumpa permainan Misi Ke Angkasa Lepas ni kat laman web angkasa malaysia tu.. Permainan ni best tau. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.. Kalau nak cuba permainan ni pergi ke SINI

Sekian saja coretan untuk kali ini,
Kita jumpa lain kali...

Selasa, 12 Februari 2013

Definisi/Maksud Virus Komputer.

Assalamualaikum
BISMILLAH


Dalam post yang lepas, admin telah menulis entry yang berkaitan dengan maksud perisian anti-virus. Entry kali ini pula, admin akan membincangkan isu mengenai definisi virus komputer.


Entri kali ni pula admin ingin mengetengahkan isu mengenai definisi atau kata lainnya maksud virus komputer. Mungkin entri ini sedikit sebanyak boleh membantu para pelajar baik di sekolah mahupun di universiti sekalipun, Insyaallah entri ini sedikit sebanyak membantu. Baiklah, Virus komputer adalah merupakan nama yang diambil daripada virus biologi, yang merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna itu sendiri. Dalam konteks yang lebih ringkas, virus komputer didefinisikan sebagai satu program parasit yang tertanam di dalam sebuah perisian komputer yang bertujuan merosakkan komputer itu sendiri. Bagaimanapun, perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf (pembaca boleh gunakan khidmat google untuk mencari makna virus ini). Virus hanya akan boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut/disket, cakera padat/VCD, atau pemacu kilat USB/pendrive. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain. 

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras (ni dah tahap gaban ni). Manakala ada juga virus yang direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin dirinya dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui paparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menggunakan ingatan komputer (R.A.M) yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringkali mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Banyak komputer peribadi sekarang dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat (Network) dan dengan itu akan memudahkan lagi penyebaran virus. Virus akan mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem, jaringan sejagat, e-mail serta perkongsian fail untuk merebak dan dengan itu, akan mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. 

Sekian sahaja untuk perkongsian ilmu kali ini. Insyallah akan terus menulis untuk entri yang akan datang.

Sumber Berita : Wikipedia

Sabtu, 9 Februari 2013

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Anti-Virus?







Assalamualaikum W.B.T..



BISMILLAH

Entri kali ini pula admin nak kongsi mengenai pengenalan kepada Anti-Virus. Para pembaca tahu apa maksud anti-virus dan kegunaannya? Kali ni admin akan beritahu apa itu anti-virus dan insyaallah secara terperinci.

- Anti-Virus adalah sebuah program yang dicipta untuk memeriksa semua program yang dimasukkan atau yang diinstall ke dalam komputer untuk mencari program jahat pirate atau lebih dikenali sebagai virus. Perisian anti-virus menjadi tidak berkesan sekiranya anda tidak memperbaharui atau mengupdate sesebuah anti-virus dalam masa 30 hari (Sebulan). Ramai yang tertanya-tanya adakah komputer yang sedang digunakan memerlukan anti-virus dan apakah anti-virus yang paling sesuai untuk komputer mereka. Persoalan ini bergantung kepada sistem operasi yang sedang anda gunakan sekarang. Ini adalah kerana jika anda sedang menggunakan sistem operasi berasaskan windows, ancaman virus ataupun malware menjangkiti komputer anda mungkin besar. Jadi mahu atau tidak pengguna harus menggunakan perisian anti-virus jika tidak mahu komputer mereka rosak dek kerana virus ataupun malware ini. Namun, jika sekarang anda sedang menggunakan sistem operasi dari Linux, Solaris, Mac OS, BSD dan sebagainya, mungkin anda tidak perlu risau kerana banyak sumber yang mengatakan sistem operasi ini susah untuk dijangkiti virus mahupun malware. Tetapi, walaupun begitu pembaca juga hendaklah berhati-hati kerana ada khabar yang juga mengatakan ada virus yang telahpun dicipta khusus untuk pengguna sistem operasi ini. Tetapi, tidaklah sebegitu banyak seperti virus pengguna windows. Bagi yang bertanya dimana untuk mendapatkan anti-virus dan harga yang dikenakan untuk sebuah program anti-virus, berikut adalah jawapannya.

- Terdapat banyak antivirus yang telah dikeluarkan di pasaran ketika ini. Masing-masing mempunyai fungsi dan kebaikan yang tersendiri.Tetapi, dalam proses memilih anti-virus pengguna hendaklah berhati-hati di dalam memilih perisian ini kerana mengikut Google, pada penelitian yang  mereka lakukan sepanjang Januari 2009 hingga Februari 2010, jumlah anti-virus palsu mencapai 15 peratus daripada seluruh malware yang beredar. Jumlah itu, seperti yang dijelaskan oleh Niel Provos dari Google lima kali lebih besar jika dibandingkan saat mereka melakukan penelitian pertama kali. Provos juga menjelaskan perisian anti-virus palsu ini jika diinstall, anti-virus ini susah untuk membuangnya kembali. Jadi pengguna perlu memformat kembali komputer untuk mengembalikan komputer kepada keadaan normal. Dalam penelitian, Google mendapati 240 juta laman web dan lebih dari 11 ribu domain yang terlibat dalam pengedaran perisian anti-virus palsu ini. Dengan itu, para pengguna harus lebih berhati-hati dalam memilih produk perisian anti-virus ini.

Khamis, 7 Februari 2013

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum W.B.T..

Bismillah





Entri kali ini pula admin nak tulis entry pasal renungan sejenak kehidupan. Masa-masa yang telah berlalu banyak mengajar admin erti hidup. Susah, senang, Pahit, Manis kehidupan. Entri kali ni merupakan satu perkongsian yang admin baca dari sebuah blog yang hebat, InsyaAllah.. Dari entry yang ditulis di dalam blog beliau adalah seperti di bawah ini :-

  1. Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya nanti kita akan lebih mengetahui erti nikmat bersyukur yang sebenar-benarnya dengan nikmat pemberian dari Allah dan juga hikmah yang ada di sebalik pertemuan itu.
  2. Dan apabila satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan terbuka tetapi lazimnya  kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun  dibukakan untuk kita.
  3. Kawan yang paling baik adalah seseorang yang boleh anda duduk bersamanya di dalam buaian dan berbuai bersamanya tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang bersamanya dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah anda alami.
  4. Memang benar kita tidak pernah tahu apa yang telah kita punya sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar yang kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia" datang memberikan seseorang.
  5. Seluruh cinta anda bukanlah suatu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! janganlah mengharapkan cinta sebagai balasan tetapi nantikan sahaja ia mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
  6. Perasaan ini cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk menyintai seseorang akan tetapi ia akan mengambil masa sepanjang hidup untuk kita melupakan seseorang.
  7. Jangan hanya memandang pada paras kecantikan seseorang kerana boleh jadi ianya palsu, jangan mengejar kemewahan kerana ianya akan susut jua.
  8. Carilah seseorang yang akan membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang boleh membuatkan hati anda tersenyum. 
  9. Akan tiba suatu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu pada seseorang dan sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi serta memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tuju dan jadilah apa yang ingin anda jadi kerana anda hanya memiliki satu kehidupan di dunia ini serta satu peluang untuk melakukan segala perkara yang ingin anda lakukan.
  10. Semoga anda memiliki kebahahgiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda rasa nikmat bahagia.
  11. Selalu membayangkan anda berada di dalam kasut seseorang, dan jika anda merasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
  12. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semua yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam arus perjalanan kehidupan mereka.
  13. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
  14. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan penghargaan dan berakhir dengan tangisan.
  15. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak akan boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
  16. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan supaya apabila kelak anda mati nanti, andalah yang tersenyum dan orang yang berada di sekeliling pula yang akan menangis.  Smileys
SEKIAN, SEGALANYA BERMULA DARI HATI.. 
LOVE ALLAH AND RASULULLAH S.A.W
MAAF POST KALI NI TIADA KENA MENGENA DENGAN KOMPUTER




Cetusan Inspirasi dari sebuah blog sahabat: Blog kaki Rembat

Sabtu, 2 Februari 2013

Kawal Komputer Dari Jarak Jauh ..

Assalamualaikum W.B.T..
Entri kali ni admin nak cerita pasal satu aplikasi ni pulak. Aplikasi ni boleh kawal komputer dari jarak jauh tau.. Tengok tajuk kat atas pun dah rasa best. Kalau dah guna nanti mesti akan bertambah best lagi.. Chewah...



Ni  Contoh  Gambar TeamViewer  Tu

Nak guna aplikasi ni tak susah, lepas habis download klik saja dan akan keluar satu skrin yang menunjukkan install ataupun run. Klik saja butang install pastu dah boleh terus guna. Mudah kan? Antara ciri-ciri TeamViewer ni adalah seperti berikut :-  

-Boleh mengawal komputer secara online dalam masa 24 jam SEMINGGU.. tudiaa

-Tidak memerlukan proses install pada komputer client. Cuma klik pada butang run. Perisian ini hanya perlu diinstall pada komputer server atau komputer yang nak mengawal komputer yang lain. Maknanya satu komputer server dan satu lagi komputer client.

-Boleh juga digunakan untuk sessi mesyuarat dan perbentangan kertas kerja. (Tapi mesti memerlukan talian internet la..)
-Juga boleh mengakses data dan aplikasi di mana-mana dan juga pada bila-bila masa.
-Aplikasi ni jugak boleh akses fail dari pejabat melalui komputer rumah.Jadi tak payahla nak patah balik ke ofis kalau-kalau terlupa nak salin data ke apa ke...

-Aplikasi ni jugak boleh mengurangkan perbelanjaan untuk pergi berjumpa client di luar atau sebagainya  kerana aplikasi ni percuma, jadi kalau nak berbual dengan pelanggan, pasang camera dan terus boleh berbual.

-Akhir sekali aplikasi ni jugak boleh diakses dari telefon bimbit. Pasang aplikasi ni pada telefon bimbit dan boleh terus digunakan. Sangat-sangat mudah...

Jadi apa tunggu lagi? jomla kita download aplikasi ni ramai-ramai.. Ajak sekampung pun takpa. Hahahaha Loud SmileyKLIK SINI KALAU NAK MUAT TURUN

Sekian, Terima Kasih.
Yang Baik Datang Dari Allah S.W.T Dan Yang Buruk Datang Dari Diri Saya Sendiri.
Wassalam