Isnin, 28 Januari 2013

Bersihkan Registry !!

Assalamualaikum W.B.T..

                                 Bismillahhirrahmannirrahim


Post kali ni Admin nak kongsi satu perisian yang amat berguna untuk membersihkan Registry pada komputer kita. Dengan membuat pembersihan registry, prestasi komputer kita akan berjalan dengan lebih lancar dan lebih laju..Perisian ini dinamakan sebagai CCleaner. Waktu admin belajar dulu pun pensyarah syorkan penggunaan CCleaner ni. Di bawah ini adalah satu contoh screen shot bagi perisian ini..


                                                       

Para pembaca boleh memuat turun perisian PERCUMA ini  DISINI  . (Kalau ada duit lebih, bolehla anda membeli perisian ini)

                             
                                 SEKIAN, TERIMA KASIH :)

Selasa, 22 Januari 2013

Cara Format PC Menggunakan Windows XP.


ASSALAMUALAIKUM


                                  Bismillahhirrahmannirrahim
Entri yang dipaparkan kali ini pula admin ingin berkongsi tentang cara-cara untuk menginstall windows XP. Jadi sebelum pembaca ingin mem"format" komputer, Pembaca hendaklah mem"backup" terlebih dahulu dokumen-dokumen yang penting ke dalam salah satu "partition" yang pembaca inginkan samada pada bahagian c atau d. Untuk langkah yang lebih selamat lagi masukkan maklumat penting tersebut ke dalam hard disk yang berasingan supaya tidak ter"delete" data tersebut..

Mengapa HardDisk Kita Perlu Untuk Di"format" ??

Hard Disk perlu diformat kerana terdapat beberapa sebab, Antaranya :


  1. Anda  Baru Sahaja Membeli Komputer Atau Hard Disk Yang Baru Jadi Pembaca Perlu Memasukkan / Install  OS ke Dalamnya.
  2. Windows Yang Sedang Digunakan Berlaku Masalah Seperti Rosak, Hang, Dijangkiti Virus DSB. Install Kembali Windows Akan Memulihkan Kembali Semua Masalah Yang Berlaku. Tetapi Sebelum  Memutuskan Untuk Format  Komputer, Carilah Jalan Penyelesaian Lain Untuk Mengatasi Semua Masalah Komputer Yang Berlaku.. :D     

Kita mulakan pembelajaran sekarang :-

Tetapkan Dahulu Boot Sequence .

 Setiap komputer mempunyai paparan boot sequence yang berbeza. Namun semua konsepnya adalah sama.Tetapi jangan risau, kerana kebanyakan komputer sudah disetting terlebih dahulu. Jika komputer anda sudah disetting, hanya perlu terus masukkan CD windows untuk memformat Hard Disk saja.


  • Hidupkan komputer.
  • Tekan kekunci  F2 tetapi ada sesetengah komputer yang memerlukan kita untuk menekan kekunci DEL supaya dapat masuk ke BIOS.
  • Dalam proses BIOS, pilih Advanced BIOS Feature. Sila rujuk gambar-gambar di bawah..

Gambar 1

  • Seterusnya Pilih Boot Sequence
Gambar 2

  • Dalam urutan Boot Sequence, pilih CD-ROM untuk berada di 1st Boot Device. (Rujuk Gambar Di Bawah)

Gambar 3




  • Akhir sekali, Tekan kekunci F10 untuk menyimpan setting dan restart kembali komputer.

Format Hard Disk (Untuk semua jenis Windows XP) .

  • Anda akan lihat satu mesej pada skrin "Press any key to boot from CD.._" Tekan mana-mana kekunci supaya komputer mula  membaca dari CD Windows XP.(Lihat gambar di bawah)

Gambar 4
  • Seterusnya biarkan screen hingga menunjukkan mesej ini "Welcome To Setup" dan tekan kekunci Enter.(Rujuk Gambar) 
Gambar 5

  • Jika Hard Disk dapat dibaca oleh komputer, satu mesej persetujuan lesen akan muncul. "Windows XP Licensing Agreement".Tekan kekunci F8 untuk teruskan. (Lihat gambar)


Gambar 6


  • Langkah seterusnya, tekan kekunci ESC untuk meneruskan proses installasi.( Rujuk Gambar)


Gambar 7


  • Sekiranya Hard Disk anda masih baru dan belum mempunyai windows di dalamnya, teruskan dengan menekan kekunci C. Dan jika anda mahu membuat dua partition untuk Hard Disk ini, katakanlah Hard Disk anda mempunyai ruang sebesar 500GB jadi anda perlu membahagikan kepada dua. Sebagai contoh, bahagian C letak 200000MB dan bahagian D letak jumlah yang selebihnya. Pastikan jumlah bahagian D lebih banyak dari bahagian C.

Gambar 8


  • Tapi,jika Hard Disk anda sudah mempunyai Windows, teruskan dengan langkah seperti dalam gambar di bawah.Tekan kekunci D untuk delete bahagian partition C dan seterusnya, tekan kekunci enter. Cara ini untuk membuat satu partition saja,tapi jika anda hendak membuat dua partition, apabila selesai delete bahagian C tadi, tekan kekunci Enter sebanyak dua kali di bahagian D.

Gambar 9

  • Seterusnya, pilih Format the partition using the NTFS file system (Quick). (Ada pendapat yang mengatakan jika format menggunakan sistem fail NTFS, windows tidak mudah diceroboh apabila diletakkan password) .Wallahhua'llam..

Gambar 10

  • Setup telah mula memformat Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses selesai, komputer akan restart dengan sendirinya. (Lihat gambar)

Gambar 11
  • Setelah selesai proses Restart, skrin akan memaparkan paparan seperti berikut. Klik kekunci Next.

Gambar 12
  • Masukkan nama PC anda dan klik Next.
Gambar 13
  • Seterusnya, masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik kekunci Next.
Gambar 14
  • Seterusnya, isikan Computer Name dan  klik saja butang Next (kalau boleh jangan isi di bahagian Administration Password -Ini untuk keselamatan anda).Gambar di bawah adalah sebagai panduan sahaja.. :D
Gambar 15
  • Dalam ruang Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
Gambar 16
  • Seterusnya proses setup bermula dan tunggu hingga selesai.(Rujuk Gambar). 
Gambar 17
  • Jika anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda untuk membuat pilihan Network. Klik butang Next sebanyak  2 kali.(Rujuk Gambar)
Gambar 18
  • Seterusnya tunggu sampai keseluruhan proses siap, dan komputer akan Restart sekali lagi.
  • Setelah Windows selesai proses Restart, Screen Resolution akan diubah mengikut kesesuaian. Klik ok. (Lihat Gambar)

Gambar 19
  • Screen "Welcome To Microsoft Windows" dipaparkan. Klik Next (Rujuk Gambar Di Bawah)

Gambar 20
  • Pilih "Not Right Now" dan tekan Next. (Lihat Gambar)

Gambar 21
  • Seterusnya klik sahaja butang Skip

Gambar 22
  • Pilih "No,not at this time" dan terus tekan butang Next. (Lihat Gambar)

Gambar 23
  • Masukkan nama PC anda dan klik Next. (Lihat Ganbar Di Bawah)

Gambar 24
  • Seterusnya klik butang Finish.

Gambar 25
  • Akhir sekali, Windows XP telah siap diformat dan siap untuk digunakan. (Lihat Gambar)

Gambar 26


Akhirnya, selesai sudah proses format windows xp. Dengan perkongsian ilmu ini sudah dapat menjimatkan wang anda yang harus dilaburkan sebanyak RM 30-RM 45 jika diformat di kedai-kedai komputer.Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah CD Installation Windows xp sahaja.

Tetapi jika anda tidak yakin untuk melakukan proses format ini sendiri saya mengesyorkan anda untuk menghantar komputer anda ke kedai-kedai komputer berhampiran.)

Okla..Bebanyak Terima Kasih Diucapkan Kepada Sembang Komputer Kerana Gambar Dan Maklumat Yang Disediakan.Terima Kasih Sekali Lagi.  :) 



SEKIAN, TERIMA KASIH :)









Selasa, 15 Januari 2013

Cara Pemasangan Bahagian Dalaman Komputer (Sistem Komputer)

Assalamualaikum W.B.T..



               Bismillahhirrahmannirrahim

Pada entri yang lepas admin telah mengupas isu berkenaan dengan komputer. Entri kali ini pula admin akan menunjukkan satu video tutorial mengenai cara pemasangan bahagian dalaman komputer (Sistem Komputer). Selamat menonton :)




Isnin, 7 Januari 2013

Apa Itu Komputer ?

PENGENALAN  

Assalamualaikum semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini serta sudi membaca setiap post yang dicoretkan admin disini.


                           Bismillahirrahmanirrahim

Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.


Unit pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau persekitarannya.

Komputer boleh juga bertindak balas terhadap sampukan yang membuatkan ia melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia sedang buat sebelum sampukan.

Komputer elektronik pertama telah dibangunkan pada pertengahan abad ke-20 (1940-1945). Dengan saiz seumpama sebuah bilik besar, ia memerlukan kuasa yang banyak seumpama beberapa ratus komputer peribadi (PC) moden.

Komputer moden yang berasaskan litar bersepadu adalah berjuta, malah berbilion kali lebih berupaya berbanding komputer-komputer terawal, dan memerlukan ruang yang kecil sahaja. Komputer ringkas adalah cukup kecil untuk dimuatkan dalam peranti mudah alih, dan komputer mudah alih boleh dikuasakan dengan bateri kecil. Komputer peribadi dalam berbagai reka bentuk adalah lambang era maklumat dan apa yang kebanyakan orang anggap sebagai "komputer". Pun begitu, komputer terbenam yang didapati dalam pelbagai alat, daripada pemain MP3 sehinggalah jet pejuang dan daripada permainan sehinggalah robot industri adalah yang paling banyak.


Komputer Riba Pertama Yang Dicipta Pada Tahun 1981, Berat  10.7 kg Dan Berharga  US 1,795


Sumber: Wikipedia.