Selasa, 31 Disember 2013

Memori 2013.


ASSALAMUALAIKUM


Hmphhh... (hembus nafas), sekejap je kan masa berlalu. Besok dah bermula tahun baru 2014. Rasa macam baru saja masuk tahun 2013 ni, dan dalam tahun 2013 ni macam-macam peristiwa dan cerita yang aku alami serta boleh dikatakan banyak yang mengubah aku ke arah yang lebih positif, insyaAllah. 



 Dalam tahun 2013 juga, aku kenal dunia blogger ni walaupun masa mula-mula buat blog, ingat saja nak buat suka2x je rupanya boleh tersangkut dan sebati dalam jiwa pulak. Dan bila aku tulis pasal cerita blog ni, dah setahun rupanya blog aku ni ada. Banyak teman-teman dari sekitar alam maya yang aku kenal. Dan semuanya baik-baik belaka! korang memang sempoilah. Senang cerita, tanpa korang yang masuk blog aku baca entry aku ni, macam aku bancuh air kopi tak letak gula, pahit rasa. Hahah


Tahun ni kalau nak cerita pasal azam tu, aku rasa ada yang separuh la tercapai. Tak banyak, tapi bagi aku cukuplah. Yang sebahagian lagi aku bawak ke tahun depan; 2014. Antara contoh azam yang tercapai, aku dapat beli motosikal, dapat lesen kereta, dapat rasa kerja jadi juruteknik komputer walaupun sekejap, apalagi.. ha, dapat jadi jurujual, dan adalah sikit-sikit pengalaman melalui pekerjaan. Tapi, yang paling syukur dapat hidup lagi sampai harini. Give thnks to Allah. :)



Pengalaman 2013 yang happening sekali, dapat raikan majlis perkahwinan kakak aku bulan 5 lepas. Memang best! dapat berkumpul semua sanak saudara dari jauh dan dekat walaupun dalam masa singkat. Kalau nak tengok pasal tu, boleh baca balik dalam entry yang lepas. 

Dalam tahun 2013, negara kita pun mencatat pelbagai sejarah. Yang aku rasa paling bersejarah, tahun 2013 ni merupakan tahun pilihan raya umum yang berlaku hanya sekali dalam masa 5 tahun. Nak tunggu, 5 tahun lagi pulak lah. Selain tu, kalau macam kejadian menyayat hati tu memang banyak lah yang berlaku. Antara yang paling sadis aku rasa, waktu berita kemalangan di jalan genting highland tu. Fuhh, ngeri..

Selain tu, tahun ni juga aku dapat rasa kerja yang ada shif. Maksud aku, yang memerlukan aku kerja pada waktu malam. Penat tu memanglah ada, tapi macam kata pepatah alah bisa tegal biasa. Lama-lama ok lah.

Apalagi nak tulis ni.., hurmm, sepanjang tahun 2013 ni pun aku rasa adalah tahun last bagi keluarga aku iaitu aku dan adik-beradik aku yang lain tinggal serumah. Pasal lepas kakak aku kahwin, dia terus ikut suami dia ke pahang dan abang aku pulak bulan lepas baru je bertolak ke sabah atas urusan kerja di sana. Tinggallah aku, adik aku serta mak dan abah dalam rumah ni. Tapi, jarak tak bermakna terpisah. Diorang selalu jugak call mak aku kalau tak dapat balik.

Tapi kan, dalam banyak-banyak benda yang jadi dalam tahun 2013 ni, tetap aku akui yang dapat bina satu blog macam sekarang ni adalah hasil yang paling menarik dan terbaik yang pernah aku buat. Dalam blog ni, aku dapat ceritakan semua benda yang aku nak cerita. Nak cerita panjang macam ni dalam facebook nanti orang kata apa pulak kan. Nak tulis diari dalam buku, tak mungkin kot. Pasal aku bukan pretty ugly.

Ok lah, banyak ni saja coretan aku untuk hari terakhir dalam tahun 2013 ni. Harap segala kekurangan dan kesilapan aku mohon korang maafkan ye.. dan malam ni boleh tengok pertunjukan bnga api. Aku kena kerja malam ni pulak dah.. tapi takpe, esok cuti. Yeahoo!!!


Selamat Tahun Baru 2014, Moga segala azam akan tercapai.
Dan harga barang akan turun :p


Rabu, 25 Disember 2013

Info Teknologi Maklumat #10 : 12 Pautan web untuk menukarkan video kepada lagu mp3 dari youtube.



ASSALAMUALAIKUM


  Korang semua apa khabar? harap sihat2x selalu lah ye. Untuk ruang info teknologi maklumat kali ini, aku nak kongsi pasal 12 laman web yang boleh menukarkan video lagu di youtube menjadi lagu mp3 supaya dapat memudahkan lagi proses untuk korang dengar lagu-lagu kegemaran korang tuh.. So, jemputlah klik mana-mana link yang korang rasa sesuai dengan jiwa korang tu, hee. Cara nak tukar video jadi mp3 senang je, cuma perlu salin alamat url lagu di youtube dan paste kan. Kalau tak tau gak, boleh search dalam aku punya entry bahagian tutorial komputer.


http://www.youtube-mp3.org/

http://www.music-clips.net/

http://www.savevideos.net/

http://www.video2mp3.at/

http://www.audiothief.com/id-id/video

http://snipmp3.com/

http://www.video2mp3.net/

http://offliberty.com/

http://ytconv.net/

http://www.flvto.com/

http://www.vidtomp3.com/

http://www.listentoyoutube.com/


Ok, sekian dari aku. Selamat men'try' :p

# Ingatan: Jangan salah guna mana2x link di atas untuk tujuan muat turun kemudian menjual lagu-lagu tersebut (cetak rompak). Gunakan untuk tujuan peribadi sahaja ye!!

Info Teknologi Maklumat #9 : Bisnes Online

Rabu, 11 Disember 2013

Tutorial potong lagu secara online.


ASSALAMUALAIKUM


Tarikh hari ni cantik kan.. 11.12.13. Pasal tu rasa macam nak update satu entry. Zaman sekarang semua serba canggih dan mudah. Tanpa perlu download perisian untuk potong lagu pun, korang boleh potong lagu yang korang suka. Senang kata; segalanya di hujung jari anda.

Dalam entry kali ni, aku update mengenai cara potong lagu melalui online. Pastikan korang ada talian internet untuk melakukan kerja potong lagu ni ye.

Langkah 1 :



Buka laman web cutmp3.net. Selepas itu, korang akan nampak laman utamanya dan klik open MP3.


Langkah 2 :



Selepas korang klik open MP3, tunggu sehingga tetingkap open muncul dan pilih fail lagu yang korang nak potong tu. Pilih satu lagu je tau.


Langkah 3 :



Dah selesai masukkan lagu, paparan akan enjadi seperti di atas. Klik play untuk memainkan lagu sekaligus memastikan lagu yang korang pilih tu adalah lagu yang betul.


Langkah 4 :



Untuk memotong lagu, klik dan seret tanda 3 segi yang di atas butang play tu. Klik hingga bahagian yang korang nak buang tu. Dah selesai, klik butang cut dan save lagu tersebut dalam folder korang. Untuk pastikan bahagian lagu yang korang nak potong tu betul-betul dah dibuang, klik butang play untuk dengar semula. Moga berjaya ye! ;)



- Selesai 4 langkah mudah untuk potong lagu secara online. Mudah kan!!

Ahad, 8 Disember 2013

Tutuplah AuratMu.


Assalamualaikum



- - Lagu parodi baru dari Mr.Bie :) Hayatilah






Aku rayu pada yang maha adil
Aku rayu padamu Ya illahi
Kau bukalah pintu hatinya untuk menutup
Amanahmu, aurat harga dirinya..
Alasan yang seringkali ku dengar
Alasan yang sering kali dia ucap
"Seru Allah belum sampai padaku"
Sandiwara apa yang telah kau lakukan ke tuhanmu?
[Chorus]Tutuplah sayang, auratmu berharga
Biar terjaga, aurat tak terdedah
Bila 'anti' taat pada illahi
Allah redha, setan sakit hati
Andai ini jalan yang engkau mahu
Andai ini jalan yang kau inginkan
Ku doakan semoga nanti kamu
Akan berubah
Sebelum berjumpa
Yang maha satu
[Ulang Chorus]


#Tutuplah auratmu sebelum ia ditutup.

Isnin, 2 Disember 2013

Shif Malam.


ASSALAMUALAIKUM


Tahun ini dan bulan lepas (November) merupakan kali pertama aku harus bekerja waktu malam. Selama ni, aku tak pernah lagi tau kerja shif malam ni. Nak kata teruk tu, taklah sangat aku cuma boleh cakap ok lah.. Hari pertama aku kerja dalam shif ni, dalam jam 12-3 pagi tu ok lagi. Tapi, bila dah masuk dalam pukul 4 pagi tu, mengantuk yang aku rasa memang tahap "LOL" hahaha. Rasa macam nak rabak tahan mengantuk yang singgah kat mata aku aku.

Waktu shif malam rehat aku terbahagi dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama rehat pukul 2.00 sampai 3.00 pagi. Dan untuk kumpulan kedua; rehat pada pukul 3.00 hingga 4.00 pagi. Rehat untuk kumpulan kedua bagi aku ok la pasal sampai pukul 4.00 pagi. Jadi, kemungkinan untuk rasa mengantuk tu tak lah rasa sangat. Macam aku kalau keluar rehat dalam kumpulan satu, sampai je pukul 4.00 pagi memang mengantuk betul. Aku pun tak tau lah kenapa selalu sangat sampai je pukul 4 ke atas rasa mengantuk tu memang auto sampai kat aku. Ishh

Jadi bila dah jadi mengantuk tu, macam-macam cara yang aku buat bagi hilangkan mengantuk ni. Antara yang aku selalu buat ialah basuh muka bila nak tertido. Aku pun tak confirm cara ni ok atau tak, pasal berkesan hilangkan ngantuk dalam 5 minit je lepastu jadi balik. 

Selain tu, aku akan minum bekal air yang aku bawak. Bawak air masak je, tu pun tak hilang jugak rasa mengantuk. Ada cadangan tak camana nak hilangkan mengantuk waktu kerja malam? kalau ada jemput kongsi sikit ye..

Kerja shif malam bagi aku amat best, pasal takda pengawasan yang ketat dan orang pun tak ramai sangat. Tapi, walau kerja malam ni takda pengawasan sangat macam waktu siang, kerja yang dibuat tetap aku lakukan dengan penuh kejujuran. ~terharunyee~

Lagi satu apa yang menarik bagi aku dalam kerja shif malam ni adalah, aku akan rasa macam kerja 2 hari tau. Mana taknya, contoh malam pukul 11 aku masuk, pukul 7 pagi esok baru balik. Ni kalau hujung tahun mesti lagi best, pasal masuk tahun ni balik tahun depan huhu.

Tapi takpe, walau susah dan penat macam mana sekalipun aku mesti tetap perlu kerja dan terus bekerja sebab bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang. Jadi pilihan yang ada dan dibuat, terima segala cabaran dengan hati terbuka dan bersyukur dalam setiap yang diberi.





The End.

Ahad, 24 November 2013

Info Teknologi Maklumat #9 : Bisnes Online


ASSALAMUALAIKUM




  Fuhh!! rasa cepat je masa berlalu, dah hujung bulan. Kesibukan bekerja yang padat telah memaksa aku tak update blog secara kerapnya. Apatah lagi nak blogwalking, lagilah... Tapi aku akan buat semua itu secara perlahan-lahan agar hubungan silaturrahim sesama kita tidak kaku. Jadi harini sempat untuk update, aku up pasal entry yang bertajuk seperti di atas.

Dalam entry ni, aku selitkan seberapa aspek yang dianggap penting yang perlu diambil kira sebelum melakukan bisnes online nih. Pergi ke kedai membeli kobis, sila lah baca sampai habis.


01  Pilih Produk

- Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting. Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa) atau digital (seperti e-book). Malah, anda perlu mengambil berat soal pembekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan.

02 Perancangan

- Anda perlu merancang dari segi kos produk, penghantaran, bil-bil (elektrik dan internet), upah pekerja (jika ada) dan lain-lain. Ini untuk menggelakkan anda dari terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan.

03 Platform Web

- Sebenarnya, platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda atau lebih tepat lagi, kedai dalam talian. Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa, melihat stok, variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang ada. Adakan juga ruangan untuk pelanggan mengisi alamat e-mel (untuk iklan), tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih dari dua klik untuk melihat produk.

04 Cara Bayaran

- Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank. Jika ada bajet lebih, dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian. Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat bayaran terus dan mereka juga lebih percaya.

05 Media Sosial

- Biarpun lebih selesa membuka 'kedai' utama di Facebook, sebenarnya cara ini agak kurang selamat. Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian. Media sosial seperti Facebook dan Twitter, hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda, di samping menjadi ejen penarik pelanggan untuk singgah di 'kedai' anda. 

06 Iklan Promosi

- Anda boleh mengiklan secara kecil-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di 'kedai' anda. Cipta satu berita mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan. Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

07 Cara Bayaran

- Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah intitusi kewangan atau bank, supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit. Selain itu, anda juga boleh menyediakan cara bayaran menerusi akaun PayPal, yang kini sudah ada dan di amalkan di malaysia.


Alhamdulillah, selesai entri pada kali ini. Diharap dapat dijadikan panduan pada semua pembaca dan yang mahu membuat bisnes secara online. Selamat maju jaya !

*Sumber penuh dari Majalah PC november 13.




Isnin, 11 November 2013

Kenapa kita mesti kerja?


ASSALAMUALAIKUM


Bila cerita pasal kerja ni, terus terimbas zaman jadi budak-budak dulu. Dulu, kalau cikgu atau sesiapa pun yang tanya apa cita-cita aku, aku mesti cakap aku nak jadi ahli bomba.


  Well, biasalah kan waktu kecik-kecik.. ramai jgak budak-budak dulu kalau tanya nak jadi apa bila besar nanti, mesti kebanyakannya cakap nak jadi tentera hehe. Sekarang ni mungkin banyak nak jadi artis kot. Bila aku kian meningkat dewasa ni, dan habis belajar semua baru aku nampak apa kemampuan, minat dan kelayakan untuk kerjaya yang bakal aku sertai.

Dalam zaman sekarang ni, ada minat dan kemampuan saja tak cukup. Mesti ada kelayakan juga. Balik pada tajuk entri aku kali ni, kenapa kita mesti bekerja? Banyak jawapan yang boleh dilemparkan dalam ni, antaranya bagi aku lah kan; bekerja ni adalah satu tuntutan yang wajib dilakukan bagi mereka yang ''mampu''.

Maksud mampu di sini, adalah mampu dari segi mental dan fizikal. Ada kemampuan fizikal tapi tiada kemampuan mental tak jadi juga, begitu la sebaliknya. Bayangkan ada tak nampak orang yang ada masalah mental bekerja.. Takde kan, kalau ada mesti lain yang jadi.

Dalam kerja tak boleh nak memilih sangat dah zaman la ni. Ada peluang mesti rebut. Tak kira lah kerja dari golongan bawahan atau atasan, yang penting mesti halal. Kalau yang haram tu, susah lah pasal nak jadi darah daging jugak rezeki tu nanti.

Selain tu, dengan bekerja seseorang tu boleh mengeratkan sekaligus dapat berkawan dengan ramai orang. Dengan bekerja lah kita nak bermasyarakat pun. Kalau di rumah tu tak keluar sosial langsung, waktu kerja ni lah nak kenal dengan orang pun haha. Bagi aku lagi, dengan bekerja juga kita semua dapat rasa bertapa susahnya nak dapat wang.

Mana ada orang yang duduk goyang kaki tapi duit masuk. Kalau dah pencen tu lain lah, keperitan untuk mendapatkan wang lagi akan dirasai bila kita terpaksa membuat dua hinggan tiga kerja dalam satu hari. Allahhuakbar, bersyukur aku dapat hidup dalam negara Malaysia yang penuh dengan sumber ini. Dalam Malaysia ni tak susah nak cari rezeki. Yang rajin akan dapat dan yang malas mesti terlepas.

Kita juga perlukan kerja untuk menampung kehidupan sehari-hari. Kat Malaysia ni kalau rajin lebih mesti tak jadi macam pepatah, kais pagi makan pagi tu. Cuba bayangkan steve jobs dan lain-lain yang telah berjaya dalam bidang mereka juga bekerja sehingga dapat mencipta sesuatu yang memudahkan manusia. Cuba kalau mereka tidak bekerja dulu, pasti sekarang kita masih pakai telefon bimbit 3310.

Kalau difikir dari segi logik, pasti semua orang tidak akan merungut dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang, kerana dengan bekerja akan dapat meningkatkan lagi ingatan, menguatkan otak, dan menyihatkan badan. Cuma bila hendak bekerja, mulakan lah dengan bismillah dan pastikan cukup rehat dari segi mental dan fizikal. Jangan jadi hamba kerja sudah..


Dan bagi aku lagi, apabila sudah mempunyai pekerjaan bersyukurlah selalu dan jangan tinggalkan solat. Kerana dalam solat ada ketenangan. Lebih-lebih lagi pada zaman ni, semua benda bukan macam dulu dia punya harga. Kena ingat, kerja setakat yang mampu jangan sampai jatuh sakit.

Aku rasa cukup sampai sini aku punya karangan heee. Lain kali aku tulis lagi. Pesan aku untuk diri sendiri dan yang membaca, bersyukur dengan pekerjaan yang anda lakukan tidak kira sama ada kerajaan, swasta, atau sendiri. Ingat, kerja untuk hidup bukan sebaliknya.



# Blogging pun kerja juga ye! 


Ahad, 3 November 2013

Cara aku hilangkan bosan.


ASSALAMUALAIKUM


Korang pernah rasa bosan? Mestilah pernah kan.. aku kalau rasa bosan, macam-macam benda yang aku buat nak bagi hilang kebosanan tu. Pasal yang aku tau, rasa bosan ni boleh dihilangkan dan dielakkan, tak macam masalah yang mesti kita selesaikan.

Nak tau cara aku hilangkan bosan? haa... silakan baca



Yang Pertama

-  Selalu bila aku rasa bosan, aku mesti dengar lagu. Tak kira lah lagu apa pun, tapi yang paling aku gemar sudah semestinya lagu nasyid lah. Pasal bagi aku lagu nasyid ni boleh bagi motivasi kat diri aku nih. Selain dengar lagu nasyid, kalau rasa boring lagi aku akan dengar zikir. Hehe, kan dengan berzikir hati akan tenang.

Yang Kedua

- Bila aku bosan, aku akan tonton televisyen. Dan selalunya, aku mesti tengok cerita yang ringan-ringan la macam cerita kartun, lawak, aksi dan lain-lain lagi. Kalau tengok drama rasanya mesti dari bosan tukar ke tension.

Yang ketiga

- Kalau aku bosan, aku akan main game. Semua game pun boleh, nak lagi best game macam angry bird ke, need for speed ke.. Selalunya, game yang ada dalam handpone lah. Pasal malas nak on laptop haha.

Yang Keempat

- Dan... kalau bosan juga, pergi cari laptop, on lepastu log in ke facebook. Kan dalam fb ada ruangan chat, bolehlah aku mesej kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ni. Selain dapat mesej secara percuma, aku jugak dapat baca segala perkembangan yang berlaku dalam negara Malaysia ni.

Yang Kelima

- Bosan lagi, aku pergi cari majalah dan surat khabar. Baca semua jenis maklumat dari muka depan sampai lah habis. Macam dalam surat khabar kat bahagian tengah tu ada silang kata. So, boleh jugak isi masa boring kat situ.

Yang Keenam

- Rasa bosan lagi, aku pergi baca blog. Tak kira lah blog siapa pun, aku akan baca. Pasal ada sesetengah cerita dalam blog ni takde dalam fb. Jadi, boleh lagi tambah pengetahuan. Lepastu follow blog orang yang aku baca tu..

Yang Ketujuh

- Bosan jugak, aku tengok haiwan peliharaan aku. Dalam rumah aku ni aku ada pelihara ikan dengan kucing. Kalau bosan tengok dua ekor ni jelah. Best tau tengok gelagat haiwan-haiwan ni. Lagi best bila makan time huhhu

Yang Kelapan

- Selain benda di atas yang aku buat, kalau bosan aku akan buat aktiviti. Tak kiralah dengan kawan-kawan ataupun sendiri. Kalau sendiri, aku ambik penyapu sapu sampah. Eeeceh, macam rajin pulak kan
(kadang2x la)

Yang Kesembilan

- Bosan ni datang tak kira waktu, kalau bosan waktu petang macam tu senang je. Aku ambik masa tu untuk tidur. Haha, tapi takde lah tidur sampai lewat petang. Memadai dalam 1 jam camtu je. Pasal aku ada dengar kalau tidur sampai lewat petang tak bagus untuk otak.

Yang Kesepuluh

- Bosan lagi?? Aku pergi cari kertas, aku melukis. Pasal melukis ni pun sebahagian dari hobi aku. Apapun gambar yang aku rasakan cantik aku lukis. Baru puas hati heee.


# Semua diatas merupakan cara aku hilangkan rasa bosan. Takde pun sampai nak ambik benda yang bukan-bukan. Yang penting sekali banyakkan ingat pada Allah, automatik hati akan tenang. Yupss



Sabtu, 26 Oktober 2013

Transmisi automatik atau manual ?


ASSALAMUALAIKUM




   Tadi ada terbaca artikel mengenai transmisi automatik atau manual dalam Utusan Malaysia. Rasa tertarik pulak dengan artikel ni, terus aku taip laju-laju dalam entry kali ni. Muehehe

PERNAHKAH anda terfikir sama ada memandu kereta transmisi automatik atau manual, yang manakah lebih mudah dan selesa? Sesetengah pemilik kereta gemarkan kereta transmisi manual, malah ada juga dalam kalangan mereka yang lebih selesa memandu kereta transmisi automatik. Contohnya, memandu kereta transmisi manual memberikan kesukaran kepada pemandu di sekitar bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain yang jalan rayanya sering mengalami kesesakan. Ketika ini, tentu ramai yang akan beralih kepada kereta transmisi automatik kerana ia lebih mudah dikendalikan dan kurang memenatkan kaki.

Memandu kereta transmisi automatik sememangnya berbeza berbanding memandu kereta transmisi manual kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear. Bagi mereka yang telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati agak susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac, kereta transmisi automatik adalah pilihannya. 

Bagaimanapun, operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza berbanding transmisi manual. Anda seharusnya tahu cara pengendaliannya sebelum bertukar daripada transmisi manual kepada pemanduan transmisi automatik.

Bagaimana mempelajari teknik pemanduan kereta transmisi automatik :

  1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
  2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.
  3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukar gear dan lain-lain lagi.
  4. Duduk di sebelah guru memandu dan dengar penerangannya dengan jelas.
  5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kereta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
  6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal, kaki kiri rehatkan di lantai.
  7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai lima gear dan gear 'R'. Transmisi automatik mempunyai beberapa pilihan iaitu 'P' untuk parkir, 'R' untuk gear undur, 'D' untuk memandu dan 'N' untuk neutral (digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
  8. Periksa kedudukan gear berada pada 'P'.
  9. Hidupkan enjin.
  10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
  11. Gerakkan gear daripada kedudukan 'P' ke kedudukan 'D'.
  12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.
  13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
  14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
  15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan. Gerakkan gear daripada 'D' ke '3', '2', atau 'L' untuk mengawal kelajuan (tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, memotong, kesesakan lalu lintas atau hujan. Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke 'D'. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
 
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan neutral 'N' sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan neutral. Memandu kereta transmisi automatik memberikan banyak masa untuk anda memerhatikan keadaan sekeliling jalan dan sebarang bahaya yang mungkin berlaku.


Teknik-teknik pemanduan kereta transmisi manual :

  1. Terdapat tiga pedal pada kereta transmisi manual. Pedalnya ialah (dari kiri) klac, brek dan minyak.
  2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga 'H', gear satu, tiga dan lima berada di atas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis 'H' ialah neutral.
  3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
  4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
  5. Hidupkan enjin.
  6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
  7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
  8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
  9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3,000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.
  11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan sambil menekan pedal minyak.
  12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3,000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan dan selamat.
  13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan. Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah, lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.
  14. Berhentikan kereta anda dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.
  15. Gunakan langkah yang sama seperti di atas untuk mengundurkan kereta.

  Sama ada menggunakan transmisi manual atau automatik, anda masih perlu mempelajari teknik-teknik pemanduan yang berhemah, berwaspada dengan sebarang mungkin halangan di sekeliling dan peka terhadap papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.


Sekian

# Sumber penuh dari akhbar Utusan Malaysia ruangan iklan.


Sabtu, 19 Oktober 2013

Menghafal..


ASSALAMUALAIKUM


Baru-baru ni depatrment tempat aku kerja ni ada buat exam, pasal nak keja dalam bahagian ni mesti kena lalui exam ni dulu. Dan masalahnya, exam ni merupakan peperiksaan pengetahuan atau senang cerita yang memerlukan aku menghafal. Bab menghafal ni memang aku tak berapa berkenan tapi terpaksalah juga kan..

Hehe, memang jelas menunjukkan aku ni jenis tak suka nak menghafal. Ish,ish.. pasal tu lah kot aku tak pilih kerjaya jadi pelakon. Kalau lah aku jadi pelakon, mesti banyak scene kena bikin balik hahaha. Dari kecik lagi aku memang gini, aku ingat lagi waktu nak exam biasa-biasa, macam exam pertengahan tahun waktu sekolah dulu, bukan main susah lagi nak ingat perkara-perkara dalam buku teks tu. 

Kalau macam matematik tu kira ok lagi pasal tak perlu nak hafal apa-apa, tapi tak pernah nak dapat 100 peratus pun. Gagal pun banyak kali jugak. Habis, apa nak buat waktu sekolah dulu aku rasa pelajaran matematik ni macam tak boleh blah la, seronok tengok kawan-kawan aku yang asyik dapat A je dalam mata pelajaran ni. Tapi aku, cukup makan je la.

Balik pada bab menghafal tadi, pernah jugak la waktu aku tengah dok syok menghafal tu, tetiba fikiran melayang terigat cerita power rangers pulak dah. Tudia, pengaruh cerita tu punya la kuat sampai terngiang-ngiang dalam otak Wkwkwkwk. Tu waktu aku budak-budak dulu lah, waktu la, takdak dah haih nak tengok cerita power rangers ni. La ni dok melayan cerita ombak rindu ja. Tetiba tulis bahasa utara..

Sebab tu jugak lah aku suka melukis dengan menulis. Pasal kedua-duanya tidak memerlukan proses penghafalan. Dan kedua-dua benda ni perlukan kreativiti pula. Mungkin juga sebab aku ni kidal; yang mana menulis guna tangan kiri. Orang kata manusia yang "kidal" ni suka bab-bab kreatif. Entah la...









Tapi dalam tak suka menghafal ni, sebenarnya ada kebaikan juga. Antaranya, kita dapat memahami sekaligus dapat menajamkan akal fikiran dengan membaca perkataan yang perlu dihafal berulang kali. Selain itu, dengan menghafal kita dapat tahu setakat mana kebolehan kita dalam mengingati sesuatu perkara.

Bawah ni, aku senaraikan sedikit tips atau cara menghafal yang berkesan. (Mungkin laa)


  1. Kalau nak menghafal sesuatu, jangan baca dalam keadaan baring, duduk dan teruskan pembacaan dan penghafalan sehingga habis. Kalau dalam keadaan baring, confirm dalam masa 3 minit korang dah lena.
  2. Baca petikan yang perlu dihafal sebanyak kali yang korang boleh. Baca lah dalam 4 kali macam tu, dan korang akan dapati petikan yang perlu dihafal tu, dah boleh melekat dalam minda.
  3. Sebelum memulakan proses menghafal, baik pergi mandi dan pakai minyak wangi. Dengan cara ni, secara tak langsung semangat dan aura luar biasa untuk menghafal akan datang hehe.
  4. Jangan hafal benda sambil tengok t.v atau sambil tengok f.b. Nanti benda lain pulak yang korang hafal. Tapi, setahu aku ada juga orang yang boleh menghafal bahan bacaan sambil mendengar muzik. Tak mustahil tu, ikut keselesaan masing-masing lah.
  5. Makan makanan yang boleh menajamkan minda. Contoh; kismis, madu, kacang cerdik, dan sebagainya.
  6. Mulakan hafalan dengan doa dan lafaz BISMILLAH.
  7. Jangan paksa diri kalau dah tk boleh nak menghafal. Kalau dah sampai pukul 2,3 pagi korang masih lagi membaca, tapi mata dah mengantuk sangat tu tidur la dulu. Sambung balik kalau sempat.
  8. Ikut mood. Eh, menghafal ni pun kena ikut mood juga tau. Kalau tengah stress pun korang cuba menghafal, aku confirm memang tak masuk pun benda yang korang baca tu.
  9. Cari keadaan sekeliling yang tenang dan selesa untuk memulakan pembacaan. Kalau tengah shopping kompleks tu nak baca sambil menghafal, lupakan je lah. Update blog boleh la.
  10. Kalau nak menghafal tu, tak payah la fikirkan benda lain. Contohnya, sambil nak membaca korang teringat pasal drama kampung girl ke, filem kl gangster ke, memang tak jadi la proses menghafal kalau gituw~~

Oklah, Sekian.

#Selamat menghafal



Ahad, 13 Oktober 2013

Info Teknologi Maklumat #8 : Tips kesejahteraan komputer


ASSALAMUALAIKUM


Pejam celik, pejam celik sekejap je kan masa berlalu. Lusa dah nak menyambut raya aidiladha/haji. Jadi kepada yang mula bertolak pulang ke kampung tu, pandu elok-elok dan banyakkan bersabar sepanjang perjalanan. Kalau boleh cegah kemalangan dari berlaku.

Untuk entry hari ni pula, aku nak tulis dan kongsi mengenai cara yang disarankan agar komputer yang kita gunakan boleh bertahan lama. Tak lah sekejap je guna dah rosak, bukan murah nak dapat benda ni.. jadi, hargailah ia tak kira la, orang hadiah atau beli sendiri. Nilainya tetap sama ok.


Nombor Satu

Gunakan komputer anda secara berkala atau berjadual.

- Yang ni untuk korang yang rajin nak buat jadual la. Untuk yang malas, tak payah ikut hoho.. Gunakan komputer secara berjadual dapat menjimatkan bil elektrik yang semakin meningkat dewasa ini heee. Selain tu, takde lah korang nak menghadap je benda alah ni 24 jam, tak penat ke?? Contoh jadual yang boleh dibuat, gunakan komputer hanya selama setengah jam, rehat dalam 5 jam macam tu, lepastu sambung balik atau gunakan hanya pada hari tertentu sahaja.

Nombor Dua

Caj bateri laptop anda hanya pabila ianya sudah kehabisan bateri.

- Jangan bateri masih tinggal 40 peratus, korang dah cas balik. Boleh rosak tau bateri kalau buat macam ini. Dan bila dah habis bateri tu dan nak cas semula, tunggulah hingga penuh bateri laptop anda baru gunakan. Jangan gunakan laptop waktu sedang dicas, kalau buat macam tu, dalam 2-3 kali dah boleh rosak bateri korang. Nak ganti pun mahal gak bateri laptop ni. Bukan macam harga bateri telefon bimbit.

Nombor Tiga

Jarakkan kedudukan anda dari komputer atau laptop.

- Perkara ni penting. Sama lah macam tengok televisyen pun. Korang disaran menjarakkan pandangan dari komputer dalam jarak 40-70 cm. Selalu aku tengok kalau budak-budak yang main game kat komputer Cyber Cafe tu, macam dah nak masuk dalam komputer tu dah jarak dia.. Dah kenapa kan. Tengok gambar bawah ni, macam ni lah cara jarakkan diri dengan komputer.


Nombor Empat

Jangan gunakan komputer/laptop semasa cuaca tidak baik.

- Maksud di sini, kalau kat luar tu cuaca hujan punyalah lebat sambil guruh berdentum, janganlah dok main lagi dengan laptop tu. Tutup sekejap la sampai cuaca beransur baik. Banyak dah kes yang berlaku yang menyebabkan komputer/laptop rosak. Dan bila ditanya, kata kena kilat. Karlau dah rosak kena kilat tu, pergi beli laptop lain lah.. Kalau nak repair pun, mahal juga.

Nombor Lima

Gunakan komputer di tempat yang terbuka.

- Kenapa aku tulis macam ni? Pasal kalau korang gunakan komputer di tempat sempit atau gelap, habuk mudah masuk ke dalam bahagian komputer. Habuk pun boleh sebabkan kerosakan komputer/laptop jugak. Lagi satu, jangan gunakan laptop atas katil atau atas riba korang. Tau lah nama yang disebut komputer riba, tapi, kalau korang buat macam tu haba akan terperangkap dalam laptop korang dan akan sebabkan kepanasan pada laptop korang.

Nombor Enam

Layari laman web yang berfaedah atau berguna.

- Dah ada komputer dan ada internet, baru syok kan. Suka, suka juga, tapi jangan lah bila ada internet tu tengok benda yang mengarut. Contoh laman web mengarut, tak payah cakap la, korang pun tentu dah sedia maklum kan. Susah sangat, tengok je blog aku ni. 24 jam pun tak pe, aku tak marah punya. Hehe.

Nombor Tujuh

Gunakan kipas tambahan pada laptop.

- Kipas tambahan yang aku maksudkan adalah kipas yang berada di bawah laptop tu. Bukan stand fan tu ye. Hahaha.Tak mahal pun cooler fan ni, dalam RM 30 macam tu dah boleh dapat. Dengan gunakan kipas ni, laptop korang pun sejuk, dalam kata lain dapat mengeluarkan haba dengan lebih cepat dan berkesan.

Nombor Lapan

Shutdown (tutup) komputer/laptop dengan cara betul.

- Jangan main tekan je butang off tu lama-lama kalau lambat proses shutdown tu. Kalau sekali korang buat macam ni, takpe kalau berkali-kali,jawapnya memang rosak terus la komputer korang tuh. Kalau lambat proses shutdown tu mesti ada yang tidak kena dengan komputer korang tu. So, aku sarankan korang bawak je pergi kedai komputer. Suruh juruteknik kat situ tolong tengokkan.

Nombor Sembilan

Jauhkan makanan dan minuman dari persekitaran laptop.

- Begitu juga dengan komputer korang. Nak minum atau makan kat dapur, kalau nak berhadapan dengan komputer jangan makan atau minum. Nanti tak pasal-pasal penuh semut masuk dalam laptop korang tu. Kalau tengok T.V tu sambil nak makan tak pe la.

Nombor Sepuluh

Scan pendrive sebelum digunakan pada komputer.

- Dengan cara ini, akan dapat mengelakkan komputer korang dari dimasuki virus jahat dan seangkatan dengannya. Bahaya tu kalau virus dah membiak dalam komputer ni. Kalau bolehlah, scan la terlebih dulu pendrive tu sebelum diguna. Selalu tak ambil masa yang lama pun, kecuali kalau dalam pendrive tu ada macam-macam fail dengan saiz yang besar. Tu aku tak boleh kata apa la kan...


Sekian untuk 10 tips ni.. harap dapat jadikan panduan buat semua :)


#Salam Aidiladha, semoga semua pengorbanan yang dibuat berbaloi dan mendapat ganjaran yang diberkati.


Sabtu, 12 Oktober 2013

Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff


ASSALAMUALAIKUM

KLIK BANNER


RULES & REGULATIONS

1)Pastikan korang buat aku post bertajuk "Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff"
2)Copy gambar kat atas dan backlink pada post ini.Pastikan backlink okay.
3)Follow blog IKHWAN YUSUFF FATIN WAWA.Compulsory to all of you.
4)Add google+ IKHWAN YUSUFF & FATIN WAWA
5)Giveaway akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 25 orang.

Seramai 10 orang pemenang dicari.Pemenang akan ditentukan sendiri oleh penganjur.
Key chain datang dari Terengganu,Perak dan Melaka.
Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Selasa, 8 Oktober 2013

Tutorial menukar saiz gambar secara offline


ASSALAMUALAIKUM

Saya pasti sudah tentu ada antara blogger-blogger di luar sana yang bila mana mahu kongsikan gambar-gambar melancong dan sebagainya ke blog melalui smartphone, tidak tahu cara mengecilkan gambar tersebut bukan.. Kecilkan gambar sebelum memuat naik ke ruangan entry amat penting sebab jikalau tidak berbuat sedemikian, pasti masa yang diambil untuk memuatkan sesebuah blog mengambil masa yang agak lama. 

So, harini saya akan kongsi cara mengecilkan gambar tanpa menggunakan apa-apa perisian. Kalau korang ada cara lain dan rasa cara tu lebih baik, teruskanlah. Entry ini buat sesiapa yang masih belum tahu dan masih mencari cara yang mudah dan pantas untuk mengubah saiz gambar supaya gambar yang bakal diletakkan di blog tidak mempengaruhi kadar kelajuan masuk ke blog engkorang.




Okay, pertama sekali, sudah pasti korang mesti pilih gambar yang korang nak kecilkan untuk di masukkan ke dalam blog. Teruskan ke langkah 2.



Pada langkah kedua ini, klik kanan pada tetikus anda dan pilih Open With - Microsoft Office Picture Manager. Terus ke langkah 3.



Dan di langkah ketiga ini, klik File, serta pilih Export. Satu ruangan akan muncul di sebelah kanan paparan komputer anda. Terus ke langkah 4.



Langkah terakhir, buangkan tanda pada Original file names dan namakan dengan nama yang lain. Kalau tak nak ubah nama gambar pun ok jugak. Lepastu, klik pada Export using this size dan pilih Document - Large (1024 x 768 px) , tekan Ok. Dah siap. tak percaya? Cuba korang tengok balik saiz gambar asal dengan gambar yang sebelum. Ada perbezaan tak. 


Harap tutorial ini membantu semua. Sekian, Terima Kasih.  :)










Jumaat, 4 Oktober 2013

Habis Orientasi.


ASSALAMUALAIKUM





Alhamdulillah, habis sudah minggu orientasi yang berlangsung selama 4 hari bermula hari selasa yang lepas. Aku bukan habis orientasi untuk belajar, tapi untuk kerja. Tudiaa.. untuk kerja pun kena orientasi jugak la ni. Syukur sebab aku terpilih untuk berkerja di Toyo Tires Malaysia (TTM) yang berlokasi di kamunting, perak ni. Kerja baru la pulak...

Bukan sesaja aku nak main tukar-tukar kerja ni, tapi dah dapat peluang kerja di syarikat antarabangsa ni takkan nak lepaskan pulak kan. No way, at least i must try it first.. Banyak pengalaman dan ilmu yang boleh "ditimba" dalam syarikat Toyo Tires nih. Aku takkan lepaskan peluang ni macam tu je....

Kebiasaan, orientasi ni dibuat selama 5 hari dari isnin hingga jumaat, tapi disebabkan isnin lalu masih dalam bulan sembilan, so mula hari selasa lah. Dan untuk pengetahuan, untuk berkerja di Toyo Tires ni; mereka memerlukan pekerja yang mempunyai pendidikan dari sijil kemahiran malaysia hinggalah ke ijazah dan ke atas. Makna, syarikat ni perlukan tenaga kerja mahir. Maklum lah syarikat ni syarikat dari usahawan jepun.

Dalam 4 hari orientasi, macam-macam jugak yang aku peroleh. Antaranya, pengetahuan mengenai kepentingan safety, mengenai amalan 5S dan pelbagai lagi. Yang paling penting, setiap kelas yang diadakan penuh isi kandungan yang mantap dan paling penting tak membosankan.

Yang best jugak tapi mencabar antaranya adalah kami semua perlu buat senaman yang dinamakan senaman taisho yang diasaskan oleh warga jepun. Susah juga lah nak hafal senaman ni. Habis sakit-sakit sendi hilang tau kalau buat senaman ni.. Hahaa   kalau nak tengok boleh ke sini :- Taisho Exercise 
Nak tau maklumat lanjut lihat sini pula :- MORNING RADIO WORKOUT



Lepas ni bermula lah cabaran baru bagi kerjaya yang baru bagi aku. Harapan, seperti biasa agar ditabahkan hati dan dikuatkan diri serta minda untuk terus bertahan dalam syarikat Toyo Tires Malaysia yang penuh dengan cabaran dan dugaan kerja yang mungkin sangat mencabar,  cewwwahhh...

Ok, sampai sini coret kali ini, sampai jumpa lagi lain waktu. Adios.!

The Friends

#Masalah tidak penting, yang penting cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Isnin, 30 September 2013

Ke Cameron Highlands .


ASSALAMUALAIKUM


Hari ahad yang lepas, aku dan keluarga sempat pergi ke cameron highland. Sebenaqnya, kami semua pergi ke pahang sebelum tu untuk urusan perkahwinan sepupu aku. Hari ahad tu balik dah alang-alang lalu ikut jalan cameron tu, singgah terus je lah..


Untuk kali ni, merupakan kali ke-3 aku datang ke cameron highland ni. Seronok tau tempat ni. Bak kata iklan astro yang lama tu; macam-macam ada. Aku sampai waktu tu dah petang dah. Dalam pukul 4.30 petang. Waktu tu, rasa sejuk tempat ni tak berapa nak rasa, mungkin pasal dah lewat petang. Tapi, waktu aku bermalam kat sini, dalam waktu jam 1-2 pagi macam tu, memang sejuk giler.


Cameron highland ni walaupun nampak kecil, tapi luas sebenarnya kawasan dia. Waktu aku datang tu pun masih nampak lagi banyak jalan-jalan baru yang dibina. Siap ada terowong lagi.. Dan, ramai yang kata jalan ke cameron ni bahaya, bagi aku ada betul jugak la pasal jalan di situ berliku-liku macam ular yang dipalu hehehe.



Dari awal sampai di cameron ni memang banyak gerai jualan, tapi kalau boleh jangan berhenti dulu pasal lagi korang ke atas, lagi banyak gerai yang ada. Keluarga aku pilih untuk berhenti membeli-belah di brinchang. Di situ lagi banyak barang yang dijual baik cenderahati mahupun makanan. Boleh tahan murah-murah jugalah harga barang jualan di situ.




Siap boleh tawar-menawar lagi tau. Kalau nak lagi best, pergilah waktu ada pasar malam atau pasar sehari di brinchang ni. Di pasar ni, baju-baju memang murah betul. Dalam RM 20 dah boleh dapat. Pasar ni selalunya dibuka hari sabtu sampai pagi ahad. Datang ke cameron ni kalau tak membeli memang tak sah kan...


Buah strawberi memang sinonim dengan cameron highlands

Dan bila dah selesai dan puas membeli-belah kat sini, tiba masa untuk pulang. Haishh, memang rasa tak puas dan nak singgah lagi kat cameron ni kalau boleh. InsyaAllah, kalau ada peluang juga rezeki sampailah ke sini lagi. 

To Mannapsida, cameron highlands!!




# Semua gambar di atas diambil menggunakan peranti Samsung Galaxy Mini 2.



Jumaat, 27 September 2013

Ice Blended ..


ASSALAMUALAIKUM


Ice blended atau dalam bahasa melayu yang diterjemah google dipanggil; ais dicampur. Ye, aku mengaku memang aku suka atau lebih tepat, gilakan ice blended nih. Aku mula kenal dengan minuman ni pun waktu tahun 2010 camtu padahal dah lama dah ice blended ni ada di malaysia.

Aku suka minum ice blended ni bukan pasal kemanisan mahupun rasa yg sedap, tapi pasal bila "pekena" ice blended ni, aku dapat 2 benda. Pertama, aku dapat makan ice blended dan kedua aku dapat minum ice blended. Sebab tu sampai sekarang ni aku masih lagi mushkil apa ye orang panggil untuk menikmati ice blended ni?/ minum or makan..

Sedar atau tidak, ice blended sebenarnya dah ada dari zaman nenek moyang lagi. Waktu tu, dipanggil ais kepal. Ais kepal ni mak aku kata, diorang akan letak dalam daun keladi dan dicampur dengan sirap. Waktu sekolah rendah dulu pernah gak rasa ais kepal ni, cuma letak dalam plastik bukan dalam daun lagi. Selepas evolusi ais kepal berlalu, muncul pulak ais kacang.


Ais kacang ni boleh dikatakan famous dari dulu sampaila sekarang ni. Masih wujud. Dan diharap takkan hilang sampai bila-bila. Cuma, orang sekarang lebih kreatif, dengan campuran bahan-bahan seperti kacang merah, susu pekat, jagung, apalagi yg boleh dicampur semuanya akan dicampur asal boleh dimakan. Yang terbaru ni ada campuran bersama appolo lagi tu. Bukan appolo roket tu, ni appolo panjang tu. Siap ada buah tembikai lagi dalam tu. Kalau korang nak rasa boleh la datang ke taiping di gerai sebelah bomba tuh. Aku dah 3 kali pergi makan kat situ. Memang sedap.

Sewaktu ais kacang semakin mendapat tempat, timbul pula ais cendol atau panggilan pendek cendol. Cendol ni pun boleh tahan jugak rasa dia. Waktu aku budak-budak dulu tak berapa nak suka sangat dengan cendol ni pasal kalau makan banyak kali boleh jadi loya atau nak muntah. Pasai apa? pasai kan cendol ni kebanyakan dicampur dengan santan, tu pasal lah. Lagi satu, benda hijau yang diletakkan sekali dalam cendol tu membuatkan tekak aku tak berapa nak boleh terima la. Hahaa.. Tapi, sekarang ni pantang jumpa todiaa.. pulun 


Cendol pulut belum pernah cuba lagi. Ada sesiapa nak belanja?? Lagi satu, kalau pergi je ke pasaraya tesco di taiping tu, mesti aku berenti kejap kat gerai COOL BLOG. Haa,, yang ni memang sedap giler. Sambil telan air liur aku tulis entry ni tau. 


Pelbagai rasa yang ditawarkan oleh pihak cool blog ni. Harga pun ok bagi aku. Takla mahal mana kalau sekali-sekala nak rasa. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke facebook diorang ni :- FB COOL BLOG MALAYSIA

Semua minuman di atas ni merupakan minuman kegemaran aku dikala stress dengan dunia ni. Hehee, ayat.. Tapi, ingat!! sedap-sedap jugak, kesihatan harus diutama. Jangan minum atau makan benda manis banyak sangat, nanti dapat penyakit kencing manis. Penyakit ni sukar nak kawal tau.

-Terima kasih lah sudi baca entry aku kali ni-

#Sampai jumpa lagi :) Bye2x

  

Isnin, 23 September 2013

Susah memilih kata laluan?? Ini penyelesaiannya..


ASSALAMUALAIKUM


Lama rasa tak menulis dalam blog ni. Dah 3 hari aku biar blog ni tak berentry. Bukan saja-saja, aku pergi ke pahang hari jumaat lepas sampai hari ahad semalam. Pergi kenduri kahwin sedara, sekali-sekala terus cuti-cuti malaysia apa salah kan..

Ingat nak tulis gak la pasal percutian ke pahang tu dalam ni. Tapi, takpe pasal harini, malam ni nak cerita pasal kata laluan. Rata-rata mesti dah maklum apa tu password kan. Jadi,, tak payah cerita panjang aku cuma nak bagitau dalam entry ni yang ada 1 laman web khas dibina dari cybersafe untuk mereka yang tak tahu password yang sedang digunakan selamat atau tidak.

Mudah je nak tahu, dalam masa tak sampai 1 minit dah boleh tahu password yang korang guna sekarang ni selamat atau sebaliknya.


Jom pakat mai sini :- PASSWORD METER

Rabu, 18 September 2013

Belajar bahasa arab kejap.


ASSALAMUALAIKUM


Boring-boring ni, cuba belajar bahasa arab sekejap lah. Dulu masa sekolah fardhu ain, rasa macam tak best, tapi sekarang ni belajar balik best rupanya bahasa arab nih. Di bawah ni contoh-contoh pertuturan harian dalam bahasa arab :-


1. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Assalamualaikum (Sejahtera ke atas anda)


2. اَهْلاً وَسَهْلاً

Ahlan Wa Sahlan (Selamat datang)


3. أهْلاًً بِيْك

Ahlan Bik (Selamat datang buat kamu/anda)


4. بِكُلِّ سُّرُور

Bikullis Surur (Dengan suka cita)


5. أنْتَ كَيْفَ حَالُك؟

Anta, Khaifahaluk? (Awak apa khabar?)


6. طَيْب، شُكْراً

Toyyib, Syukran (Baik, Terima kasih)



7. صَبَاحُ الْخَيْر

Sobahul Khair (Selamat pagi)


8. كَيْفَ اصْبَحْتُمْ؟

Kaifa Asbahtum? (Bagaimana keadaan awak pagi ini?)


9. مَسَاءُ الْخَيْر

Masa Ul Khair (Selamat petang)


10. كَيْفَ أمْسَيْتُم؟

Khaifa Amsaitum? (Bagaimana keadaan awak pada petang ini?)


11. تُصْبِحُ الخَيْر

Tusbihu 'Alal Khair (Selamat malam)


12. تَفَضَّل

Tafaddalu (Silakan semua)


13. من أين جئت؟

Min Aina Jik Ta? (Dari mana awak datang?)


14. مِنْ اَيْنَ اَنْتَ

Min Aina Anta? (Awak dari mana?)


15. اُدْخُلْ يَا أَخِيْ 


Ya Akhi, Ud Khul (Silakan masuk, saudara) -kalau perempuan, tukar jadi ukhti


16. كَمْ عُمْرُكَ

Kam Umruk? (Berapa umur awak?)


17. أشْكُرُكَ

Syukran (Terima kasih)


18. نَعَمْ ، صَحِيْحًٌ

Na'am, sohih (Ya, benar)


19. حَسَنًا

Hasanan (Baiklah)


20. خذ هذا

Khuz Haza (Ambil ini)


- Sekian untuk 20 perkataan dalam bahasa arab yang dapat aku tulis dalam ni. Untuk ketahui lebih lanjut sila ke sini :- BELAJAR BAHASA ARAB





      Wada' an, fi amanillah, Assalamualaikum